PAGES

Thursday, December 31, 2015

Entry Ke 144 Tahun 2015

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Petang ni saya menulis n3 terakhir pada tahun 2015. Kalau dilihat tajuknya... n3 ke 144, bermakna hanya 144 n3 sahaja berjaya saya tulis pada tahun ini. Grafnya jatuh menjunam dari tahun2 sebelumnya. Hanya separuh kalau lihat. Dan as usual juga memang tersangatlah payah nak siapkan sesatu n3, percaya atau tidak kena perah sampai kering baru dapat tulis sebaris ayat.

Hurmmmm...


Jadi apa kesimpulan yang boleh dibuat bagi tahun ni?


Saya memang tak dapat nak update blog sokmo. Kebanyakan masa saya habis di luar, sibuk bizi dengan kursus dan mesyuarat. Jadi mampu letak mana yang sempat sahaja. Blog kengkawan pun tak sempat nak drop komen, hanya baca dan baca dan baca sahaja. Terima kasihkah pada kekawan yang datang ke CTS dan titipkan komen tapi saya tidak membalasnya.

Suka duka 2015 pun terlalu banyak rasanya. Malas saya nak tulis satu2. Saya tak ada azam bagi tahun ni, adi tak payah fikir tercapai atau tidak. Apa yang saya lalui, yang saya rasai, itulah yang saya hadapi. Orang tak faham masalah kita, dan kita tak nak susahkan orang dengan masalah kita.

Tahun ni sekali pun tak cop pasport. Kenapa ya? Sampai berhabuk, dah expired pun buku merah tu. Patut2 hujung tahun haritu boleh fly sekali tapi xde rezeki nak perabih duit nampaknya. In Sha Allah tahun 2016 boleh kot cop sekali dua. Kita release stress katanya. He he he..

Dari segi kerja pulak. memang tahun ni memang tahun kursus bagi saya. Dari 11 bulan bersekolah, saya keluar lebih dari 11 kali. Turun naik bas, naik LRT, naik kereta, merata2 tempat saya pi untuk berkerja luar. Tuhan sajalah yang tahu bila terpaksa meninggalkan anak2 pelajar... ibarat kata Ukays Di Sana Menanti Di Sini Menunggu. Kiri kanan pun dua2 kerja yang perlu diselesaikan. Jadi mana2 yang kata kerja cikgu tu senang, meh la tukar dengan saya ni barang sebulan, tengok boleh naik darah atau kurus atau gemuk ke idok. He he he...

Kemudian, Alhamdulillah jugak proses pembinaan rumah berjalan lancar. Dan hujung2 tahun ni saya memang bizi bodi menyiapkan langsir. Harap2 tahun depan ada jalan la nak pindah masuk Kelantan supaya dapat lepak kat rumah sendiri. Doa2 eh..

Yang sebenarnya bila direnung2 semula, banyak perkara manis berlaku dalam hidup saya tahun ni. Disebalik perkara yang meruntun air mata, yang tak nak dikenang, yang menyakitkan hati, yang memeningkan kepala, kita ingat2 perkara yang baik2 sajalah ya. Seperti cuti sekolah hujung tahun baru2 ni, memang cuti yang sangat2 saya nikmati. Memang saya tak kisahkan kerja langsung, internet2 pun memalam baru tengok, hanya semata2 cuti saja.

Di kesempatan yang ada ni, saya nak minta maaf lah pada semua yang telah saya lukakan hatinya, yang ada terasa atau terseksa dengan kata2 saya. In Sha Allah saya doakan kesejahteraan kita semua dalam menempuh hidup seharian.

Welcome 2016!!!

 
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]