PAGES

Sunday, October 18, 2015

Cinta Tiada Akhirnya - 8

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Zubir mengajak Nabila makan malam bersama. Betapa suka hatinya apabila Nabila bersetuju. Dia menjemput gadis itu dan  mereka berdua bersetuju untuk menikmati seafood di Pelabuhan Kelang. Angin malam dan kerlipan bintang-bintang jauh di horizon melengkapkan malam mereka. Sebenarnya Zubir ingin mengenang kembali kenangan bersama Aqilah yang sangat gemar ke Pelabuhan Kelang. Kalaupun tidak menikmati ketam cili kegemaran, sekadar menikmati puputan bayu malam cukup menggembirakan meraka berdua. Dan seperti telahan Zubir, Nabila juga gemarkan lautan. 

‘Minggu depan ni saya nak balik kampung, nak ikut tak?’ Tanya Zubir sambil menghirup tomyam udang.
‘Wah, seronok tu. Lagipun dah lama saya tak balik. Boleh jugak.’ Ceria suaranya.
‘Kena Tanya Wari dulu ni, nanti tak pasal-pasal dimarahnya saya sebab melarikan buah hati dia.’ Katanya sekadar menduga.

‘Dia tak kisah pun…’ Jauh hati bunyinya!

Zubir bersorak keriangan. Jauh di sudut hatinya dia gembira dengan kesudian itu tapi dalam masa yang sama dia risau juga dikata mengambil kesempatan. Memang dia tahu sekarang perhubungan Nabila dan Wari bagai telur di hujung tanduk. Tetapi, dia betul-betul sudah membukakan hatinya yang selama ini terkunci rapat setelah pemergian Aqilah. Nabila telah berjaya membuka kembali pintu cinta di hatinya…



"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

  1. Saya ada sebuah warkah cinta setebal satu buku dari seorang lelaki kepada kekasihnya. Kisah ni kisah benar. Kalo awak sudi terbitkan kt blog awak mungkin ramai yg suka nk baca. Kisah cinta dua benua.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]