PAGES

Wednesday, October 31, 2012

Tefal 5 Beradik

 
 
N3 selapas raya. Lama sungguh bercuti, sampai kekok jugak nak bercerita. Hujung2 tahun ni memang ke laut gitulah, nak buat apa-apa pun malas, tambah2 pulak dengan broadband yang semakin menyakitkan hati.  Tapi takpelah make it slowly.  
 
Cane, cantik tak tools baru cheq sue ni? Menambahkan koleksi TEFAL, kali ni pun sama, beli dari UK, kalau ada yang nak lihat bolehla tengok di link ni.
 

Dalam set 5 beradik yang cheq sue beli ni ada 1x24 cm Frying pan, 1x20 cm Frying pan, 1x20 cm Sauce pan with Lid - Capacity 2.7 Litre, 1x18 cm Sauce pan with Lid - Capacity 2.0 Litre dan
1x16 cm Sauce pan with Lid - Capacity 1.4 litre
Sekali fikir memang agak ralat nak keluarkan duit 3 angka untuk beli set ni tapi bila dah beli, tengok memang puas hati. Takpelah spend duit sikit, daripada duit hilang tapi tak ada apa....

 
Oklah, sampai jumpa lagi. Wassalam...

Stylish Thankyou

Friday, October 26, 2012

Salam Aidiladha 1433H - 24.10.2012

 
 
 Salam Aidiladha 1433H buat kawan-kawan blogger Cheq Sue di mana jua kalian berada. Semoga kehadiran Aidiladha kali ini mencetuskan perubahan buat diri cheq sue dan rakan-rakan yang mengambil bahagian dalam ibadah korban. Pada yang sedang menunaikan haji di Tanah Suci Mekah diharapkan agar mendapat haji yang mabrur dan dipermudahkan segala urusan semasa di sana.

 
Pada yang mahu atau telah pulang ke kampung, berhati-hatilah dalam apa jua yang anda lakukan. Semoga beroleh keberkatan. Wassalam...

Stylish Thankyou

Wednesday, October 24, 2012

Misteri Cinta ~ ep. 35


 
 

Kita bersua untuk kembali mengukir cinta, mengapa berlainan sekali engkau berbicara?

Kembali semula ke kampus yang telah banyak memberikan dugaan dan cabaran. Bersama Syarifah Zuraidah, Dayang Umairah saling membantu. Namun dalam sesetengah perkara ada ketikanya gadis itu lebih senang tida masuk campur. Contohnya seperti masalah antara dia dan Aqeef. Sehingga hari ini, sudah hampir dua bulan mereka masing-masing mendiamkan diri. Sehinggalah suatu hari Dayang Umairah mengambil keputusan untuk menemui Aqeef yang sentiasa ingin bersemuka dengannya, itupun setelah dinasihati oleh Abang Zack dan Kak Su berulang kali. Dan tepat pukul 9 malam di Dayana Café Bangsar, mereka berdua berjumpa.
Sebenarnya di dalam hati Dayang Umairah, terdapat satu perasaan rindu yang sudah tidak mampu untuk dibendungnya. Dan perjumpaan ini diharap dapat melegakan rindunya selain dari satu rancangan yang sudah lama dipendamnya. Nampaknya dia juga mempunyai perasaan ego dalam hatinya yang tidak mahu mengalah kepada rayuan Hairul Aqeef.
“Hai Irah. Apa khabar?”
Hairul Aqeef memulakan kata, mengharapkan balasan dari gadisnya.
“Macam mana Aqeef tengok, macam tu lah Irah.”
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga dia mendengar suara yang sangat dirinduinya saban waktu.
“Untuk Irah.”
Lelaki itu menghulurkan sekotak bungkusan yang berbalut kemas.
“Untuk apa?”
Tidak dapat digambarkan betapa gembiranya dia mendapat hadiah daripada lelaki itu. apakah isi di dalamnya?
“Aqeef minta maaf. Aqeef tahu itu semua salah Aqeef yang tidak percayakan Irah. Tapi Aqeef nak Irah tahu yang Aqeef berperasaan begitu kerana Aqeef betul-betul sayang dan cintakan Irah.”
Mendatar dan bergetar saja suaranya ketika menuturkan kata-kata itu. Terasa pula menusuk ke dalam hati dan jiwa Dayang Umairah. Gadis itu memandang tepat ke mata Hairul Aqeef di hadapannya. Dia menarik nafas panjang.
“Irah pun minta maaf pada Aqeef. Kalau boleh Irah mahu Aqeef percayakan Irah sebagaimana Irah percayakan Aqeef. Apa yang Irah katakan adalah dari hati Irah. Dan kalau Aqeef betul-betul serius dengan Irah, Irah nak Aqeef lakukan satu perkara.”
“Apa dia?”
“Masuk meminang Irah. Kita kahwin!”
Hairul Aqeef terkejut besar. Adakah Dayang Umairah mempermainkan dirinya? Bukannya gadis itu tidak tahu yang mereka belum habis belajar, kenapa pula diajaknya kahwin? Tetapi dia melihat wajah Dayang Umairah hanya tenang dan tidak kelihatan seperti sedang merancang sesuatu. Fikirannya keliru.
Selepas melafazkan kata-kata itu, Dayang Umairah berdiri. Dia memandang Hairul Aqeef sekali lagi dan berlalu pergi bersama bungkusan hadiah di tangannya.
Sedang Dayang Umairah melarikan diri daripada Hairul Aqeef, dia sudah tidak mampu lagi menahan gelak. Riak wajah Hairul Aqeef yang keliru dengan permintaannya membuatkan dia rasa berjaya mempermainkan lelaki itu..
Meminang? Kahwin?
Gila! Belajar pun belum habis lagi. Masih banyak yang perlu diburu dalam hidup ini…


