PAGES

Wednesday, December 2, 2015

Hotel Mahkota, Melaka

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Zaman muda2 dulu ada la sekali dua check in sini. Biasanya tak lama dalam semalam dua aje. Tahun ni dapat la check in 4 hari 3 malam. Saya ke sana memandu kereta. Biasalah kalau belah2 N9, Melaka dan Johor ni sedap sikit nak memandu berbanding kalau mesyuarat di KL. 

Yang nak tergelaknya nak sampai ke hotel ni bukan main jauh pusing, sampai jalan nak ke Muar, kesnya dalam surat panggilan dinyatakan alamat di Ayer Keroh padahal lokasinya di Bandar Hilir aje. Sempat la akan buah langsat buah nenas sebelum boleh sampai.


Masuk hotel pulak satu hal nak cari blok penginapan. Bukan main banyak blok apartment sampai kena malilau sana sini baru jumpa jalan. Tempat meeting pulak agak berjauhan, jadi terpaksalah menapak dalam gelap malam.

Dari segi makan, boleh tahan la pilihan agak banyak. Rasa pun ada. Sempat la jugak 2 kali menyeberang jalan sibuk 4 lorong untuk ke Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan. Agak2 kalau nak pergi dengan bas boleh la turun dekat Melaka Sentral dan ambil teksi. Kan.....


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]