PAGES

Thursday, June 30, 2011

Light Cheese Cake


Good evening eberibodi....

Ooooooo aku tergoda...aku tergoda terkesima! 

Ewahhhh.... menyanyi pulak petang2 ni... Suka suka suka... Suka sebab berjaya jugak akhirnya menerai resepi Ha-sue ni.
Sape yang belum try lagi ciskek ni sila angkat tangan cepat...... Meh cikgu kasi promo sikit... Asik dok tengok orang tayang je...tergugat jugak iman ni tau... memandangkan cream cheese dok memanggil-manggil lam esbok tu, cepat2 la menyelongkar dapur Ha-Sue menengok dan meneliti tutorial tersedia... Resepi ni cheq sue dah bookmark 13 Jum lagi...sampai 30 Jun baru ada hasilnya. Kemain lama dok peram tu... Sepanjang hidup ni dah pernah la 4 5 kali buat ciskek...bukan la penggemar pun...tapi saja nak buat. Makan seketui dua dah xnak la... Kalau peminat ciskek tegar tu agak2 buleh abes sebiji ni... sesuai sgt kalau nak makan 2 3 orang. Adunan ciskek ni x la banyak sgt...sekali hadap je licinnnn...
Pada pemerhatian cheq sue... resepi ni agak2 ok jugak... cuma bila cairkan cream cheese dengan susu tu, dia tak larut sgt la... tapi puas hati jugak sebab kek ni tak hangus...pasti sekata je. kat atas tu ada cedera sket...overheat kot... kalau nak dibandingkan dengan ciskek kat kedai yang regenye 5 6 puluh hengget tu memang kalah la...tapi cukup sedap dah ni...
As usual, cheq sue godek kek ni malam tadi...tunggu sampai balik sekolah baru potong dan posing... Sempat lagi ni taruk lan esbok...kasi sejuk sket baru nyaman nak makan.. Sue...cheq sue kopipes sini ak eh resepinya...kot nak buat lak lenkali.. Kengkawa sabar ye...tengok aje dulu... makannya karang... ^_^



LIGHT CHEESE CAKE
Sumber : Sue-Hasue
Tutorial : Sue-Hasue
Cuci mata : Izahdaut Dapur Maklong, Kak Rossitam, love2cook-msia

Bahan-bahan
• 125g cream cheese
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

Cara-cara
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.

12 Barisan

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:

"Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati
jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka
inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
"Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
"Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
"Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.
"Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.
"Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan
keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."


Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.....Wallahua'alam.

Wednesday, June 29, 2011

Masak Lemak Pucuk Meranti & Ikan Goreng Tempoyak

Assalamualaikum dan selamat malam....

Alhamdulillah...nikmatnya berpuasa hanya pada yang melaluinya. Sesape yang turut berpuasa harini tahniah ye cheq sue ucapkan... Apa juadah berbuka tadi? Mesti sedap kan... Cheq sue petang tadi berbuka dengan sayur lemak pucuk meranti dan ikan goreng tempoyak. Aduhhhh....agak2 sampai tak kat rumah korang bau tempoyak tu? He he he....
Dah lama teringin nak makan sayur lemak ni... Rindu dengan masakan kampung... Eh, ada orang tak kenal ke pucuk meranti tu camana? Bukan.... bukan meranti pokok balak tu ye.. tapi meranti ni pokok renek je... selaian sedap dimasak lemak, meranti ni sedap jugak dicelur dan dicicah sambal belacan atau budu. Rasanya ada pahit2 sket...maklumlah ada khasiat perubatan kan. Cheq sue pun dok sini baru kenal...dok tgk pekerja ambik...bila tanya diorang kata sedap. Kat bawah ni ada cheq sue tunjukkan gambar pucuk meranti tu.


Balik sekolah tadi alhamdulillah tengok ada sepokok tumbuh berdekatan garaj... jadi rezeki cheq sue dah la yer... Kalau diperatikan dekat pucuk2 ni ada banyak semut... kene bersih betul2 la bila nak masak tu.
Untuk ikan goreng tempoyak tu pulak... cheq sue hanya menggunakan pes tempoyak belen ikan cencaru sumbat tempoyak  aritu. Rasa2 elok lagi.  Caranya, ikan macam biasa digaram kunyit dan digoreng. Kemudian tumiskan pes tempoyak dan tambah sedikit air. Pastu gaulkan aje dengan ikan yang digoreng tadi. Simple kan?