Jika itulah kemahuanmu untuk aku membuktikan perasaanku, tunggulah sayang tika dan saat itu…

Hairul Aqeef merenung sililng di biliknya. Dia memejamkan mata. Tubuhnya dikalihkan ke kanan dan ke kiri. Semuanya tidak kena. Dia bangun dan memandang ke luar tingkap. Dengan jelas bangunan KLCC dilihatnya. Pun begitu fikirannya masih kacau. Masih terngiang-ngiang di telinganya, dengan jelas dan terang permintaan Dayang Umairah yang menyuruh dia masuk meminang sekiranya betul perasaaan cintanya kepada gadis itu.
“Kau ni kenapa? Penat aku tengok. Kejap kat sana, kejap kat sini. Kau sakit ke?”
Ahmad Farhan teman sebiliknya menyapa. Agaknya dia pun rimas dengan kelakuan Aqeef yang tidak tetap itu.
“Aku pening la. Masalah negara ni.”
Separuh mengeluh dia menuturkan kata-kata itu. Matanya masih memandang ruang lepas yang dipenuhi awan bak kapas.
“Apa masalahnya? Kalau kau nak cerita, aku dengar. Mana tahu aku boleh membantu?”
“Umairah suruh aku masuk meminang jika betul aku sukakan dia. Apa pendapat kau?”
Ahmad Farhan yang sedang menaip assignment berhenti seketika. Matanya dihalakan kepada Aqeef yang bersandar di tingkap.
“Kalau kau rasa kau boleh pikul tanggungjawab dan sudah bersedia untuk menukar status, apa salahnya. Itulah sebagai tanda kau betul-betul suka dan cintakan dia. Itu juga boleh menunjukkan kau sudah bersedia untuk memikul dua tanggungjawab serentak, pelajar dan suami orang. Tetapi, apapun aku harap kau bincangkanlah dengan keluarga kau dulu.”
Wah… budak Farhan ni bagi nasihat boleh tahan juga. Tak hairanlah, setiap semester dean list Sains Sosial. Betul juga kata-katanya tu.
“Tapi aku belum yakin adakah aku sudah bersedia untuk berada di alam rumah tangga. Masih banyak yang perlu aku hadapi dan ketahui. Aku bimbang jika tidak dapat memberikan komitmen terhadap apa yang aku ceburi.”
“Hanya kau yang tahu setakat mana kau mampu. Fikirlah baik-baik. Keputusan ni bukan untuk kau seorang. Apa yang kau buat ini akan menentukan masa depan kau berdua.”
Handsetnya segera dicapai. Nombor papanya dicari dan punat call ditekan. Dalam debar untuk menyampaikan hasrat hatinya, dia menunggu talian itu disambung.
“Hello papa…”


Bagaimana harus ku hadapi semua gurauan yang ku ciptakan ini?

