PAGES

Tuesday, March 31, 2015

Belut Masak Paprik

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Anda2 semua makan belut tak?

Saya makan, mula makan baru aje. Masa tu masak paprik, dekat kedai. Harga boleh tahan. Kalau belut masak sup... atau gulai ke saya tak pernah try lagi. Setakat ni kalau makan pun hanya yang kering2 dan bergoreng sahaja.

Balik kampung awal tahun dulu saya cuba masak sendiri belut ni. Beli dekat Pasar Pasir Puteh harganya RM18 sekilo. Dah lama cadang nak beli tapi asyik nampak belut saiz kecil, bila nampak saiz agak besar saya on ajelah. Dalam masa yang sama terfikir jugak boleh ke masak sendiri nih. Tapi sebab belut tu dah siap siang, dah potong2 maka kurang la sikit tahap 'kecelaruan minda' tu... Balik rumah tinggal bersihkan saja dengan asam limau nipis.




Saya masak macam masak paprik biasa saja. Cuma belut tu saya letak garam kunyit sikit dan goreng hingga agak garing. Rupa2nya belut ni kalau masak dia meletup2 kan... ataupun saya je yang jadi camtu.

Hasilnya? Memang superb la bagi orang yang makan, yang  belum rasa tu lebih kurang macam makan ikan keli aje.... Apa lagi kengkawan, jom la carik belut...


BELUT MASAK PAPRIK
Resepi : Cheq Sue

Belut – siap potong dan dibersihkan dengan limau nipis (elak hanyir). Gaulkan dengan garam kunyit
Bawang merah + bawang besar + bawang putih – mayang dan ketuk
Serai – ketuk
Halia – hiris halus
Daun limau purut
Cili kering secukup pedas
Sayur-sayuran : bunga kobis, lobak merah
Sos cili, sos tomato, kicap
Minyak untuk menumis
Air secukupnya
Gula dan garam untuk rasa

Cara membuatnya
Goreng belut hingga garing
Dalam minyak yang sama, tumis cili kering, bawang, serai, halia dan daun limau purut hingga garing dan wangi
Masukkan sedikit air, kicap dan sos
Masukkan sayur-sayuran, masak hingga empuk
Kemudian masukkan belut
Masak hingga rata. Perasakan masam dan manis
Bolehlah diangkat.


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

4 comments:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]