PAGES

Thursday, January 31, 2013

Siapa Tahu Nama Buah Ni?

 
 
Jom, kita asah minda sikit. Agak2 korang la apa nama buah ni? Cheq sue selalu tengok dalam food photography, memang unik dan class buahnya tapi tak tahu nama. Alkisahnya semasa latihan merentas desa (ikut trek sebenar), ada seorang mamat bangla tu bagi pada cheq sue, katanya boleh makan. Eh kita apa lagi, ambil ajelah, kalau nak beli saja-saja memang tak dapat la... Lagipun rasanya tak pernah lagi jumpa benda ni jual kat pasaraya...
 
 
Buah ni kan memang cantik betul sebagai props fotografi, menarik sangat pada mata cheq sue. Korang lak, camana? Yang sukanya bangla tu siap bagi pokoknya, tak tahu la panjang umur ke tidak, dah pun di tanam, harap2 hidup la dia, lepas ni kalau ada rezeki syok sikit nak bergambar. *_*
 
 
Keratan rentas buah tu, yang dah dingap oleh cheq sue. Rasanya tak la masam, ala-ala aja. Jadi, siapa yang dapat bagi jawapan tentang persoalan ni?
 
Stylish Thankyou

Wednesday, January 30, 2013

Easy, Delicious Homemade Vanilla Cupcakes

 
 
Hai semua... Selamat petang. Tengah minum petang ke tu? Agaknya apalah juadah yang menjadi pilihan sekeluarga. Cheq sue bersantai-santai saja. Sehari dua ni agak kepenatan sedikit dengan tugasan sekolah, sukan dan bermacam tugak yang lain. Terima kasih pada yang sudi bertandang ke blog cheq sue ni. Buat masa sekarang masih tak mampu nak bergerak ke blog kawan-kawan. Masa amat cemburu dan terbatas. InsyaAllah di kala kelapangan cheq sue akan berBW sepuasnya.
 
Projek mencuba resepi, minggu lepas. Bukan apa, nak buat goodies untuk pernikahan sepupu 2 minggu lagi. Resepi ni memang mudah dan sedap, sesuai sangat dengan tujuan yang dinyatakan. Sebenarnya ada banyak resepi cuppies yang boleh digunakan tetapi resepi ni tak kurang hebatnya. Cuppies yang terhasil memang gebu, lembut, moist dan tahan lama. Dekat seminggu dah tapi masih boleh di makan. Sesuai sangatlah, boleh buat lebih awal dari majlisnya.

Kalau ada sesiapa yang nak cuba untuk buat masa jamuan ke, makan-makan ke memang sesuai sangat. Jangan lupa cuba tau, barulah boleh sama merasa hasilnya. TQ pada Kak Azie yang sudi berkongsi resepi ini. Wassalam.

 
EASY, DELICIOUS HOMEMADE VANILLA CUPCAKES

Bahan bahan:
3/4 cawan  butter (6oz) - suhu bilik
3 biji telur - suhu bilik
2 1/2 cawan all purpose flour (saya guna tepung gandum)
1/2 sk garam
1 3/4 cawan gula kaster (kurangkan sedikit)
3 sk vanilla (boleh lebihkan)
1 1/4 cawan susu (saya guna buttermilk) 
2 1/2 sk baking powder

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C. 
Satukan dan ayak bersama tepung, garam dan baking powder.
Putar butter dengan kelajuan tinggi selama 30 saat. Masukkan gula dan putar sebati. Masukkan telur sambil terus diputar.
Masukkan tepung dan susu secara berselang seli dengan kelajuan perlahan. Kacau sebati.
Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas 2/3 penuh dan bakar selama 15-18 minit sehingga kekuningan atau sehingga masak.
Sejukkan dalam 15 minit sebelum dikeluarkan dari loyang. Bila telah sejuk sepenuhnya, bolehlah dihias dengan frosting.


