PAGES

Thursday, December 3, 2015

Kursus SKM Tanaman Tahap 1 & 2 - Part 3

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kursus kedua ini adalah Pengendalian Jentera Pertanian yang diadakan di Institut Latihan Pengembangan Pertanian (ILPP) Serdang, Selangor dan dikendalikan oleh En Muhd Zaidani Bin Muhd. Abd. Latib. Ianya khusus untuk kemahiran jentera bagi melengkapkan aktiviti dalam tahap 1 dan tahap 2.

Dalam kursus kali ni tak berapa banyak gambar sebab tak ada yang mengambil, yang jadik kameraman pun kami sendiri2 aje, jadi tak sedap la kan orang tengah bagi taklimat, apa kes pulak kita nak sibuk2 dengan telefon...


Aktiviti yang pertama adalah taklimat berkaitan dengan keselamatan semasa pengurusan jentera, yang merupakan satu perkara wajib. Apatah lagi jika di sekolah ianya sangat berkait dengan keselamatan pelajar, maka dengan penerangan ini memang banyak membantu.




Penerangan terlebih dahulu tentang bagaimana menguruskan operasi jentera. Di sini la kami belajar tentang gear high, low, brek, brek tangan dan sebagainya.


Di sebelah petangnya pula di adakan amali membawa jentera dan juga pemeriksaan. Sebut tentang membawa jentera ni sebenarnya kalau nak bawa memang perlukan lesen. Tetapi memandangkan kami memang berhajat, dan sekadar mahu merasai pengalaman, maka kami dibenarkan bawa dengan seliaan pegawai bertugas. Cukuplah sekadar nak rasa bawa jentera, ke depan dan reverse. Tengok ajelah muka cuak tu...


Tak lepas peluang bergambar di atas Lamborghini....


Otai yang berbisa. Orang pertama merasmikan jentera. Suke lettew...


Antara gambar2 guru wanita membawa jentera. Memang suka uoalllssss...


Semuanya tekun mendengar penerangan.


Dah habis kursus wajiblah bergambar kenang-kenangan.


Wajah2 gembira...

Sampai jumpa lagi di siri seterusnya.


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

  1. waaaah best jgk ek kak... yg penting ada pengalaman bwk walaupun kejap ek kak...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]