PAGES

Monday, February 13, 2012

Homemade Plain Pretz + Chocolate Dip

 
 
Resepi ni boleh tahan lama jugak dok bersemadi dalam buku resepi. Dari buku lama yang dah terkopak kulitnya, sampai ke buku yang baru, dari tahun berganti tahun, baru sampai masa nak mencubanya. Tengok ke bahan-bahannya tu senang sangat, xde bahan yang kebaboom pun, cuma nak kena rajin bila sampai tang nak memotong adunan yang dicanai.
 
Tengok dalam MyR tu, nampak macam snek 'gettah' @ 'akar nyor' aje kalau kat Kelantan. Ada juga yang dip dengan sos. Cheq sue ni kebetulan ada lebihan coklat untuk topping mini chocolate eclair, sedap jugak bila dicicah. Tapi sebenarnya makan gitu pun sedap, rasanya tak tumpah macam biskut tawar lemak. Lain kali nak buat versi petak la...mesti jadi biskut tu.

Pretz ni cheq sue pernah nampak Noorsha buat dengan perisa almond. Sebenarnya nak jugak buat yang ada perisa tapi bila fikir2 nak dip dengan coklat, tu yang cheq sue buat plain aje. Kalau nak dijadikan kudapan time2 tgk tv tu memang sesuai sangat la ni.. Xde nak bimbang pasal kolestrol ke lemak ke ape...

Nanti kalau ada masa tu boleh la cuba, memang berbaloi baloi baloiiiii. Wassalam...






 
HOMEMADE PRETZ
Resepi : Kak Yani @ MyR
 
Bahan-bahan ( 2-3 orang )
200g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil gula kastor
100ml air
2 sudu besar mentega/marjerin -dicairkan cheq sue ganti dengan minyak jagung

2 sudu kecil serbuk pati ayam * ( atau 1/2 kiub ayam)
3 sudu besar parmesan cheese powder (grated cheese) *

Bahan-bahan yang bertanda (*) boleh ditukar dgn bhn lain yg sesuai ikut citarasa sendiri.. spt serbuk ikan bilis, udang ke.. serbuk kari ke atau apa saje ikut kreativiti sendiri

Cara-cara
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk. Uli sehingga menjadi bentuk doh.
Canaikan lebih kurang 1cm tebal. Kemudian potong memanjang. Untuk langkah2 penuh boleh rujuk sini
Panaskan oven sehingga suhu 170'C. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga jadi rangup.

3 comments:

  1. rajinnya sue ni..macam2 dimasaknya...:)

    hawat tak leh komen kat blog kita ye su? peliknya..org lain o.k je...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]