Stylish Thankyou

Saturday, January 26, 2013

Makaroni Lapis Bakar

 
 
Update dari kampung. Adesss nyaman sungguh dingin pagi yang tak pernah nak dapat kalau dok CH. Dengan bunyi ayam, burung-burung memang tersangatlah retro.
Pagi ni cheq sue nak kongsikan satu resepi mudah yang dibuat minggu lepas. Siapa pun boleh buat sebenarnya, resepi yang berdasarkan cuba dan jaya. Cheq sue buat ni ala-ala lasagna lapis, tapi menggunakan makaroni dan vegeroni. Lebih kurang sama juga dengan yang dibuat sebelum ini cuma versi lapis ni di improve sedikit dengan penambahan sos putih. Untuk resepi ni tak ada sukatan yang khusus, main agak2 aja...cuma di bawah ni cheq sue tuliskan apa bahan2 yang telah digunakan.
 
Keratan rentas di dalam, tak nampak sangat lapisan sos putihnya. Kat bawah tu pula hasil yang telah selamat di santap. Wallah... Ok, selamat menjamu mata, selamat berhujung minggu. Wassalam.
 
 
MAKARONI LAPIS BAKAR
  Resepi : Cheq Sue
Bahan & Cara A
Makaroni kering / pasta (cheq sue guna makaroni &vegeroni)
Ubi kentang
 
* rebus empuk dengan sedikit bawang dan minyak masak
 
Bahan & Cara B
Bawang merah, bawang putih
Daging ayam kisar
Sos spagetti tradisonal KIMBALL
Bunga kobis
Sos cili, sos tomato
Oregano kering
Garam & gula
* masak macam buat sos biasa
* kemudian digaulkan sebati dengan bahan A yang sudah disiapkan.
* bahagian yang sudah siap ni dikatakan sebagai bahan C
Bahan & Cara D
Bawang besar
Tepung gandum
Susu segar / susu cair
Lada hitam
Air
 
* untuk hasilkan sos putih
* yang penting kena 'masakkan' tepung gandum dulu supaya tidak berasa tepung dan masukkan cecair sedikit demi sedikit supaya adunan tidak bergentel
Bahan & Cara E
Keju cheddar - sagat halus
Cara-cara melapis :
Tuangkan satu lapisan C ke dalam loyang yang telah dilenser dengan minyak masak (boleh je kalau nak guna marjerin/butter
Tuangkan sos putih sehingga menutup lapisan makaroni (C)
Kemudian tuangkan satu lapisan lagi makaroni dan tutup dengan baki sos putih
Taburkan dengan keju cheddar sagat 
Bakar suhu 180'C selama 30-40 min (kalau nak garing boleh lebihkan masa)
Stylish Thankyou

Friday, January 25, 2013

Jus Roselle Hitam

 
Pernah jumpa roselle hitam? Haaaaa, kalau tak pernah moh tengok gambar ni. Cheq sue pun 1st time jugak jumpa roselle ni di rumah seorang guru di sini. Rasanya tak beza sangat dengan roselle merah biasa tu, tapi cheq sue rasa agak kurang masam. Cuba jugak cari di internet pasal roselle hitam ni tapi tak ada maklumat pulak. Nanti cheq sue cuba buat perbandingan dengan roselle biasa.
 
Minuman ni pulak buat macam biasa aje, rebus dan masukkan gula. Kalau nak sejuk boleh letak dalam peti ais. Kalau suka boleh masukkan ais ketul. Ikutlah selera masing-masing. Oleh sebab cheq sue ambil sikit aje, cukuplah sekadar nak rasa.
Kat bawah nilah rupanya jus roselle tu, agak kehitaman sedikit.  * Sekadar perkongsian. Wassalam.
 
