PAGES

Wednesday, August 8, 2018

Butter Cookies

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ini biskut sayang saya buat untuk Aidilfitri lalu. Satu adunan aje pun, tak sempat nak buat raya makan makan aje lepas berbuka tahu tahu dah habis. Kalau nak cerita pasal butter cookies ni memang sesiapa pun suka, dengan lemak lemak masin tu memang sedap sangat lah kan. Tapi itulah kalau kata nak beli memang agak mahal sikit harganya. Jadi baiklah kita godak kat Google ni cari resepi yang bersesuaian untuk dicuba.


Untuk adunan biskut ni saya menggunakan butter Anchor, firstime kot beli dan guna butter tu. Maklumlah as i bagitahu before kan nak dapat hasil premium kenalah guna bahan premium. Tapi nak citernya sebab tak biasa guna butter tu kan rasa macam sedikit pelik pulak. Ha ha ha, bagus jugaklah camtu, takyah nak pakai butter mahal mahal padan dengan buttercup sudah.




Cuma satu je masalah problem bila buat biskut ni. Tak tahulah salah adunan ke salah bahan ke, bila nak paip guna nozzle dan piping bag tu aduhai payahnya dia nak keluar. Itu yang kalau tengok gambar huduh bebenor macam paip guna kaki aje. Benci la menengoknya. Saya rasa maybe sebab cuaca sejuk, jadi adunan cepat nak membeku. Nanti saya nak cuba buat di rumah pulak tengok macam mana kejadiannya. Dari segi rasa memang sedap macam yang dijual dalam tin tu. Memang tak rugi buat. Tapi itulah, bila dah ada depan mata tu, asyik nak makannnnnn aje. Stress tau!!! TQ Ma for sharing.


BUTTER COOKIES
Posted by MamaFaMi

Adapted from : Iris Kitchen


Ingredients :

125g butter
35g icing sugar

1/4 teaspoon baking powder

1 teaspoon vanilla essence

140g flour

Sugar deco

Method :
1. Beat butter and icing sugar till soft.

2. Add in vanilla essence and baking powder.

3. Add in flour to form a very soft dough.

4. Place dough into a piping bag with a big star nozzle attached.

5. Pipe onto the baking tray. 
6. Place a heart sugar deco on top of the dough.
7. Bake in a pre-heated oven at 150C for 20 minutes.
8. Remove from oven and let it cool before storing them in an air tight container.



 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

  1. It’s difficult to get knowledgeable folks on this topic, but the truth is be understood as what happens you’re preaching about! Thanks. Gramho is an Instagram account analyzer and viewer. Our algorithm gives you the possibility of analyzing your or other person's Instagram account statistics.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]