Jom tengok resepi ni yer...

***mmmmmmmm aci tak tayang pucuk meranti je dulu...cheq sue xleh nak haplod gambar nih... aci la kan...


MASAK LEMAK PUCUK MERANTI
Sumber : Sendirian Berhad

Bahan-bahan :
- seikat pucuk meranti
- 2 biji bawang merah
- sedikit lada hitam
- sedikit kunyit hidup
- sedikit ikan bilis / kiub ikan bilis
- santan dari setengah biji kelapa

Cara membuatnya :
- tumbuk lumat lada hitam, bawang merah dan kunyit hidup
- masukkan ikan bilis dan tumbuk kasar
- masukkan santan ke dalam periuk
- tambahkan bahan-bahan yang telah ditumbuk dan pucuk meranti
- masak hingga pucuk meranti layu
** kalau nak pedas boleh ketuk 2 3 biji cili api. Kalau nak tambah isi ikan pun boleh

Caramel Cheese Pudding

Nampak suci aje puding ni... Masa ni tengah suam2 sejuk

Salam petang Rabu semua...

Di petang yang permai nian ni meh la layan puding keju cheq sue ni... walaupun puding ni telah dibuat malam tadi...belum rasmi lagi ni tau...belum cuba lagi. InsyaAllah Maghrib nanti baru dapat masuk mulut.. Puding keju karemel ni asasnya macam puding gula hangus je tapi ditambah sedikit cream cheese ke dalam adunannya. Yang pastinya puding ini lebih lemak dan more tastier than caramel pudding tu... (memetik kata2 tuan puanya resepi & Noorsha....)

<Mine!>

Bila sebut tentang cream cheese ni...dah lama dok tergolek lam peti tuh.  Hajat nak cuba light cheese cake belum jadik jadik lagi. Rasanya kalau beli Philadelphia, dah lama masam. Maklumlah, dah berapa kalu kuar masuk peti. Tapi yang cheq sue beli ni brand Tatura, agak tahan jugak sebab dibungkus dalam plastik. So satu bongkah cream cheese tu cheq sue bagi dua. Nampaknya esok lusa memang dah kena cuba la cheese cake tu... Kalau tak sayang je beli mahal-mahal.
Resepi ni buleh tahan lama jugak dok dalam list...Bila tengok tuan dia tayang...pastu ada pulak orang lain follow....kite pun terbakor jugak la...terus je try. Dan as usual..ada la sedikit penyalahgunaan resepi dilakukan demi keselesaan tuan yang membuatnya. To the owner... cheq sue CnP here okeh...

Tergoda? Awww.....

CARAMEL CHEESE PUDDING
Sumber : Yani 
Cuci mata : Noorsha

Bahan-bahan
[ Karamel ]

  • 70g gula
  • 2 sudu kecil air
  • 2 sudu besar air suam
[ Puding ]
  • 180g cream cheese
  • 70g gula pasir
  • 1 biji telur kuning
  • 3 biji telur cheq sue jadikan 4 biji telur
  • 450g susu segar
  • 1 sudu besar jus lemon ( limau nipis/limau kasturi pun boleh) cheq sue tak masukkan
Cara-cara
  1. Sediakan karamel : Panaskan gula dengan 2 sudu kecil air sehingga perang. Kemudian masukkan 2 sudu besar air suam. Tuangkan ke dalam loyang yang sesuai.
  2. Pukul cream cheese dgn gula sehingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan telur lain sebiji demi sebiji sambil dipukul sehingga sebati. ( Tak perlu kembang)
  3. Panaskan susu sehingga hampir mendidih. Kemudian tuang ke dalam no.2 tadi. Kacau sekata.
  4. Tuangkan adunan puding ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Alaskan loyang dengan bekas lain yang berisi air. Bakar dengan suhu 160 celcius selama 40-45 minit.
  6. Sejukkan sebelum dihidang.

