PAGES

Tuesday, January 31, 2012

Yang Selalu Kuinginkan...

 
 
 
Bila lapar, xde masa nak masak lelame, menu yang ringkas tetapi menyengat ini jugak yang tetap menjadi pilihan. Hanya masak nasi dan goreng @ bakar ikan. Tak sampai setengah jam sudah boleh makan. Harini dengan jadual yang pack, bekal lak tak bawak, balik2 rumah terus terkam ke dapur. Korang?

Kalau nengok ke ulam2 berganding budu tu, ada ulam raja dan timun jepun. Tapi nak ceritanya cheq sue ni bukanlah gemar sangat pun ulam raja tu, bila amik tadi macam selera sangat nak makan, tapi sudahnya sepucuk aje masuk ke mulut. Memang banyak khasiat ulam raja ni, tapi cheq sue kena belajar lagi nak sukakannya... He he he.Wassalam...

Monday, January 30, 2012

Tangan Kidal & Gigi Arnab

 
 
 Kat dunia ni, setiap insan yang dilahirkan diberi kelebihan dan kekurangan oleh Yang Pencipta. Masing2 sebenarnya saling melengkapi. Mungkin ada di kalangan kita yang diberi keistimewaan menggunakan tangan kiri @ kidal mahupun bergigi arnab.  Cheq sue sangat teruja dengan insan2 yang ada dua keistimewaan ini. Secara peribadi insan2 istimewa ini tersangatlah unik dan istimewa di mata cheq sue. Kalau nak baca apa kelebihan orang kidal ni, boleh baca di sini
 


 
Si tangan kidal ni bila menulis atau melakukan kerja2 seharian, rasanya sangat cute dan special. Kedudukan tangan dan badan, riak muka, semua itu menimbulkan satu perasaan yang sangat teruja bagi cheq sue. Penggunaan alatan yang kebanyakannya untuk si tangan kanan, perlukan kemahiran yang tinggi untuk si tangan kiri menggunakannya. Kadang2 bila kelapangan, sering jugak cheq sue belajar menulis dengan tangan kiri. Nak rasa macam mana... Heeeeeee...
 

Pic here


Bagi yang bergigi arnab pulak, bila tersenyum, terasa manis sangat, walaupun tak ada deretan gula di bibirnya. Memang cheq sue admire giler... cuba tengok agnes monica ni, superb cute kan dia...walaupun dia memang udah lawa... Tapi kalau bergigi arnab pun, tapi tak dijaga dengan baik, tak ingin jugak cheq sue nak admire...  Tapi itulah, kesukaan orang ni masing-masing. Ini hanya pendapat peribadi sahaja... Wassalam...

Cheq sue? Dua-dua pun xde istimewa... (*_*)

Sunday, January 29, 2012

Misteri Cinta ~ ep. 9

 
 
"Tidakkah kau lihat api yang menyala mengapa kau tega menyiramkan minyaknya?"

