PAGES

Saturday, August 30, 2014

Popiah Seaweed Chips

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Satu lagi kudapan yang saya buat haritu. Motifnya adalah untuk menghabiskan seaweed. Kerepek ni saya dah pernah makan, dan dah pernah jumpa resepinya dari kengkawan...cuma membuatnya tu belum lagi. Kebetulan jugak masih ada kulit popia, seaweed dan lebihan putih telur, tu yang terus on projek. Oleh sebab saya hanya guna telur putih, cuak jugak masa tu kalau2 kulit popia tu tak bercantum dengan baik.

Alhamdulillah... inilah hasilnya untuk percubaan pertama. Nampak sangat tak ada seninya masa memotong kepingan kulit popia tu... Rasanya boleh tahan sedap jugak. Masin2 dari seaweed memang syok makan. Tambah pulak kerepek ni tak la keras sangat.. budak2 pun boleh makan.

Kengkawan, apa tunggu lagi? Jom la carik bahan2 untuk buat kerepek ni jugak...




POPIAH SEAWEED CHIPS

Bahan-bahan :
1 bungkus kulit popiah
1 bungkus besar dried seaweed (yg sedia dmakan begitu sj tu)
1 biji telur
2-3 cawan minyak masak utk menggoreng 

Cara-cara
Pecahkan telur dlm mangkuk kecil dan pukul sedikit menggunakn garfu
Sediakan sekeping kulit popiah. Sapu rata telur td di atas permukaan kulit popiah hingga mnutupi kseluruhannya
Susun dried seaweed di ats kulit popiah yg sudah dsapu telur td dan tutupkan dgn sekeping kulit popiah lg. Ulang langkah yg sama sehingga kulit popiah/dried seaweed habis
Gunting kulit popiah yg sudah ber'inti' td mengikut bentuk dan saiz yg dsukai. Pnskan minyak dlm kuali dan goreng sehingga kulit popiah agak kekuningan.. Angkat dan toskan.naahhh..sdh sedia utk dmakan begitu saja atau bersama sos/topping kesukaan anda..kalo x habis leh simpan dlm bekas kedap udara.. Selamat mencuba! :)

 

Thursday, August 28, 2014

Nutella Pod Cookies

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Lagi n3 biskut raya. Biskut ni saya dah lama nak try tapi tak try try sehingga nak raya baru ni. Satu fenomena jugak la biskut ni. Ramai yang dah cuba dan dah tahu camana rasanya. Memula tu saya nak buat untuk makan2 biasa je tapi bila fikir semula baik jugak kalau bawa balik untuk raya. Jadi ting tong sana sini kira saya buat jugaklah satu adunan.

Saya tak pasti pulak di mana silapnya cookies yang saya buat ni, kerana di akhir kejadian tu rasanya agak keras. Ada ke saya terlebih bakar ataupun adunan memang terkeras... Itu la salah satu sebab yang membuatkan cookies ni tak berapa laku. Kalau kata ianya lembut mungkin lebih disukai kerana selain nutella saya juga memasukkan kacang hazel ke dalamnya. Di atasnya pula saya paipkan dengan coklat cair untuk mengelakkan nutella melekat pada papaerliner.

Oleh kerana tak berapa nak puas hati ni, saya cadang nak buat semula cuma tak tahulah bila masanya... kalau buat untuk Aidiladha nanti pun sedap jugak kan....

Apapun... tq pada sumber yang memperkenalkan cookies ni... TQ Kak Sari


NUTELLA POD COOKIES
Sumber : Shima Maz Fb & Ida Osman
Sumber : Kak SK
 
Bahan-bahan :

2 3/4 cwn tpg gndum*
1 st soda bikarbonate*
1/2st baking pwder*
50 gm serbuk walnut*
1 cwn butter
1 1/4 cwn gula castor
1 bj telur
1 st esen vanilla

Caranya :

1.  Ayak bahan bertanda*
2. Putar butter dan gula hingga gebu.
3. Masukkan telur diikuti esen.
4. Masukkan serbuk walnut.
5. Masukkan tepung dan kacau rata hingga menjadi doh.
6. Gris muffin tray.
7. Bulat-bulatkan doh dan letak dalam muffin tray.
8.Bakar pada suhu 170 slama 8-10 min atau sehingga masak.
9. Setelah keluar dari oven tunggu 1 minit sebelum menekan cookies tadi untuk membuat lubang(gunakan hujung kayu penggelek atau apa saja alat yg boleh ditekan untuk membuat lubang)

