PAGES

Thursday, September 3, 2015

Perpisahan Ini Terpaksa Ku Relakan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Susah sungguh rasanya nak bercerita. Tak terluah kata-kata untuk dikongsikan. Perasaan yang hiba, yang sesungguhnya berduka, tetapi apakan daya ini adalah perpisahan yang tidak mampu lagi dielak. Kerana apabila tertulis SAYA YANG MENURUT PERINTAH, maka mahu atau tidak perlu diturutkan juga. Agaknya perasaan yang sama juga dirasai oleh kawan2 SEMEKAR yang lain apabila terpaksa berpisah dengan Puan Pengetua yang bakal berpindah ke SMK Sultan Ahmad Shah setelah dinaikkan pangkat. Walaupun sekolah itu masih di dalam daerah yang sama, di mana kami berkongsi udara yang sama, yang pasti keadaannya tidak akan sama lagi...


Pada hari Jumaat, 29 Ogos merupakan hari terakhir beliau (Pn Nachammal a/p Nachimuthu) di SEMEKAR. Sebelum balik sekolah, kami semua bersepakat bertemu dengan beliau, bersalam-salaman dan memohon maaf atas kesilapan. Sesungguhnya kenangan 6 tahun bersama beliau sangat banyak memberi tunjuk ajar dan pengajaran pada kami semua.




Pada 1 Setember pula satu majlis di adakan sebagai mengenang jasa beliau... yang mana pada ketika itu hadirnya beliau adalah sebagai MANTAN PENGETUA SEMEKAR... Sobs... sobsssss..

 Jadi saya kongsikan beberapa gambar di sini, pada hari kejadian sebagai kenang-kenangan.

 

Saya anggapkan hari itu hari nak lepas stress kengkonon... jadi sporting naik pentas untuk buat persembahan.


Keluar goyang Saloma pada lagu Pabila Larut Malam...


Puan Norjanah keluar menari lagu Hindustan..


Pasangan suami isteri, sporting je keluar masa lagu Jangan Pisahkan..


Saya? Keluar lagi semasa lagu Kuch Kuch Hota Hain... Serius nak pengsan. Step lintang pukang. TQ pada partner saya Muhaini. Memang sporting habis walaupun bantai aci redah saja.


Kumpulan guru-guru Cina turun pentas dan bersalaman dengan Mantan Pengetua. Paling sweet bila Puan Hoo sanggup datang ke sekolah walaupun sedang bercuti tanpa gaji.


Persembahan akhir. Tahan mata supaya tak nangis... -_-


Puan kata... tak sangka semua guru-guru ni ada bakat besar. Tengok dia pun happy je. Kami taknak dia tinggalkan SEMEKAR dengan kesedihan. Sebab itulah kami tunjukkan tarian 'ngeri' kepadanya.


Menandatangani buku pelawat sebagai MANTAN PENGETUA. Serius sedih + sebak + lost bila tengok. Walaupun nampak Puan senyum tapi hatinya mesti tak keruan sama macam kami kan...
 

Kita ambik gambo dulu. Kenangan di bilik kaunseling.


Dah nak balik... Hu hu hu..


Salam2 dengan bekas pelajar dulu..


Gambar kenang-kenangan.

Puan, hanya ucapan terima kasih yang mampu saya lafazkan atas segala tunjuk ajar dan kepimpinan selama ini. Walau di mana pun puan berada, saya doakan puan berbahagia selamanya...


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]