“Cikgu Dayang, pengetua hendak berjumpa dibiliknya.”
Ketua kerani, Kak Musalmah memberitahunya. Hajat di hatinya ingin minum pagi di kantin dengan Nazirah dan Charlotta tapi terpaksa pula berjumpa pengetua. Apa pulak kali ini? Hatinya bagaikan merungut…namun dengan pantas kakinya dihalakan ke bilik pengetua yang berdekatan pejabat. Dia sedia maklum bahawa pengetua tidak sukakan kelewatan. Sama juga sepertinya.
“Assalamualaikum pengetua. Ada apa hal pengetua nak berjumpa dengan saya?”
“Waalaikumussalam. Ha, Dayang. Silakan duduk dulu. Kita menunggu Amjad. Ada hal yang nak saya bincangkan dengan kamu berdua. Saya ada perkara yang perlu diselesaikan dulu. Awak tunggu sekejap ya.”
Dayang Atikah terkejut bila mendengarkan nama Amjad turut disebut. Tambah lagi bila pengetua menyebutkan ada perkara yang hendak dibincangkan. Adakah pengetua juga sudah tahu khabar angin tentangnya dan Amjad? Ada sedikit debar dalam jiwa Dayang Atikah. Dia cuba mengawalnya.
Lima minit kemudian barulah Amjad menunjukkan diri. Mukanya kemerah-merahan. Barangkali kerana dia bergegas ke sini…
“Maafkan saya pengetua. Saya ada kelas di 4 Jujur tadi.”
“Saya tahu. Sila duduk Amjad.”
Dayang Atikah memandang Amjad dengan ekor matanya. Entah betul entah tidak. Agaknya dia dari kantin. Bukannya dia tidak kenal si Amjad tu. Agaknya pengetua sengaja dikelentongnya.
Astaghfirullah…tak baik buruk sangka pada orang!
“Sebenarnya Dayang, Amjad, saya ada dua perkara yang hendak dibincangkan dengan awak berdua.”
“Apa halnya pengetua?”
Amjad bersuara.
“Pertama sekali, kamu berdua akan menghadiri kursus di Desaru Beach Resort. Ianya akan di adakan pada minggu depan.”
“Kursus apa tu pengetua?”
“Kursus kahwin…”
Dengan selamba pengetua menjawab. Dayang Atikah dan Amjad tersentak seketika dengan jawapan yang tidak disangka-sangka itu. Pengetua tersenyum dapat mengenakan guru baru yang telah mencetuskan  khabar angin kencang di SMK Pulau Indah. Sepanjangnya menjadi pengetua di situ, inilah khabar angin yang benar-benar hangat pernah didengarnya. Orang muda…
Dia kemudiannya menyambung.
“Kursus Kecemerlangan Bahasa. Ianya mengambil masa selama empat hari.”
“Kenapa pengetua tidak memilih Cikgu Fatimah dan Cikgu Azhar menghadiri kursus tu? Kami ni kan baru aje mengajar.” Amjad bersuara lagi.
“Amjad, sepatutnya kamu bersyukur kerana terpilih mengikuti kursus ni. Sebagai guru baru, kamu sepatutnya mendalami seberapa banyak ilmu pengetahuan untuk memantapkan diri kamu sebagai pendidik. Dayang, bagaimana pula dengan awak?”
“Saya tiada apa-apa masalah.”
“Baguslah kalau macam tu. Nanti ambilkan dokumennya dengan Musalmah.”
“Perkara kedua apa pula pengetua?” Dayang mengajukan pertanyaan.
“Selepas kursus tu, saya nak awak berdua wujudkan Kelab Bahasa di sekolah kita ini. Saya mendapat makluman bahawa ramai pelajar sekolah kita yang berbakat dalam bidang bahasa. Kalau boleh awak berdua rancangkan aktiviti yang boleh mengembangkan bakat mereka itu sekaligus boleh digunakan untuk menaikkan nama sekolah. Boleh?”
Dayang Atikah memandang pengetua, kemudian mengalihkannya ke wajah Amjad. Nampaknya itu tugas berat yang diberikan kepadanya. Berat kerana terpaksa bekerjasama dengan Amjad sekali lagi. Kalau minggu lepas dia diberi tugas sebagai guru rumah Zamrud bersama Amjad, selepas itu ditugaskan sebagai guru pusat sumber, juga bersama Amjad, kini ditambah pula dengan kursus dan penubuhan Kelab Bahasa, juga dirinya bersama Amjad. Apakah pihak sekolah telah merancang sesuatu tanpa pengetahuannya? Hajat dihatinya ingin memprotes tapi apakah daya Amjad juga sealiran dengannya, cuma Amjad di bidang yang lebih klasik iaitu Sastera.
Dalam hati Amjad melonjak-lonjak kegembiraan kerana ini menambahkan lagi peluangnya untuk mendekati gadis idaman. Kali ini dia akan menjadi dirinya sendiri untuk memastikan Dayang Atikah menjadi miliknya. Masa seminggu rasanya sudah mencukupi untuk dia mendampingi Dayang Atikah. Kalau tidak cukup, masa-masa akan datang pasti ada untuknya kerana kini tugasnya banyak bersama dengan gadis itu.
“Awak berdua ada masalah ke?”
Dayang Atikah dan Amjad tersentak. Memutuskan khayalan dalam diri masing-masing.
No problem pengetua.”
Amjad menjawab dengan nada yang riang dan gembira, mungkin juga bagi pihak Dayang Atikah. Jelek betul Dayang mendengar kata-kata yang bunyinya tidak berapa ikhlas itu. Mereka berdua akhirnya meminta diri setelah pengetua menghabiskan ayat terakhirnya.
“Sudah bersedia nak berkursus kahwin dengan saya Dayang?” Amjad mengambil peluang untuk mengusik Dayang Atikah.
“Eh tolong sikit la. Siapa yang nak kahwin dengan awak? Perasan!”
Sakit hati Dayang Atikah mengenangkan Amjad yang tidak habis-habis menyakatnya. Makin dia marah makin galak pula lelaki yang tak tahu malu itu mengusiknya… Dayang Atikah berlalu ke bilik guru dengan perasaan yang tidak tenteram.
Perkenalannya dengan Amjad berlaku ditanamkan dengan benih-benih kebencian kini mula bercambah dengan dedaun benci menyukarkan dia untuk menghapuskannya. Mungkin itu akan menumbuhkan pepohon kebencian yang subur dalam hati sehingga sukar diubah dan dihilangkan lagi…
 

