Monday, September 7, 2026

Kawah Candradimuka

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Kawah Candradimuka antara kawah aktif yang ada di kawasan Dataran Dieng. Seingat saya ia merupakan satu kawah yang berada di kawasan curam, tetapi mempunyai laluan tangga untuk melihat lebih dekat. Kawah ini sentiasa mengeluarkan asap putih tebal yang berbau seperti telur busuk. 


Laluan ke kawah ini boleh sampai dengan berkenderaan. Di kawasan ini juga ada aktiviti pertanian barangkali kerana tanah yang subur dan cuaca yang sesuai. Penempatan penduduk tak pasti pulak ada ke tidak sekitar sini sebab udara yang tak berapa nak bersih pada pendapat saya..



Nah, nampak tak betapa cerunnya kawasan kawah ni? Saya memang tak teringin nak lebih dekat, yelah memandangkan kita ni orang luar, payah pulak urusannya kalau ada apa-apa. Cukuplah sekadar terhendap-hendap dari jauh


Nampak macam ada 2 kawah di situ dan ditengah-tengahnya elok ada laluan bertangga yang dihasilkan secara manuah dengan menarah bahagian tebingnya. Membayangkannya saja saya sudah seriau, apatah lagi nak menuju ke sana..


Berada di sini kalau tak memikirkan bau busuk, memang syok jugak tau sebab persekitarannya agak panas, memang sesuai dalam kesejukan di kawasan tanah tinggi


Nah, kasi zoom sikitlah. Mungkin agak dalam, atau tak tidaklah dapat dipastikan. Kalau kata macam air panas kat tempat kita ni bolehlah rebus telur ye dak... Apapun satu pengalaman baharu dapat melihat ciptaan Tuhan di tempat orang ^_^

 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]