Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Saya ni dah hampir 6 tahun balik kerja di Kelantan, tetapi sayang banyak tempat yang masih belum diexplore. Tambah-tambah kalau kedai makan, jangan tanya mana tempat yang sedap yang murah yang wajib kena kunjungi. Sama juga dengan kedai makan ni, alkisahnya jumpa masa pusing-pusing kampung. Nak makan dekat kedai lain tutup, tengok tengok kedai ni buka singgahlah. Rupa-rupanya kedai ni tersohor jugak di kalangan penunggang dan pembonceng motor kerana letaknya betul-betul di tepi Lebuhraya Machang - Terengganu.
Banyak jugak menu yang dijual. Yang tersohor pastinya mi celup dan roti canai. Yang lain-lain masakan panas boleh request
Ada roti canai. Sedap jugak sebab rangup
Kalau kedai roti canai yang wajibnya ada gula deh,,, Kacang butir tu bolehlah kunyah kunyah dulu sementara menunggu order sampai
Saya makan nasi sup keting, sedap weh sup dia masam masam cuma tak pedas langsung sebab nak suap anak. Kalau kata bubuh lada sikit aduhhh.. Didatangkan dengan kawannya telur dadar jugak
Nasinya ya ampunnnnn mintak nyawa. Tak tahulah memang gitu portion dia atau dia tengok saya kesian kelaparan. Penuh satu pinggan sampai kena makan 3 orang
Roti canai kosong, memula order dua biji, tetapi dengki pulak anaknya minta order lagi satu. Cuma kuah agak kureng sikit, tapi masih eatable...InsyaAllah lain kali boleh repeat lagi. Oh ya...kadang-kadang rasa seriau sebab jalan besar, kenderaan laju-laju. Tambah-tambah kalau lori treler tu...memang mengucap dibuatnya
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

Akak sekarang ni mission food hunting je dah. seronok kalau dpt ke Kelantan. mcm2 makanan yg blh dimakan.
ReplyDeleteBanyak masa lagi untuk explore tu
ReplyDelete