PAGES

Tuesday, June 21, 2016

SUMUT : 13 : Tasik Lau Kawar

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Tasik Lau Kawar ni letaknya di kaki Gunung Berapi Sinabung. Sepatutnya kami tak boleh masuk disebabkan amaran ZON MERAH tapi Awan redah aje kot sebab dah alang2 di sana. Masuk saja di sana, saya fikir kawasan sekitarnya agak tidak terjaga, dengan rumput tinggi dan juga sampah sarap. Tak tahulah samada memang tak dihiraukan atau memang tak dibuat sebab kawasan tu di tutup.


Tasik ni agak luas jugak tetapi tidaklah dapat menandingi keluasa Danau Toba. Keadaan sekeliling hening dan tenang. Mungkin juga disebabkan tidak ramai pengunjung yang datang.




Sayup mata memandang..


Jauh..


Gunung Berapi Sinabung di depan mata... 

Tak lama di danau ni, sekadar mengambil gambar dan menikmati pemandangan, kami bergerak keluar untuk ke destinasi seterusnya...


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]