PAGES

Tuesday, April 30, 2013

Serabai Manis

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Edisi menghabiskan nasi. Saya tak pernah makan serabai, dan tak pernah buat pun. Memang teringin nak rasa bila ramai yang menyatakan kesedapannya jika di makan dengan kuah durian. Cari punya cari terjumpalah resepi ni, tapi tak ada la saya sediakan kuah durian tu, hanya makan macam tu saja


Agaknya pan yang saya guna tu agak besar, serabai ni dah kelihatan ,acam pankek pulak. Teksturnya lembut dan gebu, sekali rasa macam ada tapai di dalamnya. Mungkin jugak kerana ada digunakan yis sebagai penaik. Makan macam tu saja pun sedap jugak sebab ada rasa manis2 sikit. Konon nak diintikan dengan kacang merah tapi bila dah cuba sebiji eh rasa macam pelik pulak lah.. ^^

Lain kali saya nak buat dengan kuahnya pulak, rasa macam tak puas je makan haritu. Kepada yang berkongsi resepi terima kasih diucapkan.



APAM MANIS/APAM BAKAR
Sumber : hana (Resipi Apam Serabai)
Sumber : Riaputih
BAHAN A - kisar :
150gm nasi
450ml santan/air suam (Lebih sedap guna santan)
175gm gula (resipi asal 100gm, saya masukkan 140g)
1 ½ camt garam
Pewarna - opt (ina bubuh sblm goreng)
 
B - gaul
250gm t.beras
2 camt b.powder
2 camt yis
 
CARA:
Bahan A + B - gaul sebati dgn senduk.
Peram 1-2 jam. JGN KACAU apabila nak goreng spya rongga2nya menjadi cantik.
Lepas tuang adunan, biar smpi nmpk rongga2nya agak kering..barulah tutup dgn tudung periuk. (ina guna kuali non stick).
Mkn mcm gitu je pun sedap.


********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Monday, April 29, 2013

Lensa : Panorama

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Minat saya. Daripada kamera yang saiznya sebesar tapak tangan sehinggalah kini... bidang fotografi sentiasa menjanjikan kepuasan kepada saya. Bagaikan satu terapi, saya sangat menyukainya. Antara gambar2 yang sempat saya ambil semasa di kampung baru2 ini...


Anak bulan. Maghrib

 Tunggu masa!
 

Pokok kelapa

 Awan yang terpilu

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Nasi Goreng Soy Honey Glaze

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

 Isnin dah? Cepatnya masa berlalu. Tau2 dah ada tercongok kat sekolah memulakan minggu terakhir dalam bulan April. Semoga tugasan hari ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Dok kira2, banyaknya yang nak kena siap. Jadual peperiksaan, slaid untuk post mortem SPM 2012, belanjawan panitia... belum lagi masuk tugas hakiki seperti mengajar, menyemak buku, PBS, semak folio moral, mengajar dan sebagainya. Aishhhh....

Apapun yang kena buat, insyaAllah segalanya akan dibuat satu persatu. Sebelum tu saya nak kongsikan satu resepi yang saya buat minggu lepas. Kebetulan minggu tu tak menyempat nak makan di kantin, jadi balik sekolah satu hari tu saya masaklah nasik, dalam 2 pot (kira banyak la tu) jadi terpaksalah saya ejas jadi makanan lain pulak. Bukan apa, kadang2 boring jugak asyik makan nasi ni, tambah2 bila lauk pun tak beli lagi. ^^
Alkisahnya masa nak goreng nasi ni, kicap pulak tak ada. Aduhhhhh... nasi goreng ni kalau tak berkicap macam tak berseri la pulak kan...memang dah jadi tabiat saya pun sukakan nasi goreng yang ada kicap. Kalau nasi goreng yang ala-ala nasi goreng cina tu alamatnya kirim salam sajalah.