Novelog 2 : Kisah Aku Dan Dia - Ep. 23


Firdaus memandang Iman. Lama dia terpaku di situ. Menghayati keindahannya. Hatinya berasa berat untuk balik ke KL tapi sudah terlalu lama di sini. Hampir sebulan. Pasti banyak kerja yang sedang menantinya. Betapa dia sentiasa ingin di sisi gadis itu namun apa daya, Iman bukan miliknya. Dia tidak boleh mengikut kata hatinya yang sentiasa meronta-ronta.
Iman menyedari yang Firdaus sejak dari tadi merenungnya. Lelaki itu tidak berubah. Sejak dulu renungannya mampu mencairkan sesiapa saja. Dia meneruskan kerjanya merumpai di taman mini rumahnya. Hanya itu yang mampu dilakukan untuk meneman Firdaus yang ingin berbicara dengannya.
“Abang jadi balik hari ni?” Dia memula kata setelah membiarkan sepi menguasai pertemuan itu.
“Kalau diikutkan hati abang memang tak mahu balik tapi nak buat macam mana, abang perlu bekerja. Banyak yang perlu abang bereskan kat sana. Kalau boleh abang sentiasa mahu bersama Iman.” Jujur pengakuannya.
Iman membuang pandangannya ke bunga ros Jepun yang merah melata di lantai tamannya. Kata-kata Firdaus menakutkannya. Apakah dia Firdaus sudah lupa yang dia masih lagi dalam edah?
“Iman boleh jaga diri Iman bang. Iman akan jaga kandungan ni baik-baik. Tak perlu abang risaukan. Lagipun mak lang kan ada. Dia boleh bantu kalau Iman ada apa-apa.”
“Baguslah kalau macam tu. Lega hati abang mendengarnya.”
Iman tersenyum dengan keprihatinan Firdaus.
“Abang sebenarnya ada sesuatu nak dicakapkan dengan Iman.” Lelaki itu menyambung kata. Perlahan saja nadanya.
“Sebenarnya abang nak Iman tahu yang abang masih sayangkan Iman walaupun Iman dah kahwin. Abang tetap berharap dapat memiliki Iman satu hari nanti tapi abang tak pernah mendoakan terjadinya perkara sebegini. Setelah kematian Rezal abang rasa abang patut bertanggungjawab terhadap Iman. Abang harap Iman dapat memberi peluang pada untuk membuktikan kasih sayang abang yang tulus.”
Tergamam dia dengan kata-kata Firdaus. Buat masa ini dia tidak ingin berkongsi kasih sayang Rezal dengan Firdaus. Dia hanya dapat menerima Firdaus sebagai seorang sahabat yang boleh menjadi tempatnya bercerita dan meluahkan perasaan. Namun tiba-tiba kalimat yang pernah diucapkan Rezal kepadanya satu ketika dulu menerjah ingatan.
‘Kalaulah ditakdirkan tuhan abang pergi dulu, abang nak Iman bersama semula dengan Firdaus sebagai pengganti abang’.
Fikirannya bercelaru. Dia memohon pada tuhan agar memberinya petunjuk!

*****
Hari-hari yang berlalu terasa begitu indah sekali. Walaupun jauh dari keluarga, kasih sayang tak pernah surut dalam hidupnya. Mak lang sekeluarga, Dahlia dan rakan sepejabatnya banyak memberi sokongan dan dorongan untuknya teruskan hidup. Dan yang paling ketara ialah perhatian yang ditunjukkan oleh Firdaus. Walaupun berada jauh di Kuala Lumpur namun setiap hari dia akan bertelefon. Kalaupun tidak lama, pasti akan ada walau cuma sekadar bertanya khabar.
Entahlah…sukar untuk dia menyelami perasaan Firdaus. Lelaki itu juga tidak segan bertanyakan bayi dalam kandungan seolah itu adalah anaknya. Kadang kala ada juga tersasul dipanggil dengan panggilan baby. Pernah juga dia bahasakan dirinya dengan panggilan papa. Tergelak dia mengenang kembali saat-saat itu. Tapi yang pastinya dia tetap sedih mengenangkan anak itu yang bakal lahir tanpa dapat merasa kasih sayang bapanya yang sebenar.
Hampir dua bulan usia kandungan, perutnya masih belum menunjukkan perubahan. Dia masih boleh memakai baju kurung kegemarannya atau bergaya dengan sut labuh. Masih maintain lagi! Tidak sabar dia mahu mengenakan fesyen baju mengandung. Walaupun masih awal sudah tiga helai koleksi ‘Modern Mum’ berada dalam almarinya. Dia tersenyum sendirian membayangkan keadaannya dengan perut yang memboyot ke hadapan. Tentu kelakar. Dahlia pun tidak habis-habis mengusiknya.
Sedang dia melayan perasaan di taman mininya, Dahlia datang mengunjukkan telefon bimbit. Firdaus katanya, sambil tersenyum simpul.
“Assalamualaikum.” Iman menyapa dahulu.
“Waalaikumussalam. Iman buat apa?  Baby apa khabar?” Banyak betul pertanyaan yang keluar dari bibir Firdaus.
“Iman sihat aje. Bayi pun sihat. Iman dekat taman ni. Saja nak ambil angin petang. Duduk aje dalam rumah pun bosan jugak.”
“Sebenarnya abang tak dapat ke Penang minggu ni sebab abang kena out-station ke Indonesia. Sorry ya.”
“Eh, tak apa. Iman tak kisah. Kerja abang lebih penting.”
“Kalau macam tu abang akan datang selepas abang balik dari sana. Lagipun abang dapat cuti dua hari.”
Firdaus begitu tidak senang tidak dapat menemui Iman. Mereka tidak berjanji pun sebenarnya tapi atas rasa tanggungjawab, dia tetap mencari peluang untuk ke sana.
Lain pula dengan Iman, walaupun dia tidak menghalang Firdaus hendak datang atau tidak, tapi berita yang dibawa oleh lelaki itu kali ini menggembirakannya. Dia suka jika Firdaus melawatnya tapi agak sukar untuk dia menerangkan kepada masyarakat sekeliling. Walaupun dia sudah bergelar janda, dia tidak mahu ada yang membawa mulut mengenainya. Memang dia merasakan kasih sayang Firdaus tapi naluri mudanya tidak perlu diikutkan sangat…

