PAGES

Monday, July 2, 2018

Kembara 9D8N : SJDS : Pantai Banyu Tibo

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila dah setel semua hal dekat Solo, kami gerak ke Jogja, tapi nak ke Pantai Banyu Tibo dulu. Yang sebenarnya saya tak tahu daerah ke tempat ke mana ke,cuma yang saya tahu nama pantai tu je. Tapi yang paling saya ingat, perjalanan ni tersangatlah panjang dek kerana kesesakan lalu lintas di jalanan yang disebabkan oleh sambutan perayaan apa entah, ulang tahun daerah ke gitu la. Diorang ni berarak di jalan dengan pakaian tradisional dan ada juga yang membawa patung-patung  serta sembahan.

Stress tau, sebab badan dah letih, otak pun dah jem di dalam jem yang sangat-sangat tu. Nak tidur sah-sah takleh, nak sembang mambang semua dah takdak mood. Bila Feri ikut jalan pintas pun masih sangkut dalam jem.

Dan akibatnya kami sampai di pantai tu bila petang dah nak menginjak senja. Haduhhhh, ingatkan boleh terus pijak pasir pantai rupa-rupanya ada drama sinetron pulak dah..


Dari tempat Feri berhentikan kereta, kami dok melangut menunggu sebab jalan nak turun ke pantai tu hanya 1 way, tunggu punya tunggu punya tunggu macam benda tak ada kesudahan sedangkan malam sudah hampir nak bertukar malam. Lalu Anne kata kita turun aje jalan kaki lepas tu bila jalan dah clear baru Feri turun dengan kereta. Bila semua dah jalan sekat separuh jalan, baru Feri pick up kitorang, alasannya sebab salah faham, tak ada pun kereta tengah naik, jadi sebenarnya jalan dah clear. Tapi saya fikir sebenarnya mamat dreba tu malas nak bawak kitorang ke pantai, tu yang dia sengaja cakap camtu. kalau kata kami ok tentu dia seronok nak teruskan perjalanan ke Jogja.






Dalam gelap kelam tu tak banyak la panorama boleh tengok, mana yang sempat capture aje. Tapi dalam gelap gelap tu pun saya nampai pantai ni memang cantik sebab ada air terjun yang terus mengalir jatuh ke laut. Eh memang lawa la, kalau kata air tak pasang, boleh je mandi dekat bawah air terjun tu, tapi kalau kata ada ombak, silap silap sampai ke Lautan Hindi wehhh..


Pantai yang lengang..



Dari tebing saya duduk tu, ada satu tebing lagi di hujung sana yang kita boleh pergi tapi dah ditutup atas faktor keselamatan (malam). Walaupun tengok ada pagar, tapi itu sebenarnya dari kayu dan tali, anytime je boleh jatuh kalau tak berhati-hati.


Tengok ajalah gulungan ombaknya yang ganas. Tempias airnya boleh sampai hingga ke atas. Seram tengok.


Kalau kami sampai awal, mesti lagi lawa dapat posing-posing di sama tu..


Mentari pun dah berlabuh... tanda malam sudah menjelma


Sesungguhnya masa ni fikir nak tidur aje... -_-


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]