Maka, teringatlah pula akan soy honey glaze yang pernah saya buat satu ketika dulu. Jadi, kita hantam sajalah. Cuma nasi goreng tu agak2 manis sikit la sebab ada madu kan kat dalam tu.Cuma, sukacita dimaklumkan di sini, gandingan SHG dengan lada hitam memang sangat kena. Jadi saya lampirkan resepinya di sini untuk dicuba lain kali. Ala....resepi senang aje pun ^^

NASI GORENG SOY HONEY GLAZE
Resepi : Cheq Sue
Bahan-bahan :
2 cawan nasi sejuk
1 biji bawang putih
4 helai daun kobis - hiris halus
Sedikit bunga kobis - hiris nipis
2 sk serbuk perasa KNORR
1 biji lada hijau (boleh lebihkan)
1/2 sk serbuk lada hitam
1 1/2 sb soy honey glaze (resepi di sini)
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara
Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta lada hijau
Bila dah wangi masukkan sayur yang dihiris nipis, serbuk lada hitam dan perasa KNORR
Tumis seketika dan masukkan sesudu air
Tambahkan soy honey glaze dan kacau rata
Setelah itu masukkan nasi dan kacau rata sehingga semuanya bercampur

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Sunday, April 28, 2013

Restoran D'Hafiz, Gua Musang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Jom, kita JJCM lagi. Kali ni dengan satu restoran a.k.a kedai makan di Gua Musang. Apa hal ni? Asyik2 tayang kedai makan kat GM aje.... Owh, bukan apa ya kawan2...itulah bandar yang selalu menjadi persinggahan saya ketika balik atau datang dari kampung. IsyaAllah lain kali saya kongsikan pula kedai makan dari tempat yang berbeza.

Kedai ni letaknya di bangunan baru bersebelahan Petronas Gua Musang, memang mudah nak cari kerana lokasinya yang strategik. Parking toksah risau, memang berlambak. Dekat signboard kedai tu pun dah tertulis kepakaran masakan seperti nasi ayam, gulai ayam kampung dan nasi kerabu kampung. Masa saya singgah tu nasi kerabu dah habis...tak ada rezeki nak rasa..


** Sila abaikan jemari yang comel itu ya... Tengah kelaparan, tinggal nak ngap aje. Nasi putih + acar + kerutup daging. Memang sedap, cukup segala rempah dan dagingnya juga lembut.


Ini saya punya. Jarang-jarang dapat menikmati sajian ayam kampung. Ini pun sedap, gulai selera Kelantan. Acarnya juga sedap. Saya penggemar acar tau! Jadi tak boleh tipu!


Antara yang ada. Nasi ulam dengan sambal dan budu. Tapi ulamnya tak berapa banyak pilihan sangat. Yang saya nampak ada pucuk ketereh (pucuk gajus) dan pegaga. Satu lagi tu saya tak nampak.


Ini antara kelemahannya. Papan menu bukan main kecil, pastu gantung pulak di bahagian hujung. Dari tempat saya duduk tu langsung tak boleh baca apa yang ditulis kecuali 'HAFIZ RESTORAN' tu aje. Kebersihan secara puratanya ok...agak memuaskan.


Antara lauk pauk yang ada. Tak berapa banyak pilihan. Ada sesetengah bekas dah hampir habis. Saya tak tahu la diorang memang masak sikit ataupun memang dah habis. Ada ayam goreng, ayam masak merah, ikan patih, gulai ayam kampung, kerutup daging dan beberapa lagi yang tak sempat saya nak ingat ^^

Apa yang dimakan pada hari itu adalah :
 1 pinggan nasi putih + acar + gulai ayam kampung
2 pinggan nasi putih + acar + kerutup daging
1 teh 0 ais
1 teh panas
1 air suam
2 ketul kerutup daging + 1 ketul ayam kampung gulai 
Jumlah : RM 22

Jangan lupa singgah tau!

