PAGES

Tuesday, March 31, 2015

Belut Masak Paprik

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Anda2 semua makan belut tak?

Saya makan, mula makan baru aje. Masa tu masak paprik, dekat kedai. Harga boleh tahan. Kalau belut masak sup... atau gulai ke saya tak pernah try lagi. Setakat ni kalau makan pun hanya yang kering2 dan bergoreng sahaja.

Balik kampung awal tahun dulu saya cuba masak sendiri belut ni. Beli dekat Pasar Pasir Puteh harganya RM18 sekilo. Dah lama cadang nak beli tapi asyik nampak belut saiz kecil, bila nampak saiz agak besar saya on ajelah. Dalam masa yang sama terfikir jugak boleh ke masak sendiri nih. Tapi sebab belut tu dah siap siang, dah potong2 maka kurang la sikit tahap 'kecelaruan minda' tu... Balik rumah tinggal bersihkan saja dengan asam limau nipis.




Thursday, March 26, 2015

Bubur Nasi Ayam & Oat

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bubur pilihan orang tidak sihat?

Tidak semestinya kerana bubur merupakan makanan berkhasiat yang boleh dimakan oleh sesiapa sahaja. Bukan sahaja untuk sarapan, tetapi baik juga semasa makan tengah hari atau makan malam. Bagi saya pulak kalau rasa nak makan bubur tu on aje.




Wednesday, March 18, 2015

Apple Crumble Muffin

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Sesekali buat muffin yang berkelas tinggi...memang superb. Kalau selalu kita buat muffin yang biasa2 tu aje kan, kali ni buat muffin crumble pulak. Kejadiannya memang sedap dan kena pula dengan selera. Saya ni kalau kirakan memang tak suka sangat makan epal, tapi beli jugak kekadang. Bila tak habis makan gitu aje biasanya saya buat jus ataupun fikir something yang lain.

ACM ni memang dulu saya dah ada nampak kat satu blog ni tapi tak ingat blog siapa, bila Google terjumpa di blog DTS, maka haruslah saya cuba.





Monday, March 16, 2015

Kek Marble

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 
 
Selamat bercuti sekolah ye untuk cikgu-cikgu dan anak2 murid semua...
  
Bulan ni nampaknya asyik termiss aje nak update blog. Dengan kesibukan yang dah mula menyapa... tugas itu ini memang tak ada masa nak ngadap komputer. Tapi hari ni nak belanja korang semua dengan kek marble yang dah lama saya buat ni. Walaupun namanya cuti, tapi yang nyata tak pernah cuti dari tugas2 hakiki ni...
 



Thursday, March 12, 2015

Tumis Pedas Kulat Sisir (Cendawan Kukur)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Waktu nak balik ke CH dari cuti sekolah tahun lepas, nampak ada kulat sisir yang dah kering atas meja makan di rumah. Cepat2 mintak dengan mek. Kalau yang kering nampak je sikit, tapi lepas jugak la dua kali makan. Kalau musim kulat sisir memang akan ada yang dikeringkan sebab tak habis makan sekaligus. Dan jika bernasib baik sayalah yang akan angkut menghabiskannya.



Bila dah bawak ke CH melepak pulak kulat tu kat meja rumah saya. Hinggalah satu hari dok melilau cari benda nak masak, ternampak plastik kulat sisir tu. Apa lagi... terus sajalah saya rendam dengan air. Sekejap saja dah kembang dan boleh terus dimasak.


Sunday, March 8, 2015

Tokoyaki Pan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

GAjet paling baru kat dapur. Baru saja sampai minggu lepas setelah lama berfikir nak beli ke tidak.  Saya sebenarnya nak beli yang versi elektrik tapi bila fikir2 takut buat tak buat, macam membazir pulak sebab harganya boleh tahan. Bila jumpa yang ni memang saya makin teruja nak dapatkannya. Saya memang suka makan tokoyaki walaupun tak pernah buat sendiri. Lepas ni boleh la try buat sendiri pulak.




Apa yang tertulis tu sepatah haram tak faham. Saya andaikan itu bahasa Jepun. Saya beli ni di Groupon dengan harga RM45. Masih agak mahal, tapi tak ngapalah.



Saturday, March 7, 2015

Seluruh Cinta - Siti Nurhaliza ft Cakra Khan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Empat hari tak ada n3....
Mood entah ke mana-mana
Sekadar berBW sahaja tanpa menegur sapa
Maaf ya kengkawan
Jadi malam ni belanja korang dengan satu lagu feveret
Tok Ti dengan Cakra Khan
Al maklumlah perasaan tengah terganggu ni...
Rasa macam payah nau nak kutip semula rasa yang pecah berderai tu semua...
Hurmmm...
 

 Boleh la ya nak jemur2 labiu ni...


Tuesday, March 3, 2015

Ayam Bumbu Bali

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Lari sikit dari menu ayam biasa. Kali ni buat ayam bumbu bali, yang dah lama nak try. Tak banyak, hanya guna ayam 4 ketul, makan dua kali. Rasanya sedap jugak, complete meal sebab saya masukkan ubi kentang sebagai sayur.

Uniknya lauk ni selain rempah2 yang digunakan, ia juga menggunakan susu cair yang mana saya rasa sangat unik kalau digunakan. Tapi saya tak masukkan buah keras sebab tak ada kat rumah. Kalau masukkan mesti jadi lagi lemak ayam ni. Walau bagai mana pun perut saya tak tahan mana dengan susu cair jadi saya hanya masukkan sikit je. Untuk kuah tu saya masukkan lebih air.


Memang puas hati dapat makan. Cuma kalau nak buat lain kali kena lebihkan kuah sikit, bila pekat2 ni a pun rasa nak tersedak aje........


Monday, March 2, 2015

Mac & Cheese

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Mmmmmmm.... lama dok tenung, dok ingat2 balik... bila saya buat ni. Sampai dah tak ingat, yang pasti masih ingat ini adalah mac & cheese yang saya buat sebab rasa nak makan sangat-sangat. Yang geramnya plan nak buat sikit, tapi masa rebus macaroni, nampak acam sikit, dok tambah2 macaroni kering... last2 dapat sekoli kau....

Kalau tengok ke gambar, memang agak kekuningan sikit sebab saya tambahkan serbuk cili. Pastu ada jugak saya masukkan bahan2 lain yang ada kat dapur. Ikut kesesuaian sendiri la...


Yang ni bekas ke 3. Simpan dalam peti sejuk maka hari selepasnya.



Sunday, March 1, 2015

Rexonic Induction Cooker

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya sebenarnya dah lama dok plan nak beli induction cooker ni. Selalu bila ke TESCO memang  jamu mata la dekat bahagian ni. Bila tengok ke regenya mmmm mampu telan air liur saja sebab kebanyakan adalah antara RM100-RM150.

Baru2 ni ternampak ada di GROUPON... harga macam diluar rate sebab lebih RM5 dari RM100. Pandang2 jeling2  dulu. Nak beli sangat tapi macam tak perlu. Dok memendam perasaan ajelah. Sampai saya kata kat diri sendiri tak payah la dulu... nanti tengok kemudian.


Sampailah masa saya ke mesyuarat, tengok ada kupon diskaun... tak ingat berapa persen tapi harga baru adalah RM95. Terus pejam sebelah mata dan beli IC ni. Hal guna ke tak guna tu kita fikir kemudian. Mana tahu nanti habis gas kat rumah boleh la rasmi. Hi hi hi...