** jangan biar cookies sejuk..sebab ia akan jd retak bila ditekan
** Pipekan nutella ke dalam pot bila cookies dah sejuk
 

Wednesday, August 27, 2014

Popia Nestum / Suci Dalam Debu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Engkau bagai air yang jernih
Di dalam bekas yang berdebu
Zahirnya kotoran itu.. terlihat
Kesucian terlindung jua


Ewah.... menyanyi pulak dah. Masih ingat tak lagi dengan lagu Suci Dalam Debu dendangan kumpulan Iklim yag popular satu masa dulu. Saya memang suka lagu tu, suara Saleem memang layan abess. Tapi n3 ni bukan nak citer pasal Iklim, atau Saleem atau lagu itu tetapi kudap-kudapan popia nestum atau juga dikenali sebagai suci dalam debu. Jangan tanya saya kenapa dinamakan suci dalam debu? Barangkali mungkin dari debu2 nestum yang disalut pada gulungan popia itu sendiri.

Sebenarnya dari tahun lepas lagi nak buat popia nestum, malam kayu penggolek untuk menggulung popia sudah pun diberikan oleh Kak Rini. Saiznya lebih besar dari lidi sate... kalau tak silap saya pemegang belon tu.

Rupa2nya senang sangat buat popia nestum ni. Saya gulung kulit popia yang 40 keping tu tak sampai pun 30 minit. Cuma masa nak goreng tu ambik masa sikitlah. Lepas gulung tu boleh jugak kalau nak simpan sebelum goreng, cuma tutup dengan kain lembap atau masukkan dalam bekas. Bila dah siap goreng perlu tunggu sejuk dulu sebelum gaulkan dengan nestum yang sudah diblend.

Untuk kudapan ni memang saya nak buat lagi, kulit popia pun dah siap beli, tak ada nak tunggu raya haji ke apa sebab nestum yang dikisar aritu pun ada lagi. Tungguuuuuuuuu...




POPIA NESTUM @ HORLICK
Resepi : Ibu Dilah

Bahan2nya:
1 paket kulit popia (40 keping)
**1 1/2 cwn nestum origanal
**1/2 cwn susu tepung (aku guna dutch lady)
**1/2 cwn horlick
**1/2 cwn gula castor
1 sb tepung gandum (bancuh dgn sedikit air)
minyak utk menggoreng

Cara membuatnya:
1) Buka kulit popia satu persatu dan gulung. sapukan bancuhan tepung tadi di hujung kulit popia yg telah digulung.. tepung tu berfungsi sebagai gam, tak bagi kulit popia tu terbuka bila digoreng.
2) Buat sampai habis kulit popia tu.. lepas tu gunting serong2.. 1 gulung boleh digunting kpd 10 bhgian. Gunting semua..
3) Panaskan minyak utk menggoreng dalam kuali. bila minyak dah betul2 panas, baru masukkan popia tadi. api jgn besar sgt. goreng sehingga keemasan sikit.. balik2kan supaya warnanya sekata.. bila dah siap, angkat dan toskan.. pastikan minyak di tos kan betul2.. alas bekas dengan tisu.
4) Sementara menggoreng popia tu, sediakan bahan untuk serbuknya pula.. blend semua bahan yg bertanda **.
5) Bila popia dah kering dari minyak, masukkan popia dalam campuran nestum tadi dan gaul rata.. buat sampai siap..
6) Dah siap.. boleh masuk dalam balang..

# TIPS
* Ketika menggulung kulit popia, pastikan kedudukan anda jauh dari kipas. Kalau tidak, kulit popia akan cepat kering.
* Boleh guna lidi or chopstick bagi memudahkan proses menggulung kulit popia.
(tp aku tak guna pun)
* Jangan gulung terlalu padat, biar longgar sikit supaya popia tu akan jadi rangup dan serbuk nestum boleh masuk dicelah2 popia.
(kalau padat, popia akan jadi keras selepas digoreng)

Tuesday, August 26, 2014

Hotel Sumai Apartment, Kuala Terengganu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 



Perghhh... rasa lama sungguh tak update. Sedikit bizi katanya. Selepas sekolah Sabtu lepas, saya balik kampung, kemudian Isnin semalam sambung ke Terengganu untuk mesyuarat. In Sha Allah sampai hujung minggu ni.