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Air Soya Sempoi

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hujung minggu tiba lagi. Nampaknya hari ni je dapat bersuka-suka, esok dah nak kerja. Begitulah kalau bekerja pada hari Sabtu, memang sekejap sangat dapat rehat. Bukan nak rehat apa pun, nak lipat kain, membasuh, kemas2 rumah sikit, kemas bilik, sapu2 sawang dan bermacam lagi lah. Bukan dapat nak tidur bangun pukul 10 atau dok bersenang lenang menengok tv. Jangan pulak kata orang bujang tak ada kerja nak buat weh. Fakta itu salah sama sekali. Bukan apa membebel ni, geram betul dengan 'orang' yang selalu je cakap orang bujang tak apa, tak ada anak, tak ada kerja nak buat. Itu statement nonesense okeh.

Jadi, sebelum saya terover moh le kita nengok  hasil kerja minggu lepas. Tetiba je rasa nak minum air soya. Maka berdentum dentamlah saya di dapur, rendam kacang soya dalam 2 jam, terus je blend. Cari dekat label minuman / jus tu rupa2nya tak ada lagi n3 pasal air soya ni. Hmmmmm. Selalu buat air soya main agak2 aje tapi saya sengaja sukat pulak kali ni, tengok hasilnya macam mana. Cuma kali ni saya namakan air soya sempoi sebab saya tak masukkan daun pandan, tak ada kat rumah. ^^


Cari2 penyukat biasa tu tak tahu pulak letak di mana, jadi saya gunakan apa yang ada...ramekin pun jadi ko! Saya selalunya menggunakan nisbah 1:10 atau 1:8 kalau buat air soya. Tapi tang gula tu rupanya agak manis dengan sukatan yang saya buat. Mungkin lain kali boleh guna hanya 1/2 atau 3/4. Kalau kata nak minum bersama ais masih ok la kot. Yang ni sebab saya minum sejuk gitu je agak terasa la manisnya tu.

Buat yang ingin mencuba saya sediakan resepi di bawah ni ya...

AIR SOYA
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan : 
1 ramekin kacang soya - rendam dalam air 1-2 jam atau lebih
10 ramekin air
1 ramekin gula pasir (update : 3/4 ramekin dah cukup)
1 sk garam

Cara membuatnya :
Blend kacamg soya dengan air sehingga halus (saya blend sikit2 sebanyak 3 kali)
Kemudian tapis kalau boleh gunakan kain yang sesuai
Masak hingga mendidih, campur gula dan garam. Masa ni kena hati2, gunakan api perlahan dan kacau sentiasa supaya tidak meruap. Kalau nak masukkan daun pandan boleh jugak.
Didihkan seketika sebelum tutup api.

********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Restoran Umi Sri Jenut, Cuchuh Puteri

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya singgah di sini semasa balik kampung minggu lepas, jadi teringin nak share dengan kawan2 semua. Jom kita baca...


Restoran ni terletak berhadapan Stesen Minyak Caltex Chuchuh Puteri, kalau dari KB letaknya di sebelah kira selepas Masjid Chuchuh Puteri. Kalau nak lebih tepat lagi sebelum @ selepas Kampung Lemang, ala.... yang ada jual lemang di tepi2 jalan tu la...

Saya memang semangat nak tunjuk pasal restoran ni tapi bila nak singgah selalu je tutup (mungkin hari Jumaat diorang memang tutup kot). Jadi bila bukak tu terus je saya singgah.


Ini antara pemandangan dari luar restoran. Nampak ok, luas dan banyak jugak kerusi meja.


Menu yang menjadi pilihan kami. Sup ni tak ingat sup tulang ke sup daging. Rasanya sedap, stail Kelantan. Saya suka sebab tak terlalu berempah dan tak terlalu pekat. Dagingnya lembut, tak perlu nak gigit beriya. Satu pinggan ni untuk sorang makan. Saya mintak sup perut tapi katanya hari tu tak buat pulak.

Selain sup, ada juga nasi ayam dan masakan panas. Tak tahulah pukul berapa beroperasi masakan panas tu sebab masa kami makan macam tak dibuat je.


Ada juga disertakan ulam timun dan sambal. Timun tu nampak sangat yang dah beberapa hari, mungkin simpan dalam peti ais...nasi takyah citer la, apa hal kan nak makan sup saja tak ada nasik. Ye dak...


