PAGES

Wednesday, September 2, 2015

Chocolate Chips Blondies

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Pertama kali ternampak pos ni di blog Intai Dapur, terus berkenan nak cuba. Tambah2 bila ada choc chips yang memang tengah saya idamkan nak makan. Nasib baik jugak pada ketika itu tengah berpuasa Enam, jadi nak kena tunggu masa yang sesuai baru boleh buat, kalau tak tak habis makan.


Saya hanya buat separuh adunan, tetapi tidak menggunakan sukatan yang tepat. Jadi hasilnya pun agak kurang menjadi. Oleh sebab adunannya tidak banyak maka saya hanya membakarnya di dalam papercup sahaja, dapat 4 biji saiz L, itu pun ambil 2 3 hari jugak nak habis. Walaupun kejadiannya CCB ni agak padat, tetapi rasanya masih sedap dan ok2 saja... Next time nak cuba dengan proper pulak. Yang ni agak tak puas hati..





Rupa paras CCB yang dilihat dari dalam. Memang berterabur duduknya choc chips tu. Heaven habis..

TQ pada Sis Liza yang berkongsi resepi ni, juga pada Izah yang menggoda terlebih dulu... Resepinya saya copykan di bawah ini kalau ada yang hendak cuba.


RESEPI CHOCOLATE CHIPS BLONDIES
Sumber : Sis LizaIntai Dapur

Bhn2:
1-1/2 cawan gula perang - Liza guna 1 cawan je
1/2 cawan mentega cair
2 biji telur, pukul sedikit
1 sudu kecil vanilla extract
1-1/2 cwan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 cup  semisweet chocolate chips
 
Caranya:
Dalam mangkuk yang besar, satukan gula perang, mentega cair, telur, esen vanila sehingga sebati.Guna hand whisk je.
Kemudian masukkan tepung, baking powder, dan garam. sebatikan. Kemudian masukkan chocolate chip dan sebatikan.
Bakar dlm loyang 9x13" (izah bakar dlm 10x10") pada suhu 175 c , 18-20 minit sehingga masak. Sejukkan dan potong.


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

2 comments:

  1. Sedap tengok chocolate cip yg bertabur tu cheq sue.
    Raya haji nanti boleh lah mencuba tu :)

    ReplyDelete
  2. nyum2... skrg mood membaking tak mari lg skrg tgh nk bt yg simple2... yg tak payah bako2 hehehe

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]