PAGES

Thursday, April 2, 2015

Gulai Kuning Telur Itik Dengan Belimbing Buluh

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Minta maaf ya semua... sekarang ni payahnya nak dapat 1 n3 sehari, sebab bila dah berkepit dengan mesin jahit, dah mula projek menjahit memang susah la nak tinggal. Ketagihnya lain macam sikit selagi benda yang dijahit tu tak siap.... memang ralat la nak jauh dari mesin tu... Tapi saya cuba lah ya... upkan yang ada dalam draf ni.



Saya tak pernah masak lagi telur itik kalau nak tahu. Yang sebenarnya telur itik ni dah agak lama dok dalam peti, dari tahun lepas lagi kot. Jadi dah tak berapa fresh lagilah, nasib baik masih boleh masak dan makan. Kebetulan ada banyak belimbing buluh yang saya bawa dari kampung, jadi saya cuba la buat masak lemak kuning, bukanlah macam masak lemak cili padi tu, ini versi lite-lite aje untuk saya yang tak suka pedas. Bahan2nya pula saya guna sesuka hati saja... Jadi janganlah dibandingkan resepi ini dengan resepi2 hebat yang lain ya..

Alhamdulillah agak sedap jugak. Telur pun tak berapa hanyir sangat sebab mungkin dah diserap oleh peti sejuk sebab dah lama kan... Apapun puas hatilah, kalau ada lagi telur itik lepas ni boleh cuba buat pulak...

GULAI KUNING TELUR ITIK DENGAN BELIMBING BULUH
Resepi :  Cheq Sue

Bahan-bahan :
Telur itik – bersihkan kulitnya terlebih dahulu
Bawang merah + bawang putih + cili padi – tumbuk lumat
Belimbing buluh – belah 2
Santan + air (saya guna santan kotak)

Cara membuatnya :
Campurkan bahan tumbuk dengan santan
Masak di atas api perlahan. Bila dah mendidih masukkan belimbing buluh
Pecahkan telur di dalam mangkuk (satu persatu) dan masukkan ke dalam santan
Perasakan dengan garam dan gula
Bila telur sudah masak, boleh tutup api


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

4 comments:

  1. Akak kalau masak telur itik ni bila balik rumah pak mertua.. memang sedap layan masak kuning telur itik ni cheq sue :)

    ReplyDelete
  2. menggamit memori tgk lauk cheq sue nii..zaman kanak2 riang dulu mak slalu msk telo itik gulai kuning gini..berebut2 nk amek yg kuning dulu ^__^

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]