Nah, bermacam2 jenis kopi segera yang ada, cakap aje yang mana hendak...


Ada juga minuman moden, boleh dipesan sejuk ataupun secara ice blended.

Cuma secara jujurnya bagi saya restoran ni agak biasa2 aje, nampak dari luar ok tapi bila masuk baru tahu. Kebersihan pada saya agak tidak memuaskan, meja tidak berlap dan lantai agak comot (mungkin sebab lantai ada yang pecah2 kot.) Pekerjanya pulak walaupun ada pelanggan tapi tak ada inisiatif untuk berkongsi kipas, ditalanya ke dia saja. Kertas atau papan menu pun tak ada, payah sikit la nak order. Selain daripada tu, ok... kalau korang ada masa memang kena rasa supnya tu. Air milo aisnya pun sedap, pekat likat kata P. Ramlee. Mavelessss.

Ini pula menu kami pada hari tersebut :

 4 nasi putih
2 orang makan sup (tulang + daging)
2 milo ais
1 teh O
1 air suam
1 strawberry blended
Jumlah : RM 23.50


********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Saturday, April 27, 2013

Masjid Jubli Perak Rantau Panjang @ Masjid Beijing

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Alhamdulillah, sampai juga akhirnya di Masjid Jubli Perak @ Masjid Beijing di Rantau Panjang. Dah lama dok menyebut, akhirnya dapat menyempurnakan solat jamak qasar di sana. Dalam perjalanan  ke pekan Rantau Panjang, masjid ini boleh dilihat dengan jelas kerana terletak di tepi jalan.


Binaan di dalamnya sangatlah sempurna. Hampir menyamai binaan Masjid Niujie di Beijing dan menggabungkan senibina Islam dan Cina. Ruangan solat di dalamnya luas dan dapat memuatkan 1000 jemaah pada satu2 masa. Ianya mula dibina pada 2005 dan siap pada 2009 dengan anggaran kos sebanyak RM8.8 juta. Alhamdulillah...menjadi mercu tanda kebanggan rakyat marhaen Kelantan. Bukan sahaja sebagai mercu tanda Rantau Panjang, tetapi juga menjadi salah satu tempat untuk bersama mengaminkan doa pada Yang Esa.


Secara keseluruhannya masjid ni agak bersih. Saya rasa pengurusannya bagus tetapi pada bahagian atas / bumbung dah mula kelihatan sisa najis burung layang2, kalau dibiarkan memang boleh mengotorkan ruangan di dalam masjid.


Masa saya singgah tu ada beberapa khemah di hadapan masjid, tak tahulah ada program apa, jadi tak dapatlah nak ambil gambar penuh. Di kiri dan kanan pintu masuk masjid jugak ada beberapa kedai yang menjual barangan keperluan orang Islam seperti jubah, sejadah, baju melayu dan sebagainya. Beg dan makanan ringan pun ada. Mungkin konsepnya membeli sambil beramal kot.


Dekorasi di bahagian dalam. Candeliar yang cantik, mimbar yang unik dan ukiran di dinding yang bermutu tinggi. Tenang dan sejuk saja di dalamnya. Cuma saya agak konfius berkenaan tentang pemisah ruangan lelaki dan wanita. Sekejap saya nampak macam boleh tembus pandangan cerminnya ke ruangan lelaki. Tak tahulah perasaan saya atau ape pulak sebenarnya.

Pandangan dari sisi. Tandasnya di asingkan dari ruangan utama masjid. Kira ok la kan, tak adalah nak bau yang kurang menyenangkan masa tengah sembahyang.


Nah, ada jugak abang ni jual asikrim. Serius sedap aiskrimnya. Yang dibeli ni dah diampurkan dengan pelbagai bagai seperti roti, jasung, lokcing, agar-agar dan entah apa lagi. Harga tak tahu la pulak, lupa nak tanya member. Jadi buat kawan2 yang berkesempatan ke Kelantan, jangan lupa berkunjung ke sini sebagai kenang-kenangan...