“Kenapa kau main-mainkan dia macam tu. Tak baik tau. Kesian dia.”
Syarifah Zuraidah tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Dayang Umairah terhadap Hairul Aqeef walaupun dia turut ketawa setelah mendengar apa yang diceritakan oleh Dayang Umairah.
“Aku hanya nak main-mainkan dia saja. Dia dan buat aku dulu, apa salah aku buat dia pulak. Lagipun, aku rasa dengan benda ni sekurang-kurangnya kami ada topik untuk dibicarakan.”
“Bagaimana pula kalau dia betul-betul serius dengan apa yang kau katakan tu?”
“Mana ada Zu. Aku kenal Aqeef tu macam mana. Dia takkan ambil serius punya. Lagipun kami masih ada banyak benda untuk dibuat.”
“Mungkin bagi kau, bukan pada dia. Orang lelaki kadang-kadang sukar dijangka Irah.”
Kata-kata Zuraidah itu membuatkan Dayang Umairah terdiam seketika. Betul juga katanya, bagaimana jika Aqeef betul-betul buat apa yang di katakannya?
Deringan handsetnya membuatkan dia terkejut seketika. Dilihatnya skrin. Panggilan dari rumah! Dia segera menekan punat call.
“Hello Irah, umi ni? Buat apa?”
“Irah sedang berbincang sikit dengan Zu. Kenapa umi telefon?”
“Umi pun ada sesuatu yang hendak dibincangkan dengan Irah.”
“Apa dia umi?”
“Semalam Aunty Adawiyah telefon. Katanya Aqeef mahu mereka meminang Irah. Sebagai tanda dia betul-betul serius terhadap Irah. Umi mahu tanya Irah betul atau tidak. Apa yang Irah dah buat sebenarnya?”
Nampaknya apa yang dibincangkan tadi telah menjadi kenyataan kini, ternyata Aqeef benar-benar melakukan perkara itu, yang dimainkannya itu!
“Irah hanya main-main saja umi, kenapa dia betul-betul pula?”
“Kenapa Irah tergamak buat macam ni pada Aqeef? Kalau dia tahu dan dia tinggalkan Irah, macam mana? Lelaki bukannya boleh main-main Irah.”
“Habis tu sekarang ni macam mana umi? Apa harus Irah buat?”
“Irah fikirkan dulu. Kalau Irah sengaja mahu melukakan hati Aqeef kerana mahu membalas dendam ataupun Irah mahu bahagia dengannya sehingga akhir hayat, terpulanglah pada Irah untuk membuat keputusan. Sama ada Irah setuju atau tidak, bagitahu umi supaya umi boleh maklumkan kepada keluarga Aqeef. Fikir baik-baik Irah. Ini bukan masa depan Irah saja tapi juga masa depan Aqeef.”
Dayang Umairah terdiam. Dia sesungguhnya tidak menyangka dengan apa yang didengarnya. Ternyata Hairul Aqeef bersungguh-sungguh terhadap dirinya. Cuma sekarang bersediakah dia? Masih ada setahun untuknya bergelar jurutera dan masih ada setahun juga untuk Aqeef menjadi peguam. Sekarang, jalan mana yang handak dipilih? Bahagia atau derita?
Dayang Umairah memandang perfume Chanel 21° yang dihadiahkah Aqeef pada pertemuan lalu. Perfume itu jugalah yang ingin dibelinya ketika keluar bersama di Kompleks SOGO tetapi ketika itu duitnya tidak mencukupi. Aqeef ingin membayarkan tetapi dia jual mahal. Dalam hatinya ada  perasaan bangga kerana Aqeef telahpun menunjukkan perasaan dan kesungguhan yang sebenar untuk memilikinya.
Malam ini dia mahu sembahyang istikharah untuk meminta petunjuk dari Yang Esa semoga dia dapat membuat keputusan yang betul untuk dia dan Aqeef…
Ketika memandang Zuraidah, dia tidak tahu adakah mahu senyum atau tidak. Yang pastinya dia sedang mengalami kekeliruan fikiran!

