PAGES

Friday, April 11, 2014

Dapat Hadiah Macaron!

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Eh..rasanya dah lama tak ada n3 pasal sexy feet ni kan... Bila cerita masal macaron atau nama manjanya macs ni, teringat kisah-kisah masa buat macs sebelum ni. Dah 8 kali you alls... bukan sekali dua hokeh! Bayangkanlah dah 8 kali buat pun tak jadik-jadik lagi. Kesiannnn...

Nak jadi kisahnya masa ambil result SPM baru-baru ni, ada sorang budak tu bawakan macs sebagai hadiah untuk guru-guru yang mengajar kelasnya termasuklah saya. He he he...  Jom tengok dan baca apa kisahnya.


Ini merupakan kali pertama saya makan macs yang sebetulnya. Very the curious about how it taste okeh.


Bila bukak tu, mak aihhh kemain la kawo macsnya. Ada la dalam 2 ke 3 saat dok belek bentuknya. Sangat jeles okay..sangat! Dalam tu elok je tersusun 4 pasang macs pelbagai warna. Yang kaler pink tu dah terpenyek la pulok!


Yang pertama berperisa blueberry. Rasanya agak masam sedikit. Bila dicampur dengan manis macs tu ok lah... cuma nak kena minum air banyak sikit la masa makan macs ni. Bagi saya macs perisa blueberry ni sangat comman, tambah2 pula bila kita dah selalu guna filling blueberry dalam bakery.


Yang ini perisa coklat. Agak serasi dengan manis macs dan pahit coklat. Rasanya sedap, tak sanggup nak kongsi dengan orang lain. ^_^


Yang pink ni pulak sah-sah perisa strawberry. Kalau tak familiar sangat tak tahulah...dah jadi macam sign kan. Asal pink je strawberry. Asal strawberry je pink. Rasanya biasa-biasa la mungkin sebab dah selalu makan strawberry segar agaknya. Wink!


Yang ini pulak...guess what? Saya bayangkan ini berperisa green tea, tapi bukan. DURIAN okay... Sangat mengejutkan bila gigit macs ni terasa duriannya. Rasanya sangatlah owesome. Sangat sedap tau, rasa macam tak puas pulak bila makan sebiji. Tapi sebiji pun ok daripada tak ada.

Walau bagai mana pun, thanks a lot to Chai Gah Wun yang sudi nak belanja cikgu makan macs ni. Sangat puas hati...

4 comments:

  1. huhuu..yana lg 'darat' cheq sue.. xpnh rs cik macs nii..dgr org citer je manis dia nihh hehee..dh berniat nk bt sndiri tp niat je laa hikhikk..

    ReplyDelete
  2. Salam Cheqsue...Untung dpt anak murid yg baikhati :)

    ReplyDelete
  3. bestnya dapat macaron..nak juga rasa macaron ni..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]