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Friday, April 26, 2013

Bakpao Ketan Hitam

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Keluar satu n3 masakan, tetiba terjumpa dalam draf, jadi saya nak kongsikan resepi yang di cuba tak berapa ketika lalu. Mmmmm maksudnya tak lama dulu la sampai tak ingat dah. Bakpao ketan hitam, unik kan namanya? Bakpao ketan hitam, yang di ambil dari bahasa Indonesia yang mana dalam bahasa Melayunya bermaksud pau pulut hitam. Laaaaaa, ingatkan apa la tadi kan? Kebetulan saya ada stok tepung pulut hitam, dah lama jugak beli guna aje tidak, risau pulak kot dimakan bubuk. Jadi saya search la resepi yang gunakan tepung pulut hitam. Rupa2nya ada banyak weh yang boleh dibuat dengan pulut hitam tu, tetapi saya terberkenan pulak dengan pau yang telah dibuat oleh Rahel. Cuma janganlah dibandingkan hasil tangan Rahel dengan saya...memang jauh bezanya.
 

Kita tengok dulu bunga yang disonglap dari sekolah... He he he, perangai tak elok, sila jangan ikut okeh. Gambar ni pun saya snap di waktu malam, maaf kualiti kurang memuaskan. Bukan apa, biasalah kalau hari sekolah, masak petang malam baru boleh ambil gambar dan makan. Jadi bila dah malam ni faham2 sajalah..

Masa saya buat ni, memang confius jugak. Betul ke guna air dari peti sejuk. Naik ke tak paunya nanti... Saya ikut jugak resepi tu, tapi at last saya panaskan atas oven.  Nak jadi cerita petang saya adun pau tu tak ada matahari langsung, mendung manjang. Nak jadikan cerita lagi, saya lupa pulak ada doh pau yang tengah dipenaikkan. Saya pasang api atas dan letak mangkuk doh di atasnya. Jadi bila dah lama sangat, termasak pulak doh yang di bahagian bawahnya tu. Mmmmm, macam2 la kan.


Pau saya ni tak smooth sangat. Biasalah tu, memang ada cacat kat mana-mana. Pastu agaknya sebab saya guna tepung roti, jadi agak liat sikit. Apapun resepi ni agak boleh diterima dan insyaAllah boleh dicuba lain kali. Saya copy resepinya di bawah eh...

PAU PULUT HITAM
Sumber : Majalah Sedap
Sumber : Rahel

Bahan:
225g tepung pau
50g tepung pulut hitam
1 1/2 sudu teh yis segera
15g tepung susu
50g gula kastor
1 putih telur
115ml air sejuk dari peti sejuk
20g shortening

Bahan Inti:
Inti Kacang Hitam secukupnya

Cara:
1.Campur tepung pau, tepung pulut hitam, yis, tepung susu dan gula kastor. Gaul rata.
   Tambahkan putih telur dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil diuli hingga sebati.
   Tambahkan shortening.Uli sehingga elastik (gue uli selama 15 minit tau).
   Diamkan selama 30 minit (tutup doh).
2.Kempiskan adunan.Timbang masing-masing 30g. Bulatkan. Diamkan selama 10 minit.
   Canai nipis. Beri inti. Bentuk bulat.
3.Alas dengan kertas minyak atau cawan kertas. Diamkan lagi selama 30 minit.
4.Kukus selama 8 minit.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Thursday, April 25, 2013

Rantau Panjang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Ada yang dah boring dengan n3 'bendera' saya ni? Hmmmmm, tak mengapa, daripada kosong tak ada n3 kira ok lah tu. Saya masih di dalam mood nak mencari kerajinan memasak. Setakat masak yang ala-ala aje tak kuasa pulak nak bergambar. Lagi pula saya jarang sangat menunjukkan cerita tentang tempat2 di negeri saya yang tercinta ini.

Rentetan daripada n3 ini, balik daripada KB tu kami terus ke Rantau Panjang, member nak beli barangan yang dikirim pekerja sekolah dan kemudian melawat saudaranya di Batu Melintang seterusnya balik ke CH melalui jalan Jeli-Gua Musang. Saya belum pernah lalu lagi jalan ni, memang terasa la jugak penatnya duduk dalam kereta walaupun tak drive.


