PAGES

Wednesday, August 26, 2015

Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya kalau ada pucuk ubi di rumah memang akan masak tempoyak macam ni. Alkisahnya nak cerita saya bawa pucuk ubi dari kampung, bawa masa nak balik raya itu hari tapi tak menyempat nak masak sebab keluar miting la... puasa la. Dekat 2 minggu jugak dalam peti. Bila bukak2 Alhamdulillah elok lagi, cuma agak lembik sebab saya simpan dalam tempat beku. Pucuk ubi tu pulak saya campur2 dengan daun yang masih keras, bukan kata pucuk yang memang sesuai untuk masak. Jadi masa simpan tu saya bungkus ketat2 dengan surat khabar dan letak tempat beku. Saya fikir2 pasni boleh la kalau nak simpan sayur jenis lain pulak, dengan syarat jangan bagi basah.




Tuesday, August 25, 2015

Daging Masak Hitam II

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya memang selalu masak daging menggunakan resepi ini. Memang sedap dimakan dengan nasi panas tanpa sedar boleh bertambah  tambah.. Kebetulan pulak dalam peti ais saya ada stok daging yang dibawa dari kampung selepas cuti hari raya (bayangkan berapa lama dok mengeras kat situ...). Masa nak raya tu My Cek ada beli daging... masa tu seekor lembu harganya dalam RM8k-RM10k seekor. Bayangkan berapa besarnya lembu tu. Tapi Alhamdulillah dagingnya tak keras atau liat. Masak kejap pun dah lembut.


Buat sesiapa yang ingin mencuba saya tempekka resepinya di bawah ni.



Saturday, August 22, 2015

Cinta Tiada Akhirnya - 2

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 




Restoran baru berdekatan pejabat menjadi pilihan Zubir untuk makan tengahari. Waktu agak lewat kerana dia baru saja selesai bertemu seorang pelanggan yang ingin membuat permohonan pinjaman. Sedang dia menikmati makanannya, matanya tertumpu kepada seorang perempuan tidak jauh dari mejanya. Tiba-tiba hatinya diketuk debar yang hebat. Terdetik sesuatu di jiwanya. Wajahnya persis Aqilah tetapi bertudung. Dia mempunyai tahi lalat di atas bibir. 

Mmmm…Aqilah bertahi lalat di dagu. Ah, sekali pandang serupa benar dengan Aqilah. Sedang dia dalam keasyikan, tiba-tiba seorang jejaka duduk di sebelah gadis tersebut. Eh, itu kan Wari, jejaka tinggi lampai yang bekerja selang satu pintu dari pejabatnya. Oh…sudah kepunyaan orang rupanya. Rasanya baru minggu lepas dia melihat Wari dengan perempuan lain, kali ini lain pulak. Banyak betul teman wanita si Wari ni. Patut la Jamal, budak penghantar surat pejabatnya menggelarkan Wari playboy.. 

Tiba-tiba Wari memandangnya. Dia lantas mengangkat tangannya dan memberikan senyuman. Si gadis turut sama tersenyum. Sungguh manis sekali.. Hati Zubir masih berdebar. Ingatannya terus kepada Aqilah!
 


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Tuesday, August 18, 2015

Periuk NOXXA

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ini gajet paling latest kat dapur saya... masih elok lagi di dalam kotak, tak buka lagi pun, apatah lagi nak cuba masak dengannya. Yang sebenarnya memang tak rancang nak beli, walaupun pada ketika itu kecoh di persekitaran saya membincangkan perihal periuk ini. Walaupun hati berkenan, tapi masih juga terasa agak mahal harganya yang bernilai 3 angka itu. Ada juga kawan2 yang mahu membuat kutu 10 bulan.. ada juga yang mahu bayar 3 kali... bergantung pada ketebalan poket memasing la ya..


Tapi hendak dijadikan cerita, barangkali nafsu untuk memiliki tidak boleh tertahan lagi, maka saya terus saja bersetuju untuk beli dengan sekali bayaran kerana pada ketika itu baru saja mendapat bonus sebelum raya. Ye la dari bazirkan duit gitu aje baik beli, boleh guna untuk masa depan kang. Dapatnya pun sehari sebelum balik untuk berapa. Walaupun begitu saya tak la buat balik kampung, sebab belum study lagi cara2 nak menggunakannya. Yang tak menahannya benda ni dibeli dari seorang pelajar sekolah saya, yang menjadi ahli bagi AMWAY, jadi harganya kurang sedikit dari yang dibeli ditempat lain. Pandai pulak budak tu kempen kat cikgu. He he he... 


Sunday, August 16, 2015

Cinta Tiada Akhirnya - 1

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 





Zubir masih merenung  cincin emas permata satu yang terletak kemas ditempatnya. Secara tiba-tiba juga fikirannya teringatkan arwah Aqilah yang genap 3 tahun kematiannya. Kalaulah kemalangan kereta 3 tahun lalu tidak terjadi, sudah tentulah sekarang ini dia bahagia bersama Aqilah dan mungkin juga anak-anak mereka. 

