PAGES

Wednesday, June 27, 2018

Kembara 9D8N : SJDS : KL - Solo - Pasar Klewer

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya sebenarnya tak ingat bila tarikh fly ni, nak kena godak dalam pasport tengok semula. Cuma yang saya ingat flight ni sebelah pagi, jadi dalam gelap kelam dinihari tu saya dan Anne gerak ke airport, tak tahulah mana cik adik tu parking, saya hanya ngikutkan aje sampailah selesai semua benda dan menunggu untuk boarding. Walaupun flight awal, tapi bila cuti tu tahu-tahu sajalah, memang beratur panjang dan sedikit sesak.


Dari KL, kami touch down ke Solo, di Airport Adi Soemarmo, yang mana taklah berapa besar tapi agak sesak dengan manusia.



Dari situ, kami menunggu agak lama jugak sebelum dijemput oleh driver yang namanya Feri, sebab adalah salah faham sikit. Bila dah masuk kereta, dan cool down terus kami di bawa ke Pasar Klewer.
Kat sini saya tak berapa banyak gambar, sebab masih belum set up lagi, kepala masih ting tong belum boleh fikir elok. Tahu sajalah, bila naik flight bukan boleh tidur, atau rilek rilek tapi sibuk dok fikir macam macam.


Lagi pula saya ni tak plan nak menyoping, ada la nak beli barang sesikit sebagai cenderamata tapi masih terlalu awal. Kita tengok je kengkawan membeli dan menawar mukena a.k.a telekung. Kalau saya la fail bab tawar menawar ni, tak reti. Mulut tak manis mana kata orang. Kat tepi tepi pasar ni jugak ada banyak gerai makanan, macam kat Malaysia jugaklah kan. Saya tengok-tengo aje, tak rasa nak makan. Teringat kisah Anne kena paksa beli cendol (ala-ala)...he he he

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

2 comments:

  1. uwahhh bestnya.... tgk brg2 murah leh rabun mata gak....

    ReplyDelete
  2. Thank you a bunch for sharing this with all folks you really realize what you are talking approximately! Bookmarked. Kindly additionally discuss with my website =). Celebrity net worth is a celebrity finance outlet that offers a comprehensive database of celebrity net worth's in the world.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]