Saya sebenarnya dah lama jugak tak ke sana, bukan apa...kalau tak ada kerja memang malas nak jalan2, tambah2 kalau orang ramai, dengan panas dan sesaknya, harga pulak melambung, baik la membeli-belih di Pasir Puteh sahaja. Dalam perjalanan, perang bendera tak kurang meriahnya....musim pilihanraya ^^


Rasanya apa yang ada di sana tu dah tak perli dinyatakan, korang sendiri agaknya dah lebih maklum dari saya. Saya kalau nak membeli di tempat yang ada banyak barang ni memang bermasalah sikit. Belek situy belek sini last2 apa pun tak beli. Baik saya terus ke satu kedai dan beli saja di situ. Masa saya pergi ni pun, hanya beli palazo, harga RM17.


Sempat jugak test teknik fotografi tapi tak berapa nak lawa lagi sebab cuaca mendung. Baru sekali masuk kelas Kelab Fotografi, banyak lagi yang perlu dipelajari.


Adik Naim yang sukarela menjadi bahan fokus. Sibuk aje dia nak beli kasut bola padahal dah beli satu di KB. Tapi akhirnya bukan kasut, sepasang jersi bola pula yang ditambah ke dalam koleksi. Apapun, seronok berjalan-jalan....

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Wednesday, April 24, 2013

This Is Kota Bharu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Masih lagi n3 berkisar tentang kemeriahan pra pilihanraya. Kali ini liputan didatangkan khas dari Kota Bharu. Balik hari tu memang jadi wartawan sungguh, dekat 2 kg diangkutnya EOS tu semata2 nak merakam kemeriahan yang jarang2 ditemui, kira2 5 tahun sekali. Walau bagai mana pun sekali lagi saya nak tegaskan ini bukanlah n3 politik dan saya tidak pro mana2 parti.

Ramai yang sedia maklum, kawasan KB tu kawasan 'panas'... rata2 tempat dipenuhi dengan bendera PAS. Jadi saya dedikasikan gambar2 ni buat perantau, anak Kelantan yang tak berpeluang melihatnya sendiri.


Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Kelantan, teringin sangat nak tengok... ^^



Dekat2 nak mengundi nanti mesti lagi meriah kan, macam tak sabar je nak balik...

Buat penyokong BN, ada jugak di sesetengah tempat digantung bendera parti berkenaan...


Jom kita mengundi...


Gambar ni saya snap dekat bangunan PAS, di kawasan stesen bas saya rasa... Memang meriah la kalau tengok 'live'. Cara diorang gantung ni kreatif sungguh

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Tuesday, April 23, 2013

Warung Cendol Bawah Pokok, Gua Musang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Jom JJCM. Kali ni saya nak kongsikan satu gerai yang saya kunjungi beberapa minggu lepas. Sebenarnya gerai ni tak ada nama pun, saya je yang sengaja menamakan gerai ni sebagai warung cendol bawah pokok kerana lokasinya yang terletak di pinggir jalan betul2 di bawah pokok akasia. Kalau siapa yang selalu ke Gua Musang, warung ni berada betul2 di hadapan Masjid Besar GM dan bersebelahan Perpustakaan Awam. Memang mudah nak cari, parking pun banyak.


Nama aje letaknya di bawah poko, tapi pelanggan memang tak putus dan sentiasa ada. Mungkin juga faktor cuaca yang panas dan hangat membuatkan penduduk sekitar atau pengunjung mahukan semangkuk cendol yang dapat menghilangkan dahaga. Di kawasan warung tu juga ada disediakan beberapa meja + kerusi untuk kemudahan pelanggan. Memang masyuk lah makan cendol kat sini...sempoi!


Antara yang di makan pada petang tersebut.  Selain cendol, ada juga disediakan keropok lekor, ABC dan air minuman biasa. Cuma kena pulak masa makan haritu keropok lekornya agak gatal sikit. Pada pendapat saya, cendol yang disediakan ni tak berapa manis dan tak pekat sangat, kira2 kena la dengan selera.