Ini pertama kali mesyuarat di pantai timur. Saya berjaya drive sendiri, dengan bantuan WAZE juga. Santai2 bawa kereta ikut jalan pantai. MAsih dalam misi nak beli dan makan kopok lekor terbaekk...

Well... will see ya!


Friday, August 22, 2014

Hari Berkabung Negara : Al Fatihah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Tiada kata untuk dibicara
Semoga kita semua tabah menghadapinya
Buat keluarga yang terlibat... semoga Allah merahmati anda, menguatkan semangat dan sentiasa tabah

Hening bening di sini bagikan bersimpati
Alam yang dibungkus sepi seakan mengerti
Segala kesedihan dan kesuraman di pagi yang mulia ini
Semuanya seakan akur dengan percaturan Ilahi

Inilah qada' dan qadarNya
Setiap yang berlaku seiring dengan hikmah yang tersembunyi
Percayalah rahsia Allah
Kerana Dia adalah sebaik- baik perancang

Deraian air mata di atas kepulangan
Bersemadilah dengan tenang
Allah bersamamu....

Al Fatihah

Thursday, August 21, 2014

Pertama Kali Pageview Cecah 3k...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ha ha ha... gelak jahat dulu.


Pertama sekali...tajuk memang tak menahan. Agak2 propa aje yang lebih. Tapi itulah nak kongsi dengan semua teman2 tersayang. Angka ini besar maknanya pada diri saya. Memang tidak ada apa jika nak dibandingkan dengan blog yang boleh mencapai pageview 5 atau 6 angka sehari. Bagi saya... ini adalah pencapaian peribadi. Seingat saya ini adalah kali pertama mencecah 3k... sebelum ini paling banyak pun hanya 2k ++ itupun pada bulan puasa.

Alhamdulillah... nampaknya CTS semakin memberi manfaat pada semua dan inilah salah satu sebab yang membuatkan saya sentiasa bersemangat untuk terus berkongsi n3 dengan semua. Kalau boleh biarlah kita sama2 mendapat kebaikan dan saling membantu memberikan pahala. In Sha Allah....

Walaupun blog ni caca marba... bukan blog masak.. bukan juga blog travel.. apatag lagi blog rujukan agama... sekadar berkongsi apa yang saya rasakan perlu... yang akan memberi sesuatu. Terima kasih pada semua yabg tak jemu datang meriki di CTS. Semoga kita semua dirahmati Allah sentiasa.

Salam penuh cinta.... ♡♥♡♡

Wednesday, August 20, 2014

Biskut Tiramisu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Secara peribadi, biskut tiramisu adalah yang paling vass untuk tahun ni. Jangan ingat kek aje boleh buat tiramisu, biskut pun boleh okeh. Saya sangat teruja nak cuba biskut ni kerana ianya menggunakan krim keju. Agak lain daripada adunan biskut biasa dan rasanya sudah tentulah berbeza. Pada saya ianya sangat sedap dengan lemak2 krim keju serta masam jem blueberry. Kalau sekali pandang nampak cam kampung je biskut ni, saya dah habis idea  macam mana nak membentuknya. Last sekali saya bentukkan bulat dan penyekkan sedikit di atasnya sebelum dimasukkan dengan jem. Tak adalah saya paipkan coklat macam kat dalam resepi tu.


Resepi ni macam biasalah, dapat dari blog Citarasawan. Kelebihan resepi2 kat dalam tu takyah la saya citerkan di sini, semuanya dah well known. Kalau sape yang suka riki2 kandungan dalam tu memang boleh dapat bermacam resepi yang menarik. Saya kalau tak cari resepi pun suka sangat cuci mata kat sana.

Sebenarnya buat biskut ni tak susah. Adunannya memang agak lembut (tapi tak lembik) dan sangat mudah masa nak membentuknya. Kengkawan kalau nak tahu boleh la cuba untuk raya haji nanti. Mesti kelasssss...