Tetapi, kemalangan itu telah meragut segala-galanya. Pada hari itu, dia masih ingat lagi bagaimana beriya-iya Aqilah ingin memandu kereta Kancil yang baru dibelinya. Walaupun hati gusar dengan kecetekan pengalaman Aqilah di jalan raya, Zubir hanya menurut kata sementelah melihat wajahnya yang begitu teruja untuk mempraktikkan lesen yang baru diperolehinya. Tetapi kuasa Tuhan tiada siapa yang dapat menghindari. Aqilah hanya memandu perlahan tetapi akibat kecuaian pemandu lori di jalan bertentangan, Aqilah menjadi mangsa rempuhan. Matanya masih terbayang jelas wajah Aqilah yang berlumuran darah memandangnya buat kali terakhir. Dan di situlah Tuhan telah memisahkan mereka berdua selamanya…

Zubir menyimpan kembali cincin di tangannya. Memutuskan seketika ingatannya terhadap Aqilah. Tiada yang perlu diratapi. Tetapi kasih sayang dan cintanya masih tetap mekar bagai dulu kerana Aqilah adalah cinta pertama yang singgah di hatinya. Tiada pengganti yang dapat mengambil kedudukan itu. Segera Zubir menghadiahkan Fatihah untuk Aqilah, tanda cinta yang masih membara…
 



"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Friday, August 14, 2015

Kuih Cara Manis

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kuih cara manis ni antara  kuih yang saya suka. Memang kalau ada je kuih ni mesti saya makan. Tetapi saya amat jarang sekali membuat kuih ni. Rasanya pernah cuba dulu tapi tak menjadi. Kalau tak hangit di bawah, mesti tak masak. Tapi semangat nak mencuba memang sentiasa ada.


Kebetulan baru2 ni tak ada buat apa, saya sesaje surf tenet, Google pasal kuih ni. Memang banyak la tips2 yang dikongsi untuk menjayakan kuih ni. Cewahhhh...


Wednesday, August 12, 2015

Snap Fastener Pliers (Plastic)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Gajet paling baru untuk kegunaan jahit menjahit. Snap fastener pliers ni lebih kurang alat pemasang butang ketap la gamaknya dalam Bahasa Melayu. Saya sebenarnya teramat la berkenan dengan benda alah ni selepas saya membuat pantiliner sendiri. Kalau dipasang butang katup biasa tu ada yang mudah tercabut, jadi alat ni memang memudahkan kerja untuk memasang butang plastik yang memang payah nak bercerai. Sebelum ni saya ada beli snap pliers untuk butang besi, tapi gamaknya tak reti pasang atau cengkaman tak kuat jadi butangnya tak kemas dan asyik saja tercabut.


Alat ni didatangkan dengan beberapa perkara seperti sku dreba untuk tukar tapak dan juga 3  tapak yang berbeza. Oleh sebab saya hanya order 1 saiz butang sahaja iaitu 12mm, maka saya tak pernah la lagi menukar tapaknya ni.


Monday, August 10, 2015

Ikan Kembung & Keladi Masak Asam Tempoyak

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Sayur + lauk ni saya masak masa bulan puasa aritu. Saja cari kelainan bila dah bosan asyik makan ayam. Kebetulan kekanda serumah ada bawa balik keladi, jadi fikir2 nak masak pindang. Bila search di tenet jumpa pulak resepi masak tempoyak. Apa lagi berkenanlah di hati beta, tambah pula juadah sebegini memang menjadi pilihan sokmo sokmo... he he he... nampak tak di situ ayatnya agak merapu!!!



Oleh kerana pada ketika itu bulan puasa maka malas nak masak banyak2 jadi saya campakkan terus sekerat ikan kembung ke dalam ni, jadi seimbang la lauk dengan sayur. Masak lebih sikit boleh makan 2 hari. Sedap memang takleh nak citer kat orang, memang kena buat sendiri kalau nak tahu. Saya memang suka makan keladi, tambah2 bila yang ada isi.... memang diva la...


Sunday, August 9, 2015

Cinta Tiada Akhirnya - Prelude

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 


Update novelog ringkas.. yang ditulis pada 2009. Pada ketika itu lokasinya di Cameron Highlands... almaklumlah tengah berbunga-bunga dalam hatinya penuh dengan cinta...

Kisah yang santai2 aje... tak peningkan kepala. 

* Sekadar kenangan dan simpanan peribadi

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Friday, August 7, 2015

Kerabu Mangga Campak-Campak

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kalau dikampung kerabu ala2 Thai begini memang saya tak pernah buat. Haruslah buat kerabu pilihan ayahanda, iaitu kerabu Kelantan yang ada sambal kelapa dan juga santan. Tapi memandangkan saya buat di CH maka saya buat suka hati sajalah. Sebab itulah namanya pun kerabu mangga campak2... yang penting bila siap boleh dicampak ke dalam pinggan nasi... bukan campak ke dalam plastik sampah. Dok gitu???




Monday, August 3, 2015

Tepung Pelita

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Kuih tepung pelita ni saya buat masa Ramadhan, masa tu memang teringin sangat. Jadi terus cuba buat guna resepi yang memang dah ada dalam simpanan. Rasanya saya buat ni separuh adunan aje, dapatlah 4 bekas tau fu fah, boleh makan sorang satu dan sambung pulang esoknya.


Cuma yang spoilnya bila tak ada pewarna hijau. Jadi kuning tak berapa nak berseri pulak. Tapi tak apalah, warna tak kisah asalkan ada rasa tepung pelita. Oleh kerana tak ada santan segar, saya hantam saja guna santan kotak. Memang la takleh nak lawan santan segar, tapi asal jadi aje ni.