Cucur Bom Manis


 
 
Amboi anak dara, dah tengah hari baru keluar n3 sarapan. Orang dah sibuk nak lunch, kita? Nampak gaya kena lunch kat kedai dah ni, apa pun tarak lam peti ais... Tak pun lunch je kat Ipoh....amacam??? Biasa la dah balik rumah sendiri ni, xde nak kisah sangat. Kalau kat kampung time ni dah dua kali makan pun...
 
Orang lain sebenarnya dah lama mengebom dengan bom manis ni, cheq sue pulak asik tertangguh aje nak buat. Bukan payah pun, macam buat cucur biasa aje, tapi biasalah bila xde angin nak cuba, kompom tak jadi. Tapi cucur ni memang sesuai sangat la nak digandingkan dengan teh O ke kopi ke time2 sarapan atau minum petang. 

Sebab nak makan sorang, cheq sue buat ni dalam setengah cawan aje. Tak la dapat banyak, sekali makan habis je. Kot2 ada teman leh jugak buat lebih sikit. Teringat lak adik2 kat kampung...entah makan ape deme ye... He he he... Okaylah...sape2 yang belum mengebom tu sila2lah cuba... Wassalam...




 
CUCUR BOM MANIS
Sumber : Anna Qawina

Bahan-bahan :
1 st yis
1 cawan tepung gandum
2 sb gula
3 sb susu pekat manis
secubit garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
Campurkan yis, gula, susu & sedikit air..larutkan..Ana biar sampai pekat berbuih.
Campurkan campuran yis tadi ke dalam tepung gandum, tambah kan sedikit air, agak2 macam nak buat jemput2 biasa tu le.
Perap aduna dalam 1-2 jam bagi mendapatkan sarang yang cantik & kuih jadi bulat masa menggoreng
Panaskan minyak masak.
Sebelum menggoreng, tambahkan secubit garam ke dalam adunan & goreng hingga keperangan.
Hidangkan..yummyy...