JUS ROSELLE HITAM
Resepi : Cheq Sue
 
Bahan-bahan :
10 kuntum bunga roselle (asingkan dari bijinya)
5 cawan air
3 sudu besar gula
Secubit garam 
 
Cara-caranya :
Satukan semua bahan dan rebus sehingga mendidih
Stylish Thankyou

Thursday, January 24, 2013

Nasi Goreng Tomyam & Salam Maulidur Rasul

 
 
Sebelum cerita banyak, terlebih dahulu cheq sue nak ucapkan SALAM MAULIDUR RASUL pada semua, bersempena dengan kelahiran Junjungan Besar kita. Semoga hari ini memberi ketenangan buat kita semua.
 
Bila kamera rosak! Inilah gambar yang akan terhasil. Cukup sedih. Pedih sangat-sangat. Kamera yang sangat berjasa bukan sahaja untuk berblog tetapi juga untuk digunakan semasa PBS di sekolah. Aduhhh, baru je dapat bonus dah kena keluar dah... :(
 
Jadi tak mengapalah, dengan gambar yang tak menarik ni pun cheq sue nak kongsikan satu resepi yang rasanya semua orang pernah dan tahu buat. Menu biasa aje pun tetapi sedapnya luar biasa. Kalau sebut aje tomyam, siapa yang tidak suka. Jadi bila ditukar kepada nasi goreng tomyam ni, mmmm apatah lagi. Cheq sue baru pertama kali buat ni, saja nak cuba. Tengok dekat internet bermacam resepi yang ada, cuma cheq sue buat ikut suka sendiri sahaja. Memang A+ tau, rugi tak cuba. JAdi kawan2 pun boleh la buat mengikut kepakaran sendiri. Mesti jadi menu kesukaan.
Selamat bercuti sehari buat kawan2 semua. Sampai jumpa lagi. Wassalam..
 
 
NASI GORENG TOMYAM
Resepi : Cheq Sue
 
Bahan-bahan :
2 cawan nasi 
1/2 cawan isi ayam (hiris nipis)
2 kuntum bunga kobis (hiris nipis)
4 batang kangkung (potong panjang, agak2 lah)
1/4 batang lobak merah (hiris nipis)
1/2 kiub tomyam KNOR (boleh juga guna paste atau kiub jenama lain
1/4 kiub ayam (opt)
Serai (dalam 3 " bahagian tengah - ketuk) 
3 helai daun limau purut
Gula, garam, kicap, sos ikan
2 sb campuran cili kering, bawang putih, bawang merah (sedia mesin)
Sedikit minyak untuk menumis dan air
 
Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis campuran cili kering hingga agak garing
Masukkan ayam, kiub ayam, kiub tomyam, serai dan daun limau purut. Masak hingga kedua kiub hancur dan ayam agak empuk serta naik bau
Masukkan sayur-sayuran (bunga kobis, kangkung, lobak merah). Masak hingga sayur agak layu. Tuangkan kicap, sos ikan, gula dan garam (agak2lah jangan sampai termasin)
Kemudian masukkan nasi dan kacau hingga rata beberapa ketika sehingga semuanya mesra. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Stylish Thankyou

Wednesday, January 23, 2013

Durian Crepe (Resepi 5 Tepung)

 
 
 
Meneruskan sisa-sisa n3 yang tertinggal. Dah dua minggu projek derian crepe ni tapi tak di publish lagi pun. Orang lain yang dah berzaman buat pandang sebelah mata je... kita juga la yang baru terhegeh2 nak cuba. Kebetulan pun ada durian, jadi cheq sue buatlah nak perabihkan stok dan ada beberapa kawan yang nak merasa. Kali ni dengan menggunakan resepi dari MyResepi sumbangan ddfk. Katanya ini resepi asli derian crepe, entah la ya. Cheq sue tak la tahu pulak.
 
Apapun dengan menggunakan resepi ni kejadian crepenya sangat elok dan tak mudah koyak. Ianya kenyal dan tahan. Bila nak lipat tu pun mudah je nak membentuknya. Masa nak melenggang crepe tu pun mudah aje. Tak perlu nak berdangdut gerudi. He he he... yang dah buat tu tahu la kan?
 
