Thursday, September 17, 2026

Sek Kita Corner, Lebuhraya Machang-Kuala Terengganu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya ni dah hampir 6 tahun balik kerja di Kelantan, tetapi sayang banyak tempat yang masih belum diexplore. Tambah-tambah kalau kedai makan, jangan tanya mana tempat yang sedap yang murah yang wajib kena kunjungi. Sama juga dengan kedai makan ni, alkisahnya jumpa masa pusing-pusing kampung. Nak makan dekat kedai lain tutup, tengok tengok kedai ni buka singgahlah. Rupa-rupanya kedai ni tersohor jugak di kalangan penunggang dan pembonceng motor kerana letaknya betul-betul di tepi Lebuhraya Machang - Terengganu.


Banyak jugak menu yang dijual. Yang tersohor pastinya mi celup dan roti canai. Yang lain-lain masakan panas boleh request

Thursday, September 10, 2026

Danau Dringo

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Masa pergi sini, jalan masih bertanah merah, mungkin sekarang ni dah berturap helok. Danau Dringo terhasil daripada tinggalan kawah gunung berapi. Ianya merupakan danau yang tertinggi di Jawa Tengah iaitu 2265 meter dari aras laut dan sering juga dikenali sebagai  Ranu Kumbolo-nya Dieng
 

Pemandu pelancong kami yang sangat sporting Dwimenjeng tukang bawa jalan. Maklumlah semuanya perempuan... Di sini jugaklah saya hampir-hampir hilang telefon bimbit, ingatkan dah jatuh kat mana-mana, rupa-rupanya tersorok dalam di celahan seat kereta. Dalam post ni tak banyak cerita sangatlah sebab dok renung tenung ke danau kolam itu ajelah

Monday, September 7, 2026

Kawah Candradimuka

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Kawah Candradimuka antara kawah aktif yang ada di kawasan Dataran Dieng. Seingat saya ia merupakan satu kawah yang berada di kawasan curam, tetapi mempunyai laluan tangga untuk melihat lebih dekat. Kawah ini sentiasa mengeluarkan asap putih tebal yang berbau seperti telur busuk. 


Laluan ke kawah ini boleh sampai dengan berkenderaan. Di kawasan ini juga ada aktiviti pertanian barangkali kerana tanah yang subur dan cuaca yang sesuai. Penempatan penduduk tak pasti pulak ada ke tidak sekitar sini sebab udara yang tak berapa nak bersih pada pendapat saya..

Sunday, September 6, 2026

Batu Ratapan Angin

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Menurut Wikipedia,  Batu Ratapan Angin ni mendapat nama dari kewujudan dua batu besar di sebuah puncak bukit. Di kawasan ini jugak ada kedengaran suara angin yang berhembus, sehingga kedengaran seperti suara yang sedang meratap. Tapi sepanjang saya dok situ tak ada la pulak berbunyi apa-apa, kalau kata ada bunyi takdenya saya nak bertenggek melepak di situ. Hahaha... Cumanya di situ memang terasa dingin, mungkin sebab kedudukannya di tempat yang tinggi. Serius cakap, tak boleh lama-lama di situ sebab gayat. 


Seingat saya tak nampak jambatan ni di mana. Saya melalui kebun tanaman sebelum bergerak melalui jalan curam. Nak ke tempat pandang tu tak la semudah ABC ye, kena acah-acah trekking sikit


Saturday, September 5, 2026

Kawah Sikidang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Kawah Sikidang ni antara kawah aktif yang ada di Dieng. Dinamakan Sikidang  sempena mengambil bahasa Jawa "kidang" yang bermaksud melompat-lompat. Dalam kawasan ni terdapat satu kawah yang sentiasa mendidih dan mengeluarkan asap putih tebal dengan bau yang kurang menyenangkan. Gitulah kalau saya faham setelah Google pasal kawah ni. Nak cerita pun tak pandai berkait dengan dunia geologi ni. Saya ibarat bila orang bawa ke sini, kita layanlah apa yang ada..


Tengok ke suasananya macam padang jarak padang tekukur. Mungkin keadaan semulajadinya memang begitu. Selain group kami, ada ramai juga pelancong yang ke sini. Untuk melihat keajaiban ciptaan Tuhan barangkali..

Friday, September 4, 2026

Kedai Lina Mee Celup, Jeram Pasu, Pasir Puteh

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Kalau rasa malas nak  masak, berhenti ajelah kat kedai mana-mana, order dan terus boleh menjamu selera. Cuma, samada kena atau tak dengan selera.. Saya pun gitulah, cuma kadang-kadang malas nak menyinggah dengan budak kecik tu. Kadang-kadang kena singgah jugak sebab jenuh nak masak untuk 3 mulut di rumah.


Kedai ni letaknya di jalan Jeram Pasu - Padang Pak Amat, sebelum Sekolah Sains Pasir Puteh. Memang laluan saya pergi balik kerja. Kedai dia ni memang menjadi tumpuan, budak-budak sekolah memang sokmo berhenti makan sebelum balik rumah. Selain dari mi celup, banyak jugak menu lain yang ada, termasuklah nasi. Harga pun sederhana tak mahal tak murah