PAGES

Friday, April 10, 2015

Lempeng Kelapa Mesin Hancur

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Agaknya ada yang tertanya2 tak kenapa resepi ni saya namakan lempeng kelapa mesin hancur? Sebenarnya saya ada bawak kelapa kulit hijau dari kampung, yang mana ia sangat sesuai la nak buat lempeng ke... jemput2 ke. Tapi yang geramnya bila dah sampai CH, nak mesin kelapa tu, mesinnya pulak tak mahu bergerak. Aiseymannnn... dulu dah repai, tapi agaknya sebab lama tak guna dah merajuk lak dia.

Jadi taknak membazirkan kepala tu, saya pun ketuklah nak asingkan isi dengan tempurung, dan kemudian saya racik kecil2 pastu saya blend dengan air. Hasil yang saya blend tu saya campur dengan tepung dan bahan2 lain, kendian bakar atas non stick dan jadiklah lempeng kelapa mesin hancur. He he he... pandai tak saya???






Jadi inilah hasilnya...dari buang baiklah guna...sedap jugak dicicip dengan sambal bilik kosong...


LEMPENG KELAPA MESIN HANCUR
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
Kepingan Kelapa muda (separa matang / kulit hijau)
Telur
Tepung gandum
Gula
Garam
Air

Cara membuatnya :
Kepingan kelapa dimesin (blend) hingga halus dengan air secukupnya
Gaulkan dengan semua bahan lain hingga rata
Masak nipis di dalam kuali tak melekat

 
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

3 comments:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]