Saturday, January 28, 2012

Misteri Cinta ~ ep. 8

 
 
"Hajat dihati ingin berpaut apakan daya dahannya rapuh…"

 Dayang Atikah membentangkan tikar yang dibawa. Pada hari minggu itu, sengaja dia berpakat untuk berkelah dengan Charlotta di tepi pantai berdekatan dengan rumah mereka. Tiada aktiviti yang perlu dilakukan di sekolah. Hendak ke bandar terasa rimas asyik kena berebut-rebut. Dan kerana keserasiannya dengan Charlotta, idea untuk rileks di tepi pantai menjadi kenyataan. Hidangan sandwich ringkas dan fresh oren melengkapkan program mereka.
“Bagaimana rasanya dah mengajar kat sini Chem?”
“Bagi aku di mana-mana pun sama saja. Not a big deal for me!”
“Tak rindu ke nak balik Sarawak?”
“Dah tugas nak buat macam mana. Lagipun keluarga aku selalu telefon. Kau pula macam mana?”
“Aku ni sebenarnya kasihankan mak aku. Dia keseorangan di kampung.”
“Sabarlah Dayang. Ini semuanya dugaan untuk kau. Aku nak tanya kau satu soalan boleh?”
Dayang Atikah hanya mengangkat keningnya.
“Kau ada apa-apa ke dengan Amjad? Heboh satu staff room bercerita hal kau dengan dia.”
“Heboh? Mana aku ada apa-apa dengan dia?”
“Sebab itulah aku tanya kau ni. Petang tadi Kak Midah dengan Kak Ton ada tanyakan aku tentang kau dengan Amjad.”
Nampaknya apa yang Dayang Atikah risaukan kini menjadi nyata. Dia takut orang-orang di sekelilingnya akan bercakap-cakap tentangnya. Tentang kelakuannya. Tambahan pula dia adalah guru yang baru mengajar di sini, maka sudah tentulah dia patut menjaga reputasinya. Mukanya diraup dengan kedua tangannya. Dia melepaskan keluhan. Matanya kemudian memandang Charlotta. Mengharapkan pengertian.
“Aku tak ada apa-apa dengan dia tu Chem. Biasalah rakan-rakan sejawatan. Apa salah ke kalau aku bercakap-cakap dengan dia sebagai seorang kawan. Adakah bila aku bercakap dengan dia aku akan ada apa-apa dengan dia?”
Bagaikan ada kemarahan yang cuba diluahkan oleh Dayang Atikah terhadap Charlotta.
“Aku faham apa yang kau maksudkan tu Dayang. Masalahnya mulut orang-orang kat sini yang suka sangat membuat telahan sembarangan. Aku harap kau jangan hiraukan sangat apa yang mereka katakan pada kau tu. Tapi secara jujurnya aku rasa Amjad tu memang ada hati pada kau Dayang.”
“Itulah masalahnya Chem. Aku turut merasakan apa yang kau rasa tu tapi aku tak sukakan dia. Aku tak sukakan caranya. Kalau betul dia sukakan aku, dia boleh buat cara lain untuk menarik perhatian aku. Bukannya dengan cara memalukan aku di sekolah macam ni.”
“Maknanya kau sukakan dia la…”
“Ish kau ni Chem. Aku hanya sukakan dia sebagai seorang kawan aje. Sebenarnya dalam hati aku ni dah ada ruang untuk orang lain mengisinya.”
“Satu cerita yang menarik nampaknya. Siapa dia yang bertuah itu? Ceritakanlah pada aku.”
“Aku minta maaf Chem kerana tidak dapat berkongsi dengan kau tentang perasaanku yang satu ini. Biarlah hanya aku yang tahu. Aku harap kau memahaminya.”
Charlotta menarik muka masam. Dia kecil hati kerana Dayang Atikah tidak mahu berkongsi rahsia dengannya. Dia memandang ke laut lepas.
“Chem, janganlah merajuk. Tolonglah faham. Mungkin sekarang ni bukan masa yang sesuai untuk aku bercerita kepada kau. Satu masa nanti kau akan tahu juga.”
Charlotta mencebik ke arah Dayang Atikah. Geramnya dengan perempuan itu. Kalau tak nak cerita tak payahlah cakap dari awal lagi. Menyampah betul!
“Ala buruknya muka kau buat macam tu Chem…”
Mereka berdua berkejaran di gigi pantai yang pada waktu yang semakin menginjak ke malam. Pada ketika siang sudah mula bertukar malam…
 Itulah rentak kehidupan yang tidak pernah membosankan… 

