Monday, March 16, 2015

Kek Marble

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 
 
Selamat bercuti sekolah ye untuk cikgu-cikgu dan anak2 murid semua...
  
Bulan ni nampaknya asyik termiss aje nak update blog. Dengan kesibukan yang dah mula menyapa... tugas itu ini memang tak ada masa nak ngadap komputer. Tapi hari ni nak belanja korang semua dengan kek marble yang dah lama saya buat ni. Walaupun namanya cuti, tapi yang nyata tak pernah cuti dari tugas2 hakiki ni...
 



Kebetulan satu hari yang saya dah lupa bila tu terasa-rasa sangat nak makan kek butter, jadi skodeng sana sini terjumpa resepi perkongsian Cik Laili, nampak macam ok aje, jadi as usual saya cuba buat setengah adunan, dapat tak banyak mana cukuplah nak makan sendiri.

Korang time cuti2 ni banyak anak2 burung yang selalu lapar tu kan... apa kata cuba buat kek ni petang karang, kompom memang habis punya lah... Cuba tau...

BTW... tq Cik Laili....


Resepi Kek Marble
oleh : ciklaili.com

Bahan-bahan :
250g butter atau marjerin
150g gula
250g tepung naik sendiri
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
½ cawan susu pekat manis
1 sudu serbuk koko

Cara-cara membuat kek marble : 
1. Pukul butter dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4. Tuang esen vanilla dan susu - pukul sehingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Masukkan serbuk koko ke dalam 1 bahagian adunan.
6. Tuang adunan ke dalam loyang secara berselang seli (ikut kreativiti anda).
7. Bakar di dalam oven selama 45-50 minit dengan suhu 170 darjah.

 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

4 comments:

  1. cantiknya kek marble..sedap juga ni buat sarapan pagi.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jugak Wana... sambil dicicah dengan teh O...

      Delete
  2. alahai sedapnyer nengok kak oi... dana kalu kek marbel suke coklat ngn oren... boh parutan kulit limau sodap betui bau dia time msk tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun suka yang versi oren tu Dana tapi pepaham ajelah bila dok kg ni alat2 semua tak lengkap...

      Delete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]