*****

Iman termengah-mengah. Walaupun tidak melakukan kerja berat, namun asyik berulang alik ke Jabatan Pengurusan membuatkan kakinya terasa lenguh. Baru saja dia hendak melepaskan rasa semputnya, Zaryn menjengah ke bilik.
“Iman, boss nak jumpa sekarang.”
Ha…malasnya! Ada apa pulak Mr. Joe nak jumpa aku ni?
Dia sekadar menganggukkan kepala.
Segera dia  bangun dan membalas senyuman Zaryn.
“Masuk!” Mr. Joe menyahut dari dalam bila Iman mengetuk pintu biliknya.
Lelaki yang berumur hampir lima puluh tahun itu tersenyum memandangnya.
“Hai Iman. Sila duduk.”
Iman menurut. Kakinya sudah tidak upaya benar. Matanya melihat saja Mr. Joe menyudahkan kerjanya. Di fikirannya timbul pelbagai persoalan. Mr. Joe jarang memanggil stafnya kecuali jika ada kesalahan yang dilakukan.
“Ada apa Mr. Joe panggil saya?”
“Saya saja nak jumpa dengan kamu Iman.”
Eh dia ni…sempat lagi buat lawak…
Sememangnya itulah sifat Mr. Joe yang disukainya. Mesra dengan sesiapa sahaja.
“Sebenarnya pihak syarikat telah bersetuju untuk transferkan awak ke Kuala Lumpur sempena dengan pembukaan satu lagi cawangan kita di sana.”
Transfer ke KL?
“Kenapa saya yang dipilih? Rasanya ada lagi yang lebih berpengalaman dari saya.”
“Iman, kamu ada potensi untuk terus maju dengan kerjaya kamu. Di sini keadaannya berbeza dengan di sana. Bagi saya peluang untuk kamu lebih terbuka di sana. Dua minggu lagi kamu akan mula bertugas di tempat baru.”
Mahu tak mahu terpaksa dia memaniskan muka dan menganggukkan kepala. Segera dia keluar. Penat otaknya fikir perkara yang dikatakan oleh Mr. Joe tadi. Perkara yang paling malas hendak dia lakukan adalah berpindah. Dahlah banyak barangnya, terpaksa pulak fikir hal-hal lain di tempat baru. Tambahan pula dalam keadaannya seperti sekarang ni… Tapi elok juga, KL dah tak jauh dengan Kota Tinggi. Bolehlah dia balik selalu nanti.
Dengan pantas dia menekan nombor telefon Firdaus. Hanya lelaki itu yang diharap dapat menolongnya.
“Assalamualaikum. Abang dekat mana ni?”
“Abang baru je lepas meeting. Kenapa?”
“Iman ada hal nak minta tolong abang. Iman ditransfer ke KL. Nanti abang tolong Iman pindah barang ya.” Slow je suaranya.
Rasa tak percaya pun ada dengan berita yang didengarnya. Betul ke ni?
Transfer? Boleh. Nanti inform dengan abang ok.”
Mendengar kata-kata Iman, ada sinar gembira di wajah Firdaus. Transfer ke KL bermakna makin dekatlah mereka berdua! Tidak sabar dia menunggu detik itu.
Firdaus terpaksa mengambil cuti kecemasan pada hari Isnin untuk menolong Iman menyelesaikan pemindahannya. Hari Jumaat yang lalu selepas sembahyang Jumaat, dia ke Pulau Pinang dengan GTInya. Ibu bapa Iman turut berada di sana menolong anak gadis mereka mengemaskan barang-barang. Pada mulanya dia agak segan dengan bapa Iman tambahan pula bila mengenang kembali apa yang lelaki itu katakan padanya dulu tapi kerana dia sudah berjanji dengan Iman dan hanya dia yang biasa dengan jalan di KL, hatinya rela. Di KL nanti Iman akan tinggal di Setiawangsa, tidak jauh dari rumahnya di Keramat. Pejabat mereka pun tak jauh.