Chocolate Chip Cookies


 
 
No more chipsmore!! He he he... pasni xde nak beli chipsmore dah la bila dah tahu buat CCC ni. Memang sedap dan tak jemu pun di makan.  Cheq sue buat ni semalam, bila terpandang Kak Zila buat famous amos cookies, memang terliur sangat. Tapi yang dicuba CCC sebab dah lama dalam list. Mula2 tu tak perasan pulak resepi siapa, tapi bila dicari2 dari MyR rupanya. Resepi ni ada dalam buku resepi lama cheq sue, tu yang xde link. 
 
Gandingan choc chips dan gajus panggang memang kena. Sekeping sekeping masuk mulut memang tak sedar. Ingatkan sempatlah buat kudapan dalam perjalanan balik ke CH tengah hari ni, rupa2nya dah hampir habis. Nanti balik ni cuba buat dengan badam pulak, takpun guna hazelnut. Mesti sebijik macam chipsmore.

Cara nak buat cookies ni tak la payah mana pun, cuma x pakai sukatan cawan. Sape2 yang xde digital scale tu bolehla search CCC dalam MyResepi. Ada banyak jugak yang guna sukatan cawan. Cheq sue pulak terberkenan dengan yang ini. Nanti kalau korang ada senang2 tu bolehla cuba. Memang puashati. Wassalam...




CHOC CHIP COOKIES
Resepi : Nadia @ MyR

Bahan-bahan :
450g tepung gandum
1 biji telur
250g mentega
115g gula halus
110g gula perang
100g choc chips
3 sb serbuk koko
250g gajus - panggang dan cincang
1 sk baking soda


Cara-cara
Pukul mentega dan gula sampai kembang
Masukkan telur dan pukul lagi
Masukkan tepung+baking soda yg telah diayak, sedikit demi sedikit dan juga chocolate chips dan kacau
Masukkan gajus dan kacau lagi
Buat bulat kecik-kecik dan tekan dengan garfu atau apa-apa bentuk yang disukai
Bakar dalam oven pada suhu 160'C selama 15 minit


Friday, January 27, 2012

Misteri Cinta ~ ep. 7

 
 
"Mata bertentang mata, hati terdetik bermula rasa,  jinak bagai merpati didekat terbang ditangkap lari…"

