PAGES

Saturday, July 25, 2015

Salam Aidilfitri 1436H / 2015

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Apa khabar kengkawan semua? Masih belum terlambat rasanya nak ucapkan Selamat Hari Raya pada semua teman blogger Cerita Tentang Segala... silent reader dan pembaca jika ada. Nampaknya tak berdaya nak mengekalkan momentum blogging dalam bualan puasa sebab sesangat sibuk menjahit baju raya famili.





Tempek sekeping gambar anak-anak buah yang menggayakan baju jahitan saya di pagi Aidilfitri. Alhamdulillah berjaya gak buat untuk 4 orang walau hanya menggunakan kain sebanyak 8 meter saja. Masih ada kekurangan, herot petot sana sini. Lupa nak pasang zip dibelakang kecuali baju baby tapi alhamdulillah dapat gak sarung dengan elok. Saya ambil ukuran badan tapi masih tak berapa pandai lagi.

Kalau dikira-kira, tahun ni dalam 18 pasang semuanya... untuk budak2 ni... untuk kakak, untuk My Mek semuanya dua pasang sorang. Untuk saya memang kena lebih la dari semua. He he he... In Sha Allah nanti ada kelapangan nak cuba buat baju lelaki pulak dengan leher cekak musang...

Pada semua, maaf jika ada terkasar bahasa, tersilap kata semasa berbicara di laman maya ni...


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]