PAGES

Thursday, April 9, 2015

Belut Tumis Halia





Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Ini resepi belut yang kedua. Belen dari belut paprik. Maklumlah beli sekilo, memang banyak dapatnya. Tukang yang makan pulak memang kurang. Belut yang saya bawak tu dah siap digoreng, kira ni macam perangat semula dan tambah bahan2 lain untuk upkan rasanya.


Saya masak ni ala2 simple je. Sebab tak nak yang berkuah, kalau boleh biarlah kering2 sikit baru sedap nak makan. Guna bahan lebih pada campak-campak, mungkin setiap orang ada cara yang lain.





Jadi kalau sape yang nak cuba resepi super simple ni resepinya ada di bawah..



BELUT TUMIS HALIA
Resepi : Cheq Sue

Belut – siap potong dan dibersihkan dengan limau nipis (elak hanyir). Gaulkan dengan garam kunyit
Bawang besar – mayang
Halia – mayang
Sos tiram, sos cili, kicap
Air, garam dan gula secukupnya

Cara membuatnya :
Tumiskan bawang dan halia hingga wangi
Masukkan air, sos dan kicap
Masukkan belut, masak hingga rata
Perasakan dengan garam dan gula
 


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

2 comments:

  1. Setahu kakak belut ini bagus utk mereka yg ada lelah kan..
    Kakak tak pernah lagi rasa tau..

    ReplyDelete
  2. dana penah mkn belut... sedap jgk rasanyer tp tak penah lak msk... tak reti nk menghandle nyer

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]