 
Memang tak puas hati dengan gambar, tapi tak apalah untuk tatapan sendiri ni pejam mata la dulu. Koman2 ada jugak bukti yang kita dah buat kan. Untuk kali kedua ni bentuknya lebih ayu sikit berbanding yang pertama yang besar gedabak tu. Lagipun kali ni cheq sue gunakan pan yang agak kecil ukuran 24 cm. Dalam 1 adunan ni dapat banyak jugak dalam 18 biji. Untuk initnya pula cheq sue masih gunakan sahaja whip cream segera.
 
Cuma cheq sue tak berapa suka bila crepe ni disimpan dalam peti sejuk dan dimakan semula. Maksudnya bila keluar peti sejuk, masa nak makan tu teasa sangat bau telurnya. Yalah, sampai 6 biji... Apapun, itulah sedikit pengalaman membuat crepe menggunakan resepi ni. Tq pada yang sudi berkongsi. Wassalam.

 
DURIAN CREPE (5 TEPUNG)
 Resepi : ddfk @ MyR

Bahan-bahan 
Bahan2 kering ini perlu di ayak
 15gm tpg hongkong
 25 gm tpg jagung 
13gm tpg ubi kentang
 13gm tepung ubi kayu
 8 gm tepung kastard 
20 gm gula aicing 
1/8 teh garam
15gm butter cair/ minyak biasa/jagung
 250gm air
1 sudu essen vanilla
 6 biji telor gred A
 pewarna kuning - kesemua bahan ini disebatikan

 INTI:
200ml fresh milk 
100 ml fresh cream - Double boil bahan ini hingga panas..masukkan 
25gm tpg kastard, 
50 gm gula castor, 
2 biji kuning telur, dan 
25ml fresh milk -kacau sehingga adunan ini pekat..lepas tuh sejukkan semalaman
200gm fresh cream---- yg dipkl hingga bertanduk. lepas dah custard kite sejuk baru kaup balik dgn fresh cream bertanduk
.simpan lagi dlm peti ais.

Cara-cara
utk buat kulit masukkan kesmua bahan2 tepung dlm bowl..buat lubang di tengah..masukkan bahan cecair sikit demi sikit..kacau sampai sebati dan tapis baru masukkan pewarna
tuang sesenduk dlm nonstick pan..lenggang kasi nipis.tak perlu terbalikkan....bila dh siap..letak custard filling n isi durian..lepas tuh balut mcm balut popia..tp kena hati2
 

Stylish Thankyou

Tuesday, January 22, 2013

Mangga Asam Kulit Limau

 
 
Perghhh...lama giloss tak hapdate. Bajet bizi la ni. Memang la ya. Para cikgu cikgi ni tahu lah bila dah stat persekolahan, memang tak menang tangan dibuatnya. Banyak perkara yang lebih penting perlu diutamakan. Masak pun ala-ala aja, balik sekolah dah petang tak larat nak online. Kalau bukak lappy pun sekadar menengok apa yang kawan2 buat sambil menelan ayaq liur. Agaknya dah bermacam cerita hangat dan hangit yang cheq sue tertinggal.
 
Jadi sebagai nak mengisi kekosongan ni meh la lihat menu yang dah lama habis ni. Masih jugak tentang asam kulit limau. Penangan menskodeng blog orang. Kadang2 bila tengok je orang buat, terus kita rasa terliur, dan2 aje rasa nak buat. Tambah2 kalau asam macam ni, memang menjejeh air liur. Cheq sue sendiri pun asyik terbayang-bayang. Memang hantu asam pun, cuma menunggu nak membeli mangga tu yang susah nak dapat. Kebetulan pulak ada orang jual di pasar malam, terus aje cheq sue pilih yang masih belum masak. Pauh lemak ni bukan boleh kira, sila2 kita kata belum masak tapi rasanya manis.
 