Dayang Atikah kini menyewa bersama-sama Charlotta di sebuah rumah kampung yang terletak berdekatan pantai. Tidak jauh dari sekolah, dalam 10 minit berjalan kaki sahaja. Namun itu bukanlah soalnya kerana Charlotta membawa kereta. Tetapi bagi Dayang Atikah, dia menyewa bersama-sama Charlotta bukanlah semata-mata ingin menumpang kesenangan gadis Sarawak itu tetapi lebih kepada keserasian dan perhubungan persahabatan mereka. Walaupun dia dan Charlotta berlainan bangsa dan agama, dia tidak menjadikan itu semua untuk menjarakkan hubungannya sesama manusia. Takkanlah dia hendak tinggal bersama-sama Nazirah selamanya. Nazirah mempunyai abang yang tinggal bersama-samanya.Tak elok juga dipandang orang.
Baginya dan Charlotta, mereka berdua amat menggemari laut. Suasana yang damai dan tenang menemani mereka di saat kesunyian. Selepas dibahagikan tugas oleh Puan Jannatun Naimah minggu lalu, kini bermulalah tugasnya sebagai pendidik anak bangsa di Pulau Indah ini. Dia mengajar opsyennya Bahasa Melayu dan minornya Sejarah. Charlotta pula mengajar Matematik dan Kimia.
Walau apapun mata pelajaran yang diajar dan di tingkatan berapapun, itu bukanlah satu hal besar yang perlu diheboh-hebohkan. Apa yang diberikan diterima dengan senang hati. Segala cabaran dan dugaan akan diharunginya dengan tabah. Ilmu pendidikan yang di ikuti semasa di maktab dulu akan dirujuknya. Restu dan doa ibunya sentiasa mengiringi perjuangannya. Dan yang utama, Tuhan sentiasa bersama-samanya.
Dayang Atikah memandang para pelajar di hadapannya. Seramai 25 orang murid tingkatan 4 Amanah sedang menyiapkan tugasan yang diberikannya sebentar tadi. Masa masih ada selama setengah jam sebelum pengajarannya tamat. Itulah kelasnya yang terakhir pada hari ini setelah bermula seawal pukul 7.45 pagi tadi. Perutnya berkeroncong minta diisikan. Memang sejak tadi dia tidak sempat menjamah apa-apa makanan. Kak Maisarah mengajaknya ke kantin. Begitu juga dengan Charlotta. Tetapi banyak perkara yang perlu dia dahulukan. Sebagai guru baru, dia perlu membereskan itu dan ini.
Berbunyi sahaja loceng tanda tamatnya kelas pada hari itu, Dayang Atikah mengemaskan meja guru yang bersepah dan keluar dari kelas setelah pelajar mengucapkan terima kasih. Langkahnya di atur ke bilik guru. Masih ada 1 jam lagi sebelum pulang. Dapatlah dia menyemak kerja-kerja pelajar. Dalam perjalanan, dia berselisih dengan Amjad.
“Baru habis kelas?”
Dayang Atikah hanya mengangguk. Malas dia hendak melayan guru muda itu.
“Dayang dah makan? Jomlah, Am belanja.”
“Terima kasih Am. Saya tak lapar.”
Pandai saja dia menipu sedangkan kalau perutnya boleh berkata-kata, tentu setujulah   jawapannya.
Ada raut kekecewaan di muka Amjad apabila Dayang Atikah menolak pelawaannya. Yang sebenarnya Dayang Atikah tidak pernah pun menerima ajakannya. Entah mengapa gadis itu terlalu sukar untuk didekati. Di pandang boleh di dekat lari. Amjad hanya memandang Dayang Atikah berlalu meneruskan langkah. Dia kemudiannya menuju ke kantin.
“Kenapa Am? Burung dah terbang ke?”
Cikgu Sudin yang entah dari mana munculnya menegur. Amjad terkejut dengan usikan guru yang berasal dari Pahang itu. Dia hanya tersenyum menjawab pertanyaan itu.
Amjad menikmati minumannya dengan pelbagai persoalan di kepala. Sejak dia melihat Dayang Atikah semasa kesesakan jalan raya di Klang dahulu, hatinya sudah terpaut. Gadis itu sederhana cantik orangnya dan wajahnya tenang dipandang. Hilang masalahnya memandang wajah itu. Suaranya lembut dan perlakuannya penuh santun.  

Tak mengapalah Dayang. Kali ini kau menolak diriku. Mana tahu satu hari nanti kau akan tahu betapa bermaknanya aku kepadamu… 

Memotong VS Menjahit


 
 
Salam Jumaat yang mulia... Dah sarapan ke belum kengkawan? Cheq sue dah pekena teh O secawan. Dengan cuaca mendung + sunyi sepi kat kampung ni, adehhh syahdu sungguh.
 
Okeh, kalau sesape yang boleh menjahit tu pasti dapat menelah apa yang cheq sue nak sampaikan dalam n3 kali ni. Cheq sue cerita ni dari sudut seorang yang x pernah belajar cara2 memotong kain @ menjahit, hanya belajar sendiri2 berdasarkan baju yang telah siap. Sebenarnya lepas SPM teringin sangat nak belajar menjahit, tapi takut nak mintak dengan ayah. Agaknya kalau belajar menjahit dulu, macam2 pesen baju agaknya boleh buat. 

