Monday, October 22, 2018

Makan Kulit Lembu??

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ok, meh sini nak cerita. Pernah makan ke idok kulit lembu? Haa, iyalah kulit lembu atau perkataan yang lebih sopannya adalah belulang lembu. Apa? Boleh makan? Eh memang la boleh makan sebab itulah saya upkan di sini.

Yang sebenarnya kalau dekat Indonesia kulit lembu ni memang diorang makan, samada di masak gulai / sup boleh juga diproses buat keropok. Kebetulan raya Haji tahun lepas 2017 ada sorang abang ni proses belulang lembu tu dibuat sup dan dibawa makan makan di surau dekat kampung. Masa tu la semuanya kepelikan, tapi habis licin sup yang disediakan. Rupa rupanya sedap wehh, macam sup kaki gittew.


Yang ni saya buat air asam sama macam air asam kaki lembu seperti yang pernah saya updatekan dibawah label EKSOTIK.

Nak dijadikan cerita, semasa Aidiladha 2018 baru baru ni, saya dan abang sesaja nak try proses kulit lembu yang ada di rumah (kebetulan ayah saya buat korban). Tak banyak la, dalam sekeping aje, tapi bila dah siap timbang timbang semua dalam 3 kilo jugak rupa rupanya.

Cara dia macam ni...



Thursday, October 18, 2018

Snow Cheese Leleh

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Personally saya lebih sukakan kek snow cheese leleh berbanding kek coklat leleh. Tapi itu bukan problem pun sebab setiap orang ada citarasa sendiri. Memasing punya hal lah tu. Jangan sentap pulak dengan statement ni eh.

SCL ni saya buat sekali dengan CCL. Saja nak try sebab kebetulan ada anak buah jadi tukang makan tu ada. Kalau nak harapkan buat hari biasa memang malas sikit sebab malas nak makan banyak-banyak. Rupa rupanya diorang pun sukakan kek ni berbanding CCL.


Untuk kejadian kali pertama ni memang tak berapa nak jelita sangatlah. Maklumlah baru pertama kali buat kan... Parutan cheese di atas pun agak kasar sebab tak ada grater yang halus. Rasa macam dah pernah beli tapi missing in action pulak. Saya buat kek ni dalam bekas aluminum je, buat individu sebab senang nak makan, lenkalilah buat kek sebijik, nak jugak try.



Tuesday, October 16, 2018

Brownies Walnut

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya sesungguhnya sudah jatuh cinta dengan brownies ni. Payah jugak nak suka brownies tapi yang betul betul kena dengan selera saya. Rasa, tekstur, bagi saya memang perfect. Ini kiranya kali kedua saya buat, kali pertama tu takleh nak kira sebab saya campurkan dengan adunan cheese lebihan buat kek snow cheese.


Walaupun tak berkedut, dan agak mendap di bahagian tengah, tetap sedap pada tekakku. Itu yang pentingnya frasa jangan menilai dari rupa.



Thursday, October 11, 2018

Coklat Cheese Lava Kek

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya sebenarnya ada kisah yang agak tragik dengan kek coklat, sampai satu tahap saya dah tak mahu membuatnya. Trauma tau, tapi malas lah nak cerita, simpan dalam hati je. Tapi kalau sesiapa yang kenal saya, saya suka nak mencuba, dan sebab itulah saya buat kek ni, sebab saya nak cuba buat dan nak menjamu anak-anak buah saya.  Kalau tak buat kita tak tahu macamana caranya, susah ke senang, menjadi ke tidak.


Nah, inilah hasilnya.  Tak sangka jugak menjadi elok, tak kalah dengan orang yang jual tu. Tapi 1st attempt ni biasalah ada kekurangannya somewhere. Di atasnya saya just lorekkan dengan nutella sebab lupa nak simpan sikit adunan cheese, kalau tak nampak jelita la sikit.



Tuesday, October 9, 2018

Kit Takoyaki DIY

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila sebut pasal takoyaki ni, bukanlah nak kata favourite sangat, tapi bukanlah kata tak gemar jugak. Hanya sekadar makan, ukan kata pantang jumpa terus nak beli. Cuma itulah, tak pernah lagi buat sendiri walaupun acuannya tu dah beli lama. Sebab apa? Sebab tak ada sos tu, kalau kata tepung bancuhannya dah ada satu dua yang saya save, cuma tertangguh dek nak dapatkan sos.

Baru baru ni bila dah terjebak membeli di Shopee, saya cuba search dan terjumpa beberapa penjual yang mempromosikan kit DIY masing masing. Saya pun cubalah beli satu dan ia didatangkan lengkap dengan set tepung, sos, mayonis, seaweed, bonito flakes dan juga chilli flakes. Di dalamnya ada 5 peket tepung, sekali bancuh (1 paket tu boleh la dalam 15 - 16 biji).


Mula mula saya buat ni masa dekat kampung, bila anak anak buah balik. Memang seronok la deme ni makan, sebab puas hati, kalau kata nak beli 4 biji dah RM5, bila buat sendiri ni memang jimat dan boleh angkat dua ibu jari.

He he he...



Wednesday, October 3, 2018

Easy & Moist Red Velvet Cake

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alkisahnya buat kek ni konon konon sebab nak celebrate birthday sendiri, tapi hancus kejadiannya. As i mentioned before, i memang addict dengan red velvet ni. Itu yang semangat nak buat. Tapi sebab buat kek ni di rumah sendiri, tau tau ajelah ada bahan yang takde. Tahu apa yang takde tu? Pewarna merah okeh, cari cari di dapur ada sirap maka jadilah sirap nak memerahkan kek ni. Maka taklehlah nak panggil red velvet, kena tukar menjadi sirap velvet. Ha ha ha...


Paras rupa kejadian. Memang merah tak membara, acah acah saja. Tapi takpelah kita yang buat dia. Dengan sedikit kekurangan tak menjadi sebab untuk tidak mencuba.