PAGES

Saturday, January 10, 2015

Murtabak Ayam

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya memang penggemar murtabak, tak kiralah inti ayam atau daging. Kalau balik kampung atau bulan puasa murtabak memang menjadi pilihan saya. Kalau di CH ni memang payah sangat nak dapat murtabak. Kalau ada pun musim bulan puasa, itupun tidak memenuhi piawaian saya yang telah lama menikmati murtabak Kelantan.

Ternampak di blog Kak Maz, saya turut teringin mencuba. Mana tahu kalau kejadiannya boleh mengubat rindu kempunan nak makan murtabak. Projek ni berjalan hujung tahun lepas, biasalah n3 tertinggal nim....






Hasil kejadian...walaupun tidak sama seperti yang dibeli di Kelantan tetapi ianya sangat memuaskan. Tambah pulak hasil usaha sendiri. Letih nak tebar tau. Errr... jangan percaya.


Kalau tengok ke gambar, memang murtabak ni nampak macam statik... macam keras sikit tapi sebenarnya ia sangat lembut, kulitnya sangat lembut walaupun sudah sejuk. Saya agak terkejut dengan hasilnya tetapi dalam masa yang sama berpuas hati dan bersyukur kerana akhirnya saya berjumpa dengan resepi yang hampir menyamai murtabak sebenar. Masa uli ni saya gunakan air ais...sebab tu lembut sampai ke petang.

*Rujuk petua di bawah


Saya buat kuah versi syok sendiri. Hanya cincang bawang bombay dan cili padi kemudian digaul dengan cuka. Penggunaan gula agak banyak sehingga di akhirnya saya rasa kuah ni seperti kuah murtabak raja pulak. Kalau kuah murtabak biasa tu dicampur dengan sedikit pewarna merah.


Rupa paras inti murtabak. Saya gunakan daging ayam kisar dan daging ayam yang dicincang kasar. Kiranya bila gigit rasa la jugak daging ayam dalam tu. Cuma pada pendapat saya penggunaan serbuk kari macam tak berapa kena je... saya rasa kalau guna rempah kurma lagi sedap kot... Apapun korang kena cuba untuk rasa macam mana....

MURTABAK AYAM

Bahan-bahan
1 cawan isi ayam kisar
2-3 labu bawang besar - dadu
2 biji ubi kentang - dadu
1-2 sudu besar serbuk kari daging/ayam + bancuh dengan air sikit
1 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin) 1 sudu kecil serbuk jintan manis
garam dan gula secukup rasa
telur secukupnya

Cara
1. Panaskan sedikit minyak (dalam 2-3 sudu besar), kemudian masukkan 1 sudu besar bawang dadu tadi, masak biar naik bau.
3. Masukkan serbuk jintan, kacau sekejap. Kemudian masuk serbuk kari dan masak sekejap.
4. Masukkan isi ayam, kacau sebati. Masukkan air sikit (agak2 la ye jgn banyak sangat) dan ubi kentang.
5. Bila ubi dah sedikit lembut masukkan bawang dan perasa secukup rasa. Masak biar sedikit kering sambil dikacau sekali sekala.
6. Untuk sediakan murtabak, pecah 2-3 biji telur dalam mangkuk, kocok dengan sudu dan masukkan inti (dalam 1 senduk). Kacau sebati, ratakan secukupnya atas doh yang telah ditebar, lipat biar kemas dan masak seperti masak biasa atas kuali (maz guna kuali roti canai yang hitam tu) yang telah dipanaskan dengan sedikit minyak, macam nak buat roti canai.


KULIT MURTABAK
Resipi : ika (arah) - resipi asal untuk roti canai

Bahan-bahan (maz buat 1/2 resipi je sekali uli, dapat 10)
3 cawan tepung gadum
1 hingga 1 1/2 cawan air;untuk stgh adunan, kita gunakan air 3/4 cwn
1 sudu besar marjerin yg ni kita gantikan shortening - (maz guna unsatled butter)
Garam secukup rasa
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar minyak masak
Cara
 
1. Air + garam + susu = di kacau = Bahan A
2. Bahan A di campur sedikit demi sedikit dgn tepong (uli cara manual). tp campur semua kalau menggunakan mesin.
3. Campur minyak masak
4. Campur marjerin
5. Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas dough telah siap di buat, tutup dgn kain yg lembab dan rehatkan 30 minit. (maz skip proses ni, terus bulatkan lepas uli tu)

6. Buatkan bulat kecil kecil 75gm-90gm setiap satu. ( satu adunan ni boleh dapat dalam 8-10 roti canai)
7. Dan saluti dgn marjerin utk mengelakkan ia dari melekat.(hana salut dengan minyak) kita rendam dgn minyak jagung jugak. (maz salut dengan unsalted butter)
8. Tinggalkan selama 2 jam ;kita buat semalaman
9. Siap utk di tebar dan dibentuk samada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing
10. Lepas dah masak jangan lupa masa masih panas-panas tu tepukkan roti canai tu guna dua belah tangan macam kat kedai tu...nanti baru timbul segala layer yg kat dalam tu. (maz buat untuk kulit murtabak)

PETUA utk buat roti canai:
1. Untuk menjadikan roti canai itu LIAT = taruh minyak
2. Untuk menjadikan roti canai itu CRISPY = taruh gula or tambah susu pekat manis
3. Untuk menjadikan roti canai itu lembut sehingga ke petang = uli dgn air sejuk/ais





 
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

  1. Terbaiklah puan...sy dah cuba..ada rasa mertabak pak din, mertabak raja...trasa segala rempah ratusnye...tq puan....muaH!

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]