PAGES

Wednesday, August 1, 2018

Kuih Bingka Pandan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Dah lama sebenarnya tak buat kuih ni. Last sekali saya buat tahun lepas, masa tu dekat rumah di kampung, belum sempat masak oven pulak rosak. Saya memang gemar kuih ni, iyalah, dengan lemak lemak manis tu memang menggoda sesungguh. Bila saya stat berdiet dan jaga makan, memang saya jarang-jarang menyentuh kuih muih tradisional yang berprofil tinggi, tapi bila dah fasa mengekal berat ni makan jugaklah sesekali.
 

Kuih ni asyik lalu lalang je dekat IG sampai saya yang menengok pun turut rasa nak membuatnya. Jadi, buat ajelah satu adunan guna apa bahan yang ada di rumah. Satu adunan ni pun tak banyak sangat dapat satu loyang kecil aje, tapi puas jugaklah nak perabis sebab makan seorang.  Kiranya hari hari la makan kuih ni. He he he...

Kuih ni kan sebenarnya sama je dengan kuih bakar, mungkin berbeza panggilan di sesetengah tempat. Pastu selain dibuat lemak camni boleh jugak diubah dengan memasukkan ubi kentang, susu, durian dan sebagainya bergantung kepada kreativiti seseorang.





Kuih ni saya potong kecil kecil untuk simpan dalam esbok. Bila rasa nak makan keluarkan aje dan hangatkan sekejap dalam oven. Saya sebenarnya nak tabur bijan di atas, tapi lupa pulak. Dah 20 minit bakar baru teringat. Haduiii...


Keratan rentas di dalam memang tak berapa nak cun. Lemak pun tak berapa sebab saya campur 1 santan dan 1 air. Ini pun pakai santan kotak aje, kalau guna santan segar lain sikit jadinya. Udah kita ni payah nak dapat yang fresh yang kotak pun ok aje. Kita yang nak makan kan, apa de kisah...

KUIH BINGKA PANDAN


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir (che mat kurangkan 1 camca besar)

2 cawan santan
1 cawan jus pandan (kisar 5-6 helai daun pandan dengan 1 cawan air dan tapis)
2 camca besar mentega, dicairkan dan sejukkan
1/4 camca teh garam
3 biji telur gred A
Bijan secukupnya untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 190C. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega. Alas dengan aluminium foil dan sapu permukaannya dengan mentega. Masukkan tin tadi ke dalam oven dan biarkan ia panas.
Pukul telur, garam dan gula pasir hingga gula larut. Masukkan jus pandan dan santan. Kacau rata. Tambah tepung gandum, gaul hingga rata dan tidak berbintil2. Akhir sekali masukkan mentega cair, gaul rata dan tapis adunan tadi ke dalam jug.

Berhati2 keluarkan tin tadi dari oven. Tuang adunan kuih bingka dan tabur bijan rata2 atasnya sebagai hiasan. Bakar 1 jam 10 minit atau hingga kuih bingka masak (hingga permukaan kuih keperangan). Uji dengan mencucuk lidi sate bersih di bahagian tengah kuih, kalau keluarnya bersih tanda kuih sudah masak. 
Keluarkan dari oven dan biarkan sekejap. Keluarkan kuih dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan. Potong dan hidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi...


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]