PAGES

Thursday, July 26, 2018

Biskut Ferraro Rocher

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Biskut ferraro rocher ni saya buat masa Aidilfitri haritu, sebabnya dari tahun lepas dok nak buat tak jadi jadi. Tahun ni saya sedia semua bahan dan terjadilah biskut untuk santapan. Biskut yang dalam gambar ni saya salut yang 2nd batch, maksudnya biskut yang tak habis disalut di kampung, saya bawa semula ke CH dan celup cuklat di sini. Masa salut coklat di kampung tu, dia tak nak mengeras sampai saya kena letak dalam bilik berhawa dingin baru dia membeku. Aii cerewet sungguh coklat ni. Sebab tulah kalau tengok biskut yang ni macam dah tak ada kekacang yang menyalutnya. Dah luruh gitu..


Saiz kursemangat gitu.


Sejujurnya biskut ni memanglah sedap, sesuai dengan nama. Kalau nak beli biskut yang original memang kopaklah dengan kuantiti dihasilkan. Saya pulak sejenis yang suka coklat FR cuma kalau beli tu yang 3 biji tu aje, bukan nak berkira tapi kalau beli banyak banyaklah yang masuk ke mulutnya pula.





Cerita tentang biskut ni juga, saya dengan sepenuh kegigihan yang ada pergi ke bakeri untuk membeli kacang hazelnut. Walaupun a bit pricey saya pejamkan sebelah mata sebab nak kasi rasa dia betul. Dari CH saya ke BWY Ipoh, tapi tak ada pulak jual sesikit, dibantainya sekilo dua kilo. Aduhhh, saya plan nak ganti dengan gajus je tapi bila ke Mydin RTC ada jumpa di situ yang 250g berharga RM28. Oklah kan, sebab nak guna pun sikit aje. Satu biji biskut ni saya letak separuh aje hazelnut, konon nak simpan kot-kot nak buat lagi lain kali. Jimattt....


Untuk resepi ni saya tak ingat dah ambil dari mana, minta maaf ya sebab lupa nak tulis dekat buku resepi tu. Maaf ya.. Kalau kalau ada tuannya yang membaca post ni please let me know ya..

RESEPI BISKUT FERRERO ROCHER

BAHAN - BAHAN
250gm butter
80gm gula icing
20gm qroquant/cornfleks hancur
360gm tpg gandum
100gm almond powder
40gm tpg jagung
1/2 sdt esen vanilla
almond nibs secukupnya (utk menyalut biskut)
3bj putih telur (utk melekatkan almond nibs dgn biskut)
coklat masakan secukupnya.(utk menyalut biskut)

CARA - CARA MEMBUATNYA
1. Putar butter & gula sebati.masukkan qroquant.
2. Masukkan esen vanilla.
3. Masukkan tpg gandum,almond powder & tpg jagung. uli sebati.
4. Panaskan oven suhu 150c.
5. Bulatkan adunan mengikut saiz yg dikehendaki.letakkan dlm dulang pembakar yg sudah dilengser dgn marjerin.
6. Bakar suhu 150c selama 20-25 minit.
7. Golekkan biskut yg telah dibakar ke dalam telur putih.kemudian golekkan di atas almond nibs.
8. Bakar balik biskut lebih kurang 5 minit.
9. Cairkan coklat masakan & golekkan biskut dlm coklat & masukkan ke dlm paper cup.
10. Biarkan sejuk & siap utk dihidang...;)



Kredit Resepi: Page FB Aneka Resepi [sumber]

 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]