Stylish Thankyou

Tuesday, October 23, 2012

Sambal Kacang Sotong Kembang

 
 
Dah agak lama jugak buat sambal ni, tapi dari ke sari tak dapat masukkan gambar. Alkisahnya beli seekor kat TESCO, memang dah niat pun nak buat sambal, konon-konon nak makan dengan nasi lemak. Tapi nasi ke mana lemak ke mana, malah yang jadi pulak adalah nasi impit. Kelassss gitu.
 
Cuma yang cheq sue buat ni agak pekat sikit sebab terlebih kacang - dengan niat. Cheq sue guna kacang tumbuk segera, jadi nak habiskan stok I tuang je semua yang ada. Untuk penggemar kacang rasanya tak ada masalah. Bahan-bahan yang lain tu pula cheq sue kurangkan ikut banyak mana sotong yang ada.
 
Nama? Apalah yang ada pada nama. Sambal kacang..sambal sotong...asalkan mencapai maksud sudahlah. TQ pada Kak Azlita yang berkongsi resepi maveless Pak Engku ni. Lain kali boleh la di cuba lagi. Wassalam...

 
SAMBAL SOTONG KEMBANG BERKACANG
Resepi: Pak Engku
Sumber : Masam Manis

Bahan2
1 kg sotong kembang

Bahan kisar
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia 
15 tangkai cili kering - direndam hingga lembut dan dikisar
 
3 camca besar puri tomato - ita gantikan dgn tomato buah yg dicincang
2 camca besar sos cili
1 ketul gula Melaka
2 biji bawang besar - hiris bulat
100 gm kacang tanah - disangai kisar kasar
100 ml air
300 ml minyak masak
garam secukup rasa

Cara Menyediakannya

1. Sotong kembang dipotong 4 cm. Kemudian dicuci bersih.
2. Panaskan minyak masak & tumiskan bahan kisar hingga naik bau & pecah minyak. 
3. Kemudian masukkan puri tomato dan sos cili. Masak lagi hingga kuah sedikit pekat. Masukkan gula melaka, garam dan air biar kuah didih dan gula larut. Rasa kan garam nyer. Masukkan sotong dan biar hingga kuah sedikit pekat dan sotong masak.
4. Akhir sekali masukkan bawang besar dan kacang. Kacau seketika & siap untuk dihidangkan.
Stylish Thankyou

Monday, October 22, 2012

Avocado Smoothie

 
 
 Fresh avocado smoothie, projek minggu lepas. Sekarang kat belakang rumah ada banyak buah avocado. Alkisahnya dah lama jugak pokok tu tumbuh tapi tak berbuah. Cheq sue berulang kali cakap kat member supaya tebang pokok tu, bukan hape, kalau dah pokoknya rendang tapi tak ada hasil takut-takut ada bende lain pulak yang berhasil kat situ. Alih-alih tahun ni ada bunga dan memang lebat sangat buahnya. Cheq sue pun tak sangka, sampai hampir mencecah tanah akibat berat dengan buah.

Akak housemate cheq sue tu memang hantu avocado. Jadi memang beraya la diorang penggemar-penggemar ni. Cheq sue tak berapa suka sangat, tak pernah makan pun tapi saja nak cuba camana. Daripada banyak-banyak buah tu cheq sue ambil 2 biji untuk dijadikan smoothie dengan menggunakan resepi dari Noorsha.

Daripada 1st pengalaman tu memang agak payah jugak nak rasa dengan avocado, cheq sue cuma habiskan 1 cup, tu pun kena makan masa sejuk. Bila dah ada coklat tu lagi meningkatkan rasanya. Untuk penggemar avocado resepi ni memang patut dicuba. TQ pada Noorsha yang berkongsi resepi ni. Wassalam.

