PAGES

Friday, January 1, 2016

Angin Tahun Baru 2016

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Alhamdulillah hari pertama 2016 telah hadir dengan izinNya... izin Yang Esa. Hari ini, hari yang istimewa kepada saya kerana pada tarikh inilah pada tahun 2004 dulu saya dan keluarga datang ke CH untuk melapor diri. Jadi kalau dihitung ditambah tolak bahagi... tahun 2016 ni merupakan tahun ke 13 saya di sini.  Maka bertabahlah lagi untuk meneruskan kehidupan di sini walaupun di dalam hati meronta2 ingin melangkah pergi. Ya... satu tahun sekali lagi yang akan saya lalui seadanya di sini.


Maka, apa yang berubah? Selain bertambahnya satu angka lagi dari 5 menjadi 6, segalanya masih seperti sediakala. Angin di CH sangat tenang hari ini, tidak sesejuk semalam ataupun hari sebelumnya. Setelah selesai bersarapan mee goreng dan air kopi, bersambunglah semula kerja2 persediaan untuk menghadapi hari pertama persekolahan. 

Perkongsian azam? Ternyata tak ada apa yang hendak diceritakan cuma saya harap tahun ini dapatlah saya mendidik hati untuk kurang marah ataupun kurang sabar. Saya wajib belajar untuk menerima apa saja, tanpa terlalu memikirkannya. Ini sukar tetapi saya akan cuba.

Jom, rasa2 macam nak cat baru je blog nih...ambil mood baru sempena tahun baru!!

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

  1. hi perkongsian menarik.. done follow, follow me back :)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]