PAGES

Tuesday, December 16, 2014

Seoul, Korea 2014 :: The Frozen Trip : Pre Trip #1

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alhamdulillah akhirnya Allah makbulkan doa saya untuk menjejak kaki ke Korea. Saya ke sana pada 8 - 12 Disember yang lalu, melalui perjalanan sejuk beku pada musim sejuk di sana. Pertama kali juga percutian pada suhu lingkungan -2 hingga -7 darjah. Satu pengalaman yang sangat menarik, yang penuh dengan suka dan duka. In Sha Allah saya akan kongsikan dalam n3 seterusnya selepas ini.




Sebelum itu ingin saya kongsikan pakej pelancongan yang saya ambil untuk ke sana. Mungkin ada yang beranggapan, kenapa tak pergi sendiri secara backpacker kerana saya sibuk2 dok up n3 pasal tu. Yang sebenarnya saya dah confirm dengan agensi ni hujung tahun lepas, dan bayar deposit apa semua, jadi saya proceed la dulu untuk 1st trip ni. Kali ni saya tak jenjalan dengan 'ekor saya' tapi bersama rakan lama semasa sekolah menengah dulu.

Jadi kengkawan, n3 akan datang ni mungkin sedikit berbeza dengan n3 orang lain yang dah ke sana. Dan yang pastinya saya akan menulis, berkongsi mengikut kefahaman dan pengalaman yang saya lalui. Lagi pula ini adalah untuk catatan peribadi saya.

Berbalik pada pakej agensi ni, sebelum saya putuskan untuk confirm travel dengan diorang, saya ada jugak tanya beberapa agensi yang lain, yang secara backpack pun ada tapi pakej KEMBARA SUFI menjadi pilihan kerana kestabilan agensinya dan juga rekomen dari kawan yang telah menggunakan pakej ini.

Tambahan pula, pada ketika itu saya belum lagi terjebak dengan geng backpack ni. Dalam kepala cuma fikir nak gi Korea, jadi cari pakej dan kumpul duit untuk bayar saja. Saya bagitahu ya, untuk pakej ni saya bayar RM2999 + RM 75 tip (bayaran ni dah termasuk fee apa semua lah, cuma saya lupa nak order makan, jadi beli saja masa dalam flight). Iya, saya tahu, mungkin ada yang kata bayaran itu agak mahal untuk percutian 5 hari 4 malam. Saya tak la kata saya menyesal ikut pakej tu, jadi once saya dah clearkan bayaran, saya terus setkan dalam kepala just nak enjoy trip ni.... dan layan je, takmo sentap2, cuba cari kengkawan baru, dan yang paling penting... saya gi Korea. Bab mahal ke murah tu saya takmo fikir, saya anggap itu adalah hadiah untuk diri sendiri.

Kepada kengkawan yang ada terfikir nak guna pakej untuk ke Korea nanti, boleh la riki maklumat lebih banyak di laman web atau FB Kembara Sufi.

Dengan terpublishnya n3 ini maka secara officially THE FROZEN TRIP akan dikongsikan. Kenapa The Frozen Trip? Memang sejuk beku wehhhh.... jem sampai ke otak. He he he...

 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

9 comments:

  1. Tak sabar akak nak tunggu entri Frozen ni cheq shue.. terutamanya gambar-gambar di sanalah tu..

    ReplyDelete
  2. menunggu entry bergambar sesambil nyanyi lagu let it go :)

    ReplyDelete
  3. Wah!! tumpang happy CS berjaya menjejak kaki ke tempat idaman akhrnya..

    ReplyDelete
  4. uhh..seronok tu cheq sue..salah satu tempat yang wana nak pegi adalah koreaaaa...

    ReplyDelete
  5. eh tarikh sama dgn sy..salam kenal
    tp nak update lambat lg...

    ReplyDelete
  6. let it go..let it go..salam perkenalan:)

    ReplyDelete
  7. Hai cheq sue..sorry dear dah lama x singgah sini bila CS tinggalkan komen di blog JM baru ingat..ehh..aku ada kenalan blogger nama CS lah hahaha....aduhai

    Okey....x sabar nk tahu pengalaman CS pergi Winter season nih scoz JM x pernah rasain lagi

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]