 
RESIPI AVOCADO SMOOTHIE
Resipi : noorsha

 Bahan²
1 biji buah avocado
2 sudu makan susu pekat - lebihkan kalau suke manis
1 cawan ais
1 sudu makan lemon juice
Sedikit coklat masakan dicairkan @ choki²

Cara²
Blend semua bahan hingga hancur kecuali coklat masakan @ choki². tuang didalam gelas, paipkan coklat masakan @ choki² diatasnya. sedap dinikmati ketika cuaca panas. :)

Stylish Thankyou

Friday, October 19, 2012

Cendawan Goreng Celup Tepung

 
 
Perghhh... ada yang terliur tak dengan  gambar tak seberapa ni? Saja nak propa aje ni. Dah buat lama jugak ni. Maklumlah tokeh cendawan, rasa sekarang ni tiap-tiap hari nak makan cendawan goreng. Bila dapat cendawan fresh, memang nak goreng celup tepung begini sebab rasanya memang sedap dan sangat memuaskan hati. Cicah pulak dengan sos cair yang masam manis pedas tu.
 
Selalu kalau buat cendawan celup tepung ni memang ada je yang tak kena, lembik dan berminyak. Tapi dengan menggunakan resepi ni memang menjadi. Alkisahnya resepi ni dikongsi oleh kaunselor sekolah kami iaitu Kak Lia yang pada masa itu membuat ikan celup tepung. Jadi bila kami-kami ni makan, memang kena betul la hidangan tu untuk digantikan dengan cendawan.
 
Jadi TQ bebanyak pada Kak Lia yang berkongsi resepi ni. Memang maveless dan menjadi sesangat. Mudah pulak tu nak menyediakannya. Kawan-kawan kalau ada kelapangan tu boleh la cuba. Wassalam...
 
 
CENDAWAN GORENG TEPUNG
Resepi : Puan Norlia Bt Abd Hamid
 
Bahan-bahan :
2 bahagian marjerin
3 bahagian gandum
Sedikit pewarna kuning / serbuk kunyit
Secubit garam
Air secukupnya
Cendawan tiram yang telah disiat mengikut saiz dikehendaki
 
Cara-cara :
Campurkan marjerin, gandum, pewarna, garam dan air secukupnya. Biar bancuhan tidak terlalu pekat atau cair
Campurkan ke dalam  cendawan yang telah disiat, gaul hingga rata
Bolehlah digoreng menggunakan api besar supaya tidak menyerap minyak 
 
Stylish Thankyou

Thursday, October 18, 2012

Tat Kelapa Nestum


Adessss... lama jugak tak berupload blog ni. Bermula dengan kesibukan di sekolah, tambah dengan tak ada elektrik dan line broadband yang ngok ngek, memang down mood nak berblog. Cuma nengok-nengok gitew ajelah, tak menyempat nak komen. Jadi hari ni cheq sue nak share hasil yang dibuat pada minggu lepas. Dah lama jugak sebenarnya nak membuat tart kelapa nestum ni, sebab tengak bahan-bahan dan caranya senang aje. Penggunaan nestum di dalam shellnya menambahkan lagi uniknya tart ni. Baunya pun memang wangi dengan aroma kelapa. Cuma cheq sue tambahkan sedikit choc rice untuk kasi naik seri sikit.

 
Rasa tart ni? Mmmm memang takleh nak kata apa. 10 of 10. Sangat sedap! Walaupun makan keesokan harinya pun masih sedap lagi. Lemak kelapa dengan susu pekat tu memang sangat-sangat menyelerakan. Tahap manisnya pun tak berapa ketara sangat (sebab dah dikurangkan gula dalam kuantiti bahannya)
 
Tart ni cheq sue buat dalam acuan 4.5cm (dapat dalam 35 biji) selebihnya cheq sue guna acuan biasa sebab dah malas *_*. Boleh tak gitu? Heeeeee...... TQ pada penyumbang resepi ni. InsyaAllah lepas ni boleh cuba lagi. Wassalam.



 TART KELAPA NESTUM
Resepi : daunpandan @ MyR

 Bahan-bahan ( 50 biji(ikut saiz) )
*2 cawan kelapa parut kering
*1/2 cawan susu pekat manis
*1/4 cawan gula
*1 camca besar majerin
*1camca besar mentega

1 1/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung beras
1 cawan nestum
160 gm mentega
1/4 cawan gula halus
1 biji telur
1 camca teh esen vanilla

Cara-cara
Gaul semua bahan bertanda * (untuk inti)hingga sebati dan tepikan.
Ayak kedua jenis tepung dan campur dengan nestum.
Krim mentega dan gula hingga sebati.Masukkan esen vanilla dan telur,pukul hingga sebati.
Masukkan campuran tepung dan gaul jadi doh.
Canai setebal 5 mm dan terap dengan acuan bulat bergerigi.Letak dalam acuan tart dan rapikan.
Letak anggaran 1 sudu inti kelapa tadi (tak perlu padatkan).Bakar dgn suhu 180'C selama 10 minit atau hingga masak.



