PAGES

Thursday, June 28, 2018

Pulut Mangga Harumanis

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Salah satu sebab saya tak update sepanjang 2017 adalah sebab saya jarang masak. Mulai Febuari, saya memulakan program diet dan mengubah gaya hidup pemakanan. Tu yang tak masak merapu meraban, baking pun tak sebab nak mengelakkan dari makan. Iyalah, dah masak kompom la kena makan. Dan bila dah masak tu kompom la mengikut sukatan bukan untuk seorang, itu yang saya berdiam aje, wak lek wak pis tengok orang masak sesedap.

Tapi mulai tahun ni saya dah slow down sikit dan lebih kepada nak mantain berat, namun dalam masa sama masih jugak nak menurunkan lagi few kilos. Masak pun tak adalah beriya lagi, tapi menikmati makanan dengan cara berhemah. Kecuali bila balik kampung tu, makan tak sedar sikitlah time mak masak yang sedap-sedap.


Alkisahnya harumanis ni saya beli masa bulan puasa, beli online aje pun dari Perlis. Walaupun agak mahal (kos pos aje RM45) saya pejamkan dua belah mata sebab dah terlalu lama teringin nak rasa. 




Seperti nama, mangga ni memang harum dan manis sangat, tapi kalau dinyatakan pendapat jujur, masih tidak dapat menandingi mangga Mas Hitam Kelantan. Based on pendapat dan citarasa la kan, ada orang suka A ada suka B. Kalau tanya orang Perlis, sah sah la dia suka Harumanis. Saya pun suka, cuma lebih sukakan Mas Hitam. Jangan marah naaaa....


Untuk buat pulut mangga ni, saya tak merujuk kepada mana-mana resepi cuma search di Google. Maklumlah tak pernah makan. Masa nak buat tu kebetulan Bonda tengah arun pulut, jadi ada santan pekat. Saya kukus pulut dalam setengah kilo, arun dengan santan dan kukus semula. Sukatan tu main agak-agak ikut suka aje. Untuk santan pekat tu pulak saya guna santan pekat dan tepung jagung dan dimasinkan sedikit.


Bila makan, famili saya kata agak masin, tapi pada saya dah ngam-ngam dengan lemak pulut dan manis mangga. Bijan sangai tu pulak melengkapkan gabungan semua benda ni.  Saya ok aje walaupun famili tak berapa suka, maklumlah tak biasa makan pulut mangga (lebih kepada pulut durian...). Cuma satu masa nanti kalau ada kesempatan nak la rasa pulut mangga yang ori dari negara seberang pulak ya...


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]