Cendol kacang, ini saya punya. Memang layan la makan ni, dengan lemak manisnya..


Snap dari jauh. Kelihatannya kerusi meja semua dah berisi. Rezeki diorang yang tak putus2 dengan pelanggan.

Ini pula jumlah semua yang dimakan :

1 mangkuk cendol biasa
1 mangkuk cendol pulut + jagung
1 mangkuk cendol kacang merah
Sepiring keropok lekor (RM 2.00)
Jumlah : RM 6.50

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Monday, April 22, 2013

RTC (TEMAN) - Bandar Baru Tunjung

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Hai semua, apa khabar? Malam2 ni tentu sedang bersenang-senang dengan famili sambil menonton tv. Saya sendiri masih membuat beberapa kerja yang menuntut perhatian segera. Mmmmm dua hari tak berupdate. Perghhhh. Balik kampung la katakan, masa memang padat dengan kepenatan yang sangat2. Sebelum ke KL baru2 ni, saya dah balik kampung, dan selepas balik KL tu saya balik lagi, kira2nya dua minggu berturut2 la saya balik. Kalau diikutkan memang penat sangat, tapi sebab nak settlekan cukai di LHDN, saya gagahkan juga balik dengan menumpang member. Alhamdulillah dah selesai semuanya.

Jadi saya nak kongsilah sedikit dapatan saya masa balik baru2 ni. Dapur dah tak berasap 3 minggu, tak ada n3 masakan. Mana2 yang ada sajalah ya... Dalam perjalanan nak ke LHDN, kami singgah sekejap di RTC (TEMAN) di Bandar Baru Tunjung kerana ada kawan yang nak membuat pasport. Saya sendiri walaupun dah agak kerap melalui jalan itu untuk ke KB, tetapi tak pernah lagi singgah ke sana.  Kira2 ni jakun di negeri sendiri sajalah. Daripada tinjauan yang dibuat, keadaan di situ sangatlah selesa. Selain dari disediakan ruangan untuk memasarkan hasil2 pertanian, ada banyak lagi yang dijual. Ada juga disediakan agensi2 untuk keperluan orang ramai seperti imigresen,bank nasional,  pejabat pendaftaran, unit kawalan kualiti makanan dan beberapa lagi yang saya tak sempat nak catat namanya. Kiranya kalau nak buat pasport atau IC tak perlu la nak ke bandar KB, yang secara tidak langsung dapat mengurangkan kesesakan.

Tengok sajalah apa yang ada di sana. Masa tu dah tengah hari, banyak kedai yang dah siap nak tutup tapi masih ada jugak yang bukak. Rata2 orang membeli keperluan harian seperti lauk pauk dan sayur-mayur. Tudung, baju, beg tangan juga ada. Tudung pulak boleh dibeli dengan harga serendah RM4.50. Saya tak beli apa2 pun, sibuk jadi wartawan tak bertauliah. Malu jugak nak snap, ada je orang dok tengok2... 

Di situ jugak banyak boleh didapati kuih muih tradisi yang dah tak banyak dihasilkan. Satu yang menarik perhatian saya adalah penghasilan kuih belimbing (rasanya) dengan menggunakan mesin. Saya tak pernah pulak tengok mesin macam tu. Dijalankan secara manual dengan memulas bahagian atas dan adunan akan terus masuk ke dalam minyak panas.

Sekarang jugak agaknya musim mangga a.k.a pauh yang mana dah boleh beli dengan harga RM10 untuk 3 kg. Macam2 jenis pun ada. Budak yang jual mangga tu siap suruh saya tag gambar kat FB, minta maaf la dik, akak tak hade FB okeh! 

Jadi buat kawan2 yang datang ke Kelantan tu, jangan lupa singgah sebentar ke sini, cuba rasai kemesraan penjual yang menawarkan bermacam2 barangan dan perkhidmatan, insyaAllah seronok.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~