Stylish Thankyou

Monday, October 15, 2012

Opor Daging

 
 
Inilah pelengkapnya nasi lobak merah cheq sue, iaitu opor daging. Sebelum ni memang tak pernah buat pun, kebetulan ada stok daging, tu yang terhasil masakan ni. Kalau tidak, memang guna lauk ayam aje. Kalau daging selalunya digulai, atau just goreng kunyit. Bila dah buat opor ni sekurangnya telah menambah koleksi resepi daging. Tak pasti pulak ya, opor ni resepi ori negeri mana eh? Rasanya lebih kurang gulai kurma / kerutup merah. Apapun, xpelah dari mana pun resepi ni berasal, yang penting rasanya sedap dan kena dengan nasi tumis.
 
Resepi ni cheq sue ambil dari FP Kak Hanieliza jugak yang banyak meletakkan resepi menarik. Kalau siapa yang belum buat tu cheq sue sarankan untuk cuba resepi ni. Meskipun tak makan dengan nasi tumis, sedap juga kalau dimakan dengan pulut kuning atau nasi putih biasa. Boleh jugak kot kalau nak gantikan dengan ayam kalau tak ada daging. Heeeee...pepandai aje.
 
Buat penyumbang resepi ni, tq very much atas perkongsian. Wassalam.
 
 
OPOR DAGING
Resepi : Kak Liza (Hanieliza)

Bahan
1 kg daging [hirskan nipis dan bersihkan]
1 biji kelapa [4 cawan santan]
2 s/b kerisik tak masukkan
1 s/b gula perang atau gula merah lembut [soft brown sugar]
3 s/b rempah kari daging ]
1 s/k jintan manis ] gaulkan 
1 s/k jintan putih ] termiss lak 2 jintan ni
3 keping asam keping
minyak
garam


Bahan tumis
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih


Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai


Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin & rempah daging yg digaulkan dan kacau rata.
3. Masukkan daging dan kacau rata sehingga nampak naik minyak.
4. Masukkan santan dan biarkan reneh denagan api yg kecil sehingga mendideh dan daging lembut.
5. Masukkan gula, garam, asam keping dan kerisik dn kacau lagi. Biarkan naik minyak.
6. Hidangkan dengan nasi putih/minyak atau ketupat atau pulut kuning. 

Stylish Thankyou

Saturday, October 13, 2012

Nasi Lobak Merah

 

Sunyi tanpa entry. Maaf sebab masa sangat terbatas untuk bersuka-suka di sini. Memang agak sibuk sikit di hujung-hujung tahun ni. Tambah2 pulak semalam menerima khabar sedih dari kampung iaitu kemalangan yang meragut 2 nyawa di mana keduanya cheq sue kenali dengan agak rapat juga. Takziah pada keluarga Mok Ja yang kehilangan emak saudara serta anak saudara (emak dan anak). Begitulah jika sudah ditentukan, perginya mengejut dalam keadaan sihat walafiat. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Berbalik pada resepi ni, ianya merupakan projek hujung minggu lepas. Dah lama nak buat nasi tumis, bila tidur rumah kawan ada la ramai sikit tukang makannya. Untuk nasi lobak merah ni cheq sue gunakan sepenuhnya resepi Kak Hanieliza yang diambil dari blog Kak Nor. Dan buat pertama kalinya resepi nasi yang menggunakan beras basmathi dapat dihasilkan dengan baik sekali. Hasilnya sangat memuaskan. Nasinya peroi dan tidak hancur. Cheq sue gunakan beras basmathi monghul FAIZA. Ada lagi satu peket lepas ni boleh cuba dengan resepi lain pulak.
Nasi ni cheq sue padankan dengan opor daging (insyaAllah) dalam next entry, acar rampai dan papadum. Memang sedap sungguh, kena sesangat kombinasinya.
TQ pada yang menyumbang resepi ni. Memang suka sangat-sangat. InsyaAllah lepas ni kalau ada kelapangan boleh la cuba lagi dan lagi... Wassalam...
 
