PAGES

Saturday, March 31, 2012

Kek Chiffon Strawberry



 
 
Salam hujung minggu buat semua
Pagi ni cheq sue nak share resepi kek yang selalu cheq sue guna bila ada tempahan
Rasanya lebih selesa buat kek sifon dari kek span
Setakat hari ini Alhamdulillah hasilnya memang memuaskan
Kek inilah yang cheq sue buat untuk birthday Kak Norjanah
Resepi asalnya adalah kek chifon pandan tapi cheq sue tukarkannya dengan strawberry
Cuma resepi yang cheq sue buat ni tak tahu sumbernya dari siapa
(Maklumlah resepinya ditulis tangan dan xde siapa sumbernya)
Ada sedikit perbezaan kuantiti bahan-bahan dengan resepi kat bawah ni
(cheq sue letak dalam tulisan biru ya!)
Tapi cheq sue letakkan jugak sebagai rujukan
Sebab cheq sue tgk ramai yang dah berjaya buat kek tu
Mudah-mudahan memberi idea pada yang nak mencuba
Ok lah, selamat mencuba
Wassalam...


KEK CHIFFON PANDAN

Bahan A
* 6 biji kuning telur
* 2/3 cawan minyak Mazola
* 2/3 cawan santan pekat cheq sue guna susu segar (santan biasa)
* ½ sudu kecil garam
* 1 cawan gula pasir
* pewarna hijau dan perisa pandan cheq sue ganti dengan essen strawberry dan pewarna merah
* 1 1/2 cawan tepung gandum *diayak (2 cawan)
* 2 sudu kecil baking powder* diayak

Bahan B
* 6 biji putih telur
* 1/2 cawan gula pasir (2/3 cawan)
* 1 sudu kecil cream of tar tar

Cara-cara

Bahan (A) :
Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. (tak perlu kembang, sebati je dah cukup)
Masukkan pewarna hijau, minyak & santan dan kacau lagi.
Masukkan tepung (yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.

Bahan (B) :
Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175'C
Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.

6 comments:

  1. Chiffon kek ni sedap sebab gebusnya tu teramat sangat.. soft sangat kan. Kakak suka..:)

    ReplyDelete
  2. Slm kak sue...gebus btkl nmpk keknya..asz x pernah lg try..mesti sedap..:))

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum cheq sue...
    Sedapnya kalau dpt makan sepotong kek nie... Nampak sgt2 mengod tau

    ReplyDelete
  4. lawanyer warna....nampak pun sedap...

    ReplyDelete
  5. nampak gebu betol kek ni! tak pernah mencipon lagi ni...

    ReplyDelete
  6. Nampak sangat gebuss kek ni sue, nkaler yg menarik. Akk kalo g Ch mmg ingat kat sue, sbb dh tau sue dok kat situ heheh, tu la tak juga jumpa heheh, tak jumpa sue kat fb, kalo jumpa senang sikit hehe

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]