 
Kat blog sape? Aduh korang ni... tu la tak pernah bw sangat. Ececeh...macam la kita ni kaki BW, padahal nak masuk blog sendiri pun terkejar-kejar, nak balas komen pun tak dapek. Resepi ni cheq sue jumpa di blog Kak Hana. Hmmmm, tak ada resepi pun sebenarnya. Macam try and error gitu. Masing2 ada citarasa sendiri, cuma bahan asasnya nak kena ada asam kulit limau. Buah2 ni pula boleh ditukar ikut kesukaan. Jambu boleh, epal pun boleh. Katanya lagi kalau nak manis boleh tambahkan gula.
 
Asam kulit limau tu hanya perlu dikisar sehingga halus dengan menggunakan blender kering ataupun food processor. Cheq sue hanya guna blender kat dapur aje, dah agak uzur kan tu yang gamaknya asam kulit limau tu tak halus betul. Tak apalah, baru 1st time buat. Next time nanti cantik la tu.
TQ pada Kak Hana yang sudi berkongsi resepi bondanya ni. Stok mangga ada lagi. Stok asam pun ada lagi. So... tunggu next time la buat pulak. Wassalam.
 
Stylish Thankyou

Thursday, January 17, 2013

Jus Epal Asam Kulit Limau

 
 
Lama tak minum jus segar. Tak boleh ajak share, semua dah habis. Masa ke pasar malam cheq sue ada beli epal hijau, Granny Smith, rupa2nya memang masam sangat sampai tak termakan macam tu saja. Jadi cheq sue potong kecil2, letak dalam esbok dan buat jus. Istimewanya jus ini sebab ianya mengandungi masam asam kulit limau dengan aroma yang sangat menyenangkan. Kalau selalu kita gunakan asam boi untuk digandingkan dengan jus buah, penggunaan asam kulit limau ini pun tak kurang juga hebatnya.
 
Bila guna asam kulit limau ni, tak boleh letak banyak sangat sebab ianya akan mematikan rasa epal dan mendatangkan sedikit rasa pahit. Kalau sesiapa yang nak letak ais lepas kisar tu pun boleh, bergantung pada kesukaan masing-masing. Untuk jus ini juga cheq sue tak tapis, maksudnya diminum bersama dengan seratnya. Kalau tapis tu macam tak puas je minum jus...
Jadi pada kawan2 yang teringin nak rasa, silalah mencuba. Wassalam.
 
 
JUS EPAL ASAM KULIT LIMAU
Resepi : Cheq Sue
 
Bahan - bahan :
1 biji epal hijau (cheq sue bekukan dalam esbok)
1 sudu makan asam kulit limau
1 sudu besar gula
2 cawan air
 
Cara-cara :
Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar halus (ambil masa juga sebab saya tak kupas kulit dan saiz asam yang agak besar)
Kalau suka, boleh tapis sebelum diminum
 
Stylish Thankyou

Wednesday, January 16, 2013

Wishlist Pertama 2013

 
 
Lagi cerita tentang gajet dapur.Semenj ak dua menjak ni boleh tahan 'gila' dengan barang-barang kegunaan dapur, walaupun dah sedia maklum entah bila nak guna. Yang penting beli dulu, lepas tu baru fikir. Hai, bertuah punya budak, sampai dah tak ada tempat nak letak dalam rumah ni. Bile tengok entry Kak Rosa tentang pressure cooker, teringat pulak PC yang cheq sue beli akhir Disember lepas.
 
