PAGES

Sunday, June 19, 2016

SUMUT : 11 : Berkhemah Di Puncak Bukit Sipiso Piso

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Selesai di Air Terjun Siparis, kami bersiap2 untuk turun. Tengah hari tu tetiba hujan turun agak lebat. Jadinya kami menapak turun dalam keadaan basah dan lecak. Nasib baik jugak la Cik Merah saya bertahan hingga ke akhirnya. Kalau putus di tengah jalan kang naya aje.Sampai di kampung yang saya tak tahu apa namanya, kami membersihkan diri dulu dan buat apa yang patut. Lepass tu tak tahu lah kami ke mana. Waktu dah hampir gelap ketika kami meninggalkan Gunung Meriah untuk ke destinasi tidur seterusnya.

Kat mana? Jangan tanya sebabnya pada ketika itu kami bergerak di dalam gelap, meredah laluan berliku dan berbukit. Katanya nak ke tapak khemah di Bukit Sipiso Piso, tapi manalah saya tahu kat mana tempatnya.


Sesampainya di puncak, sudah ada 1 khemah yang siap dipasang dengan penghuninya sedang berbual2 di dalam. Ketika ni Yovie dah tak bersama kami, dia tinggalkan Awan untuk meneman kami seterusnya. Sementara Awan memasang khemah dan membuat unggun api, kami menolong apa yang patut sebab mata dah mengantuk. Badan pun dah penat. Kesejukan di situ juga bagaikan menyuruh kami untuk berbungkus segera di dalam sleeping bag. Di sini ada sumber air bersih yang diangkut oleh penduduk tempatan ke atas. Tandas juga lebih sempurna jika dibandingkan semasa berkhemah di Gunung Meriah semalamnya. Bila saja selesai memasang khemah, kami tak menunggu lama untuk beradu di dalamnya.




Celik je mata keesokan hari, dah cerah rupanya. Cuaca masih dingin dan berkabus. Cik Merah setia dengan saya. Manakala Zilla dan Syaza yang sekhemah dengan saya rupa2nya telah meneroka kawasan sekitar katanya.


Pemandangan dari khemah. Seperti hari2 yang lepas suasana berkabut menghadkan pandangan.


Dari sini juga boleh nampak Danau Toba sebenarnya. Tetapi dah rezeki tak boleh tengok saya redha ajelah. Sekejap dia terang, tapi tak lama terus datang kabus tebal.


Tengok sajalah gambar ni. Memang tebal kabusnya hingga hampir tak nampak pandangan mata.

Kami bergerak agak lambat dari sini. Bila melihat si Awan tidur dengan nyenyaknya, tak sampai hati pulak nak kejutkan. Maklumlah dah berapa malam agaknya dia tak tidur. Maka bergelimpanglah kami menunggu dalam panas dan dingin sambil membincangkan masalah negara dan juga rumah tangga. Hmmmmm...


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]