PAGES

Sunday, January 11, 2015

Roti Bakar Lapis Inti Murtabak

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Masakan tanpa resepi, yang datangnya secara tiba2 bila berfikir bagaimana mahu menghabiskan inti murtabak ayam (resepi rujuk di sini). Kebetulan di rumah ada roti, lalu sahaja projek ini dilaksanakan. Lebih kurang seperti resepi roti lapis bakar, cuma yang ini saya gunakan inti sedia ada sahaja.


Roti terlebih dahulu saya celup dalam bancuhan susu Omega, kemudian dilapiskan dengan inti, lapis lagi dengan roti seterusnya sehingga habis. Cuma perlu dilenser terlebih dahulu loyang digunakan dengan marjerin atau mentega.





Di atasnya saya tabur dengan mozarella. Bila baru masak, roti ni agak lembik sikit. Kalau dah sejuk baru ok. Paipkan dengan mayonis dan sos cili di atasnya juga, baru tambah kick!


Rasanya? Alhamdulillah habis di makan. Daripada buang begitu sahaja, eloklah fikir untuk buat benda lain. Saya rasa kalau buat inti karipap pun sedap juga. Well.... itu sajalah nak cerita -_-

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

3 comments:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]