Dengan pengetahuan yang tak berapa nak ada ni, lama jugak baru dapat memberanikan diri untuk menggunting kain. Bagi amatur ya, kalau tak berani memang x jadi. Biasanya cheq sue memerlukan kawasan yang agak luas bila nak memotong kain. Kalau di kampung, ruang tamu yang tak ada apa-apa perabot memang cukup selesa untuk bergerak bebas bila memotong kain. Bukan ape, kalau kawasan yang sempit2 ni macam sesak napas aje bila nak bentangkan kain tu. Udah kita pun tak reti mana, habis satu kawasan tu dikecahnya. Kalau sape yang dah mahir tu, biasanya deme guna teknik 'tarik benang' ataupun 'koyak kain' aje, tapi cheq sue masih memerlukan tali ukur, kapur dan pembaris. Jadi bayangkanlah berapa lama masa yang diperlukan untuk menyiapkan satu potongan baju kurung? 

Berbeza pula dengan menjahit, kalau kena anginnya, tak sampai 2 jam sudah boleh siap sepasang baju. Cuma ambil sedikit masa untuk bahagian leher dan susun kain. Secara peribadinya cheq sue lebih suka menjahit (mencantum) berbanding dengan memotong. Agak2 kalau nak upah orang memotong kain, berapa ya? Kita tinggal jahit aje...lagi senang kan?

Walau apapun, menjahit ni memang satu hobi yang sangat menguntungkan. Faham2 ajelah bila jadi cikgu ni, asyik2 pakai baju itu aje naik segan jugak jadinya. Sesekali nak jugak tukar2 pesen. Sekarang ni kalau upah baju kurung dalam RM25-RM35 jugak rasanya. Kalau baju yang payah2 sikit tu lain pulak regenya. Jadi, dengan kemahiran yang sedikit ni tak terasa la sangat bila nak jahit baju dua tiga pasang tu. Cuma, antara rajin dan malas ajelah yang menjadi penentu. He he he... Wassalam...

Thursday, January 26, 2012

Terung Bakar & Air Asam

 
 
Quick n3 sebelum ke tempat kenduri. Hari ni kat kampung ada dua tempat kenduri. Semalam dah pi sampai 12.30, harini bagi dua dengan mek, dia dah pegi ke belah kanan, cheq sue akan pegi ke sebelah kiri. Adehhhh... fenat jugak ye. Tapi mengikut perintah ajelah kejenye kita ni.
 
Terung bakar & air asam ni cheq sue buat untuk lunch semalam. Memang suka sangat dengan sayur terung. Kalau dibakar, cecah budu atau air asam memang x pandang dah yang lain. Rasa pedas, masam, manis dan masinnya cukup. Cheq sue hanya buat sebiji aje, kalau camni x berapa laku kat kampung. Tuuuu dia, siap dengan lesung lagi posingnya. Resepi ni memang ringkas dan cepat, tapi cukup menyelerakan, tambah2 pekena time lapar... memang bertambah la kata orang. Tq Noorsha berkongsi resepi ni. InsyaAllah lain kali boleh cuba lagi. Wassalam...




TERUNG BAKAR & AIR ASAM
Resepi : Noorsha@myr
Sumber : Tun Telani

Bahan-bahan
3 batang terung - belah 2
sedikit garam
sedikit minyak masak @ minyak jagung

Bahan-bahan (untuk air asam)
10 biji cili padi
2 inci belacan bakar
1 biji bawang besar -didadu
Asam jawa - sebesar duit 50 sen
garam.
gula secukup rasa

Cara-cara
terung setelah dibelah 2, lumur dengan sedikit garam & sedikit minyak masak @ minyak jagung.
grill atas stove atau bakar didalam oven hingga empuk. ketepikan.
untuk air asam jawa, tumbuk cili api dgn belacan bakar hingga halus.
kemudian masukkan garam & gula secukup rasa. gesek dengan anak lesung.
cairkan asam jawa dengan air masak, curah ke dalam lesung tadi. gaul seketika dan rasa serta tambah apa yg kurang.