PAGES

Monday, October 19, 2015

Ikan Pari Bakar & Air Asam

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya ni kalau ada ikan pari memang suka masak simple2 dan cicah dengan air asam. Kalau tak buat gini saya buat la asam pedas. Tapi pada ketika itu air asam baki yang dimakan bersama ikan cencaru sumbat, maka saya pilih untuk perabihkan air asam tersebut. Dan caranya dah tentulah dibakar atau paling tidak digoreng cara biasa-biasa...

Ikan pari ni pulak beli sepotong aje dekat TESCO, dah memang kurang la kesegarannya. Beli dah lama, lepak pulak dalam peti ais lebih kurang lama jugak. Bila goreng je terus bercerai isi dari tulang. He he he...


Tengoklah kejadiannya ikan pari bakar ni. Nama aje ikan bakar, tapi bakarnya tu hanya di atas pemanggang ajaib, ditenggekkan di atas dapur gas. Kalau kata bakar atas dapur kayu atau arang, pasti lebih sedap gitu!





Air asal lebihan, yang penting masih sedap di makan. Simpan dalam peti sejuk, buat pun bersih jadi memang susah nak rosak. Resepi ni main taruk2 aje, tak ada sukatan2 bagai. Banya guna deria rasa di hujung jari saja... rasa dah cukup, dah ngam campak terus dalam mangkuk.


Selain ikan pari dengan pencicah asam tu, ada jugak telur masin untuk dimakan bersama. Pekena dengan nasi panas2 memang tak sedar bertambah nasi di pinggan. Untuk yang nak mencuba resepinya ada di bawah ini...


IKAN PARI BAKAR
Resepi : Cheq Sue

Sepotong ikan pari - bersih dan kelarkan
Garam
Kunyit
Kicap

Perap semuanya sehingga sebati
Bakar hingga garing di kedua-dua belah
* Saya bakar di dalam pemanggang ajaib

AIR ASAM
Resepi : Cheq Sue

Air
Jus limau nipis
Air asam jawa (pekat)
Bawang besar - cincang
Tomato - dadu
Cili padi - cincang
Gula
Garam
Belacan

Campurkan semuanya di dalam lesung dan tumbuk2 manja hingga mesra


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

2 comments:

  1. Mmg feveret sy air asam tuh lagi2 kalau makan dengan ikan keli bakar. Thorbaeeekk!

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]