 
Cheq sue memang dah target nak beli PC tahun ni, dah lama sangat dok idam. Konon2 nak guna duit tempahan, yelah, dari guna ntah apa2 baik beli sesuatu kan? Nampak jugak hasilnya. Masa ke Giant, tak fikir pun nak cari benda ni, tiba2 aje member tunjuk, aiseyhman, salah dia la ni. Hmmm, dah nampak, apa lagi, terus aje la masuk troli. Dah memang kita hendak, ada pulak depan mata. Kita pun pejam mata la jugak beli. Huuuu. Tapi cheq sue percaya, kalau dah beli ni akan ada la yang boleh dibuat.
 
Kalau yang Kak Rosa tu 10L, yang cheq sue beli ni 7L aje, satu lagi saiz 4L. Selalu kalau nak rebus apa2 (tulang ke daging ke, akai claypot aje, tapi dengan PC 7L ni mahu kena rebus 4 5 kg tulang, baru padan...) Harga pun tak la mahal sangat, berbaloi la jugak. Jadi, 1 dah dapat. Banyak lagi wishlist yang perlu diusahakan tahun ni. Chaiyokk cheq sue. Wassalam...

Stylish Thankyou

Tuesday, January 15, 2013

Old Fashion Pancake

 
 
Lagi menu hujung minggu. Teringin nak maka pankek, bila terlihat di blog DTS lagi kuat keinginan tu. Caranya mudah dan bahan2 pun semua ada. Mula2 plan nak makan dengan sos epal, tapi member ajak makan nasi lemak kat kedai pulak, dah makan untuk lunch pankek ni. Boleh?
 
Pankek ni juga telah merasmikan TEFAL 20 cm yang cheq sue beli tahun lepas, sebab tu la kejadiannya pun comey2 aje, cuma masalahnya pankek tu tak naik sekata, macam tinggi sebelah. Tetapi pankek ni tersangatlah lembut dan gebu. Cheq sue hanya sapu nutella dan kaya sebagai inti. Memang sedap sangat-sangat. Member yang sedang tido pun boleh jaga dek harumnya. Bukan apa, sebab cheq sue guna esen butterscotch menggantikan esen vanila. Lagi la semerbak.

Cheq sue buat pankek ni sebanyak dua adunan. Dengan pan 20 cm tu tak la dapat banyak (mungkin che mat gebu guna pan yang lebih kecil) tapi dapatlah dikongsikan dengan ahli keluarga. TQ pada Che Mat yang sudi berkongsi resepi ni. Kawan2 kalau nak cuba untuk sarapan di alu-alukan lah ya. Selamat mencuba. Wassalam.

 
OLD FASHION PANCAKE
Resepi : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum*
2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
1 biji telur gred A
1 cawan susu segar guna susu cair
2 camca besar gula halus
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh esen vanilla ganti dengan esen butterscotch
2 camca besar mentega, cair dan sejukkan saya guna minyak jagung
Buah2an segar pilihan anda (mat guna strawberry, blueberry dan isi orange)
Madu atau maple syrup

CARA MEMBUATNYA :-)Dalam satu bekas, masukkan telur, susu, gula dan garam. Kacau rata dengan whisk. Tambah tepung yang diayak tadi, gaul rata. Tambah esen vanilla dan mentega cair. Kacau hingga semua sebati. Rehatkan adunan 10 minit.Panaskan non-stick pan, kecil kan api pada tahap minima. Lenser dengan sedikit minyak (mat sapu dengan kitchen paper towel bersih yang dicelop sedikit minyak masak). Cedok 1/4 cawan adunan pancake dan tuang di tengah pan tadi. Biar ia rata dengan sendiri.Tutup pan dengan tudung periuk. Bila permukaan pancake nampak berlubang2 dan kering, terbalikkan dan masak sekejap hingga keemasan. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki adunan. Lenser sedikit minyak setiap kali membuat pancake baru.Hidangkan bersama buah2 segar pilihan anda dan paipkan sedikit madu atau maple syrup dan kalau suka boleh letak sedikit mentega. Menghasilkan 9 - 10 keping pancake.....Selamat mencuba!!...
Stylish Thankyou