PAGES

Monday, June 20, 2016

SUMUT : 12 : Gunung Berapi Sinabung

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

N3 ringkas...
Pada ketika kami melalui jalan ini, boleh nampak dari jauh ada kepulan asap dari puncak Gunung Berapi Sinabung (aktif). Kalau malam kata Awan boleh lihat ada cahaya api / lahar di puncak berkenaan. Rasa takjub dan takut, mengenangkan pada ketika itu tersangatlah dekat dengan salah satu gunung berapi aktif yang boleh meletus bila2 masa. Di kawasan itu juga telah diletakkan tanda ZON MERAH bererti amaran (ditutup) untuk semua aktiviti.

Maaflah gambar pun agak kabur / blur. Pada ketika ini bateri DSLR telahpun selamat jalan, dan rasanya nak hempuk kepala sendiri sebab lupa nak bawak charger.




Nampak tebal jugak asapnya tu... Nampak dari kejauhan kawan kaki gunungnya menjadi kering dan gersang, tiada rumah2 atau hidupan, barangkali dek kesan letusan 2015. Dan kini penduduknya berada dalam keadaan berjaga2 dari sebarang kemungkinan.

Dan pada ketika N3 ini ditulis, Gunung Sinabung telahpun meletus pada penghujung Mei dan telah meragut beberapa nyawa. Takziah...

 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

3 comments:

  1. Amin...
    Alfatihah buat yg menjadi mangsa.
    p/s...kak Zai buat N3 cerita pasal Cheq Sue dlm blog kak zai jgn marah ya.

    ReplyDelete
  2. Amin...
    Alfatihah buat yg menjadi mangsa.
    p/s...kak Zai buat N3 cerita pasal Cheq Sue dlm blog kak zai jgn marah ya.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]