TQ Kak Wan.


BISKUT TIRAMISU / TIRAMISU COOKIES
Resepi : Citarasawan

Bahan A
180gm mentega
20gm shortening
50gm keju krim - lembutkan pada suhu bilik**
140 gm gula kaster
1 biji kuning telur
1 sudu teh serbuk nescafe - kisar halus
1 sudu teh esen kopi / coffee emulco

Bahan B
300gm tepung gandum
50gm tepung kentang
20gm coffee mate / susu tepung
1/2 sudu teh serbuk penaik
Hiasan :  Coklat masakan putih, hitam dan coklat rice

Cara-cara :
1.  Pukul bahan A hingga berkrim dan sebati.
2.  Masukkan bahan B dan gaul rata hingga menjadi doh.  Ambil 10gm doh dan bulatkan.  Tekan bahagian tengahnya membentuk lubang. 
3.  Bakar di dalam oven yang telah di panaskan dahulu pada suhu 150C selama 20-25 minit.
4.  Sejukkan biskut, pipekan coklat masakan putih di tengahnya dan tabur coklat rice di atasnya.
5.  Drizzle dengan coklat putih / hitam, biar coklat mengeras sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.
 

Tuesday, August 19, 2014

Tat Gulung Rangup & Harum

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Tat nenas adalah antara biskut raya yang wajib saya buat pada setiap tahun. Tak tahulah, bukannya biskut feveret pun. Dalam kerenyahan dan keluh kesah membuat tat pada akhirnya terjadik jugak satu adunan. Yang sebenarnya bukan susah pun buat tat nenas ni, yang penting ada kemahuan dan usaha. 

Selalu saya buat resepi lain, tapi kali ni saja nak try resepi lain, tengok macam mana rasanya pulak.Dalam seminggu puasa aritu dah mula la skodeng carik resepi baru, terberkenan pulak dengan resepi yang dikongsikan Miss Z, apa lagi, haruslah saya cuba.


Kalau mengikut resepi yang saya selalu dok buat tu, satu adunan memang dapat banyak. Bak kata mudah-mudah, memang sakit la dekat belakang nak habiskan satu adunan. Selalu pun hanya buat separuh sahaja. Itu pun dapat satu bekas penuh.

Untuk resepi kali ni, memang tak berapa banyak, tapi cukuplah untuk dihidangkan masa raya dan masih ada belen lagi selepas itu. Saya makan tak la beriya, gitu2 aje kata orang. Dari segi rasa, agak terasa kastardnya, mungkin saya terlebih bubuh. Pastu adunan ni memang agak rapuh, mungkin disebabkan adanya tepung kastad dan jugak tepung jagung. Apa kata orang, cair dalam mulut gitu.

Nak dijadikan cerita, masa buat ni tak sempat nak gulung habis, maklumlah adun adunan pun dah dekat berbuka, jadi tangguh sampai lepas terawih baru bakar. Apa lagi, makin lenguh la tangan  nak paipkan adunan. Walaupun dah tutup dengan tuala tapi adunan masih agak kering, mungkin sebab masa tu cuaca agak berangin di sini.

Walau apapun, satu resepi yang menarik untuk dicuba. TQ Miss Z atas perkongsian... moga murah rezeki selalu...



TAT NENAS
Resepi : Miss Z

Bahan-Bahan:
1 cawan marjerin planta
1/2 cawan gula halus/castor
1 biji kuning telur gred A
Sedikit perisa Vanilla
1 cawan tepung kastard
2/3 cawan tepung jagung
tepung gandum secukupnya (ayak dulu)
jem nanas
1 biji kuning telur gred A + pewarna kuning telur untuk sapuan akhir

Cara membuatnya:
1. Satukan marjerin+gula+telur dan pukul sehingga kembang.
2. Masukkan sedikit perisa Vanilla
3. Masukkan tepung kastard + tepung jagung. Gaul sehingga sebati.
4. Masukkan tepung gandum secukupnya. Uli sehingga menjadi doh.
5. Gulunglah tart mengikut keselesaan anda.
6. Sapu kuning telur diatasnya.
7. Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 20 minit/sehingga masak.