 
NASI KAROT (NASI LOBAK MERAH)
Resipi : K.Hanieliza
Sumber: K.Nor

Bahan2nya:

6 cawan beras bathmati….basuh dan toskan
2 cawan carrot ( potong dadu kecil) ~ k.nor parut parut juga
1/2 cawan susu cair ~ lupa nk letak :) letak
8 cawan air – saya letak air rebusan isi dan tulang2 ayam guna air biasa
1 kiub ayam knorr – saya guna 1 sudu besar stock ayam maggie dalam botol
1 sudu kecil gula
garam

Bahan Tumis:
2 sudu besar rempah kurma – saya guna rempah beriani (k.nor guna rempah gulai) 1 sb rempah kurma + 1 sb rempah beriani
5 ulas bawang merah – mayang @ tumbuk kasar (hiris)
3 ulas bawang putih – mayang halus atau tumbuk kasar (hiris)
2 cm halia -mayang
3 sudu besar minyak sapi - akak guna butter (sama)
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bungka lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun ketumbar…..mayang x masukkan
daun pandan……..simpulkan

Cara:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma/beriani. Biarkan naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr dan susu cair. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar.
5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.
6. Hidangkan dengan ayam bakar, sup dan salad sayur. Saya hidang dengan opor daging dan acar rampai

Stylish Thankyou

Thursday, October 11, 2012

Spagetti Bolognaise Cendawan

 
 
Resepi ni cheq sue buat bila ya...sat nak ingat. Hurmmm rasanya bulan lepas, tarikh lupa. Memang dah agak lama terperam di dalam draft. Sayang kalau tak dipublish kerana ianya menampilkan resepi yang agak berbeza dari yang sebelum ini.
 
SBC tercipta dengan mengubahsuai sedikit resepi asal yag pernah di buat di sini kerana ada stok cendawan tiram yang agak banyak. Walaupun guna cendawan tiram, memang tidak berasa sangat cendawannya tetapi ada rasa macam daging cincang gittew. Cuma bila guna cendawan segar, kena ramas dulu biar keluar semua cecair dalam cendawan tu (lepas basuh) supaya rasanya lebih kick. Kalau kata tak dikeluarkan airnya, cendawan tu akan over moist dan tak menyerap rasa kuah. Errrr...faham tak ni?
 
 
Untuk bahan-bahannya tu boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa. Cheq sue sekadar memberi panduan sahaja berdasarkan apa yang dibuat. Kalau ada banyak cendawan tu boleh la cuba. Wassalam..
 
 
SPAGHETTI BLOGNAISE CENDAWAN
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
1 peket spagetti - rebus hingga lembut, masukkan sedikit garam dan minyak masak
1 botol sos spagetti cendawan KIMBALL
1 kg cendawan tiram - kisar separuh hancur (guna FP)
2 biji bawang besar - dadu
3 biji bawang putih - cincang
2 kiub ayam
2 sudu besar cili giling
Sedikit oregano
Air secukupnya mengikut kepekatan kuah dikehendaki
Sedikit sos tomato dan sos cili
Garam, gula, secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara :
Spagetti yang telah direbus hingga lembut ditoskan airnya dan dibilas hingga hilang kanjinya
Panaskan sedikit minyak dan tumis cili giling, oregano, bawang besar dan bawang putih
Masukkan isi ayam dan cendawan butang, goreng hingga separuh masak
Tuangkan tomato yang telah dikisar, sos spagetti cendawan, kiub ayam dan air secukupnya (cheq sue guna dalam 5 cawan). Setelah mendidih, masukkan pula slice cheese, kicap, sos tomato dan sos cili.
Masak hingga mendidih dan sos agak pekat. Perasakan dengan gula dan garam. Bolehlah dituangkan ke atas spagetti yang telah ditoskan tadi. Enak dihidangkan panas.
 
Stylish Thankyou