PAGES

Thursday, January 29, 2015

Edisi Terjebak : Belian Klik-Klik Online

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya ni sebenarnya agak gatal tangan kalau bab2 beli online.  Sebelum ni ada la dua tiga laman web yang biasa saya kunjungi, yang saya laburkan duit ke dalamnya. Bukan apa, bila kita beli online ni memang tak rasa duit keluar sebab tak pegang dan duit tu kita tak bagi orang...main klik2 je tahu2 duit dah kurang. Itulah yang saya fikirkan, orang lain tak tahu la macam mana pandangannya. Pastu satu lagi, dok CH ni mana la ada tempat nak menyopping, paling tidak kena turun Ipoh atau balik kampung, lain la kalau dok Kolumpo, hari2 boleh tabung duit kat Sogo.... Hi hi hi...


Walau bagai mana pun saya agak payah nak percaya laman web jualan online ni. Sebelum saya buat pembelian saya biasanya Google dulu testimoni orang yang pernah beli kat laman web tu. Cuma satu je lah, dari segi penghantaran ke CH ni memang agak lambat sikit kalau guna selain Pos Laju. Tu yang geramnya..


Meh saya nak kongsikan pengalaman membeli barang secara dalam talian ni...


1. Rakuten (www.rakuten.com.my)
- benda pertama saya beli  adalah mini multifunction portable electric cooker
- tunggu agak lama untuk penghantaran...
- kos penghantaran tak ada
- proses pembayaran agak mudah, terus link ke MB2U


2. Zalora (www.zalora.com.my)
- bila dah mula beli satu, tangan makin gatal nak tengok laman web lain pulak
- riki2 Zalora, berkenan dengan spek hitam
- terus dengan proses pembelian
- saya rasa Zalora ni antara laman web yang paling stabil la sebab kebanyakan yang buat pembelian di sini memberikan maklum balas positif 


3. Groupon (www.groupon.my)
- laman ni dah lama saya tahu, tiap2 hari dok subscribe dekat email tapi tak pernah bukak
- bila dah explore laman ni yang paling mesra pengguna serta tak menyerabutkan pandangan... 
- laman yang paling banyak saya buat pembelian... beg, alat senaman...
- hadehhhh boleh kopak kalau macam ni
- dekat Groupon ni jugak pemprosesan sangat senang dan mudah
- setakat ni benda2 yang saya beli semuanya percuma kos penghantaran dan harganya agak murah
- pasni tak tahu lah nak beli apa pulak...


4. Lelong (www.lelong.com.my)
- kat sini kebanyakan barangnya berharga agak murah, tetapi kena tambah postage
- saya beli satu benda ni, memang murah sangat la. Kalau biasa saya beli 1 set RM50 tapi kat sini dapat 2 set, apa lagi haruslah rembat
- lain2 barang tak ada yang berkenan...
- pemprosesan pembayaran pun senang, terus link dengan MB2U
- kena register user dulu...


Selain 4 laman web yang dah pernah saya beli ni, memang ada banyak lagi laman web yang lain. Saya ada la jugak pernah nak buat pembelian tapi bila sampai bab nak order atau nak bayar, kena isi tu isi ni terus tak jadi. Itulah pilihan kita sebagai pengguna, kan!!

Korang? Ada pengalaman tak dengan belian online ni? Atau ada laman web lain yang nak dikongsi...

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

8 comments:

  1. selalu beli thru groupon .. senang nak beli n takde delivery fee ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la Azra... saya pun suka beli dekat Groupon...

      Delete
  2. nasib baik belum terjebak sepenuhnya dengan website online ni kalau x mmg parah huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan terjebak JM... nanti asyik gatal tangan aje

      Delete
  3. Replies
    1. Lebih baik tak membeli online ni ZF... nanti asyik nak menyopping aje

      Delete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]