Pada petang Sabtu barulah siap segalanya. Barang-barang telah dimasukkan ke dalam sebuah lori kecil yang disewa khas. Pada pagi esok mereka akan bertolak ke Kuala Lumpur. Malamnya Firdaus menumpang tidur di rumah mak lang setelah kekenyangan di jamu oleh Iman. Apa lagi kalau bukan nasi berlaukkan asam pedas kegemarannya. Sempat juga mak lang sekeluarga mengusiknya. Hisyam lebih-lebih lagi setelah mengetahui kisah lama dia dan Iman.
Dia teringat kembali apa yang berlaku siang tadi. Bapa Iman tidak banyak bercakap dengannya. Berlainan pula dengan ibunya yang begitu mesra. Berbual itu dan ini dia rasakan seperti sudah kenal lama. Agaknya bapa Iman masih lagi teringatkan perkara lama. Tak apalah. Walau apapun yang orang tua itu fikirkan, yang penting dia tahu bahawasanya dia ikhlas menolong Iman tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
Pagi Ahad.
Dalam lingkungan 10 pagi, mereka sudah bersiap dan bersedia untuk bertolak ke KL. Encik Idris duduk di depan sementara Iman dan ibunya selesa di belakang. Lori yang membawa barang-barang mengekorinya. Dalam perjalanan, tidak banyak yang dibualkan. Encik Idris sekadar membuang pandangannya ke luar. Menikmati keindahan kiri kanan jalan yang terbentang di depan mata. Firdaus pula menumpukan perhatian pada kereta yang dipandunya. Sekali sekala sempat juga dia mencuri pandang wajah Iman yang ayu mengenakan overall melalui cermin. Agaknya seri ibu mengandung menampakkan dirinya agak lain dari dulu.
Dua jam memandu, dia membelokkan kereta ke R&R Tanjung Malim. Penat sudah terasa dan perut juga sudah berlagu minta di isi. Hampir sejam berehat di situ, perjalanan diteruskan kembali kerana dia mahu tiba di Kuala Lumpur sebelum malam menjelma. Seperti tadi juga, hanya lagu dari audio yang terpasang mengisi kesunyian suasana. Memandang ke belakang Iman dan ibunya sudah lena. Mungkin akibat keletihan. Cuma Encik Idris saja yang masih menemannya.

Roti Arab La Konon...


Hah...saje nak tayang
menu ni bukan cheq sue buat okeh...
tapau dari kantin lepas abis tambahan
cheq sue kan puasa...
nampak menarik je kengkawan dok santap benda nih
so bungkus la balik 3 bijik
sekali dengan kuah kari
ingatkan roti arab...
sekali
kulit karipap daaaaaaaa............
eh boleh jugak macam tu ye?
he he he

Tuesday, June 28, 2011

Sup Telur Cendawan

Selamat sejahtera semua...

Harap2 korang bahagia je malam2 ni ye... Amacam dinner? Ada baik kah? As mention before, dengan kehabisan stok lauk pauk kat umah ni...telur la menjadi satu pengganti a.k.a alternatif terbaeeeeek untuk disantap. Hummmm walaupun sejak azalinya cheq sue bukanlah penggemar juadah telur...kalau diberi pilihan jatuh nombor penghabisan la si telur nih. Tapi apakan daya, dek memenuhi tuntutan perut ini...maka terciptalah resepi nan ringkas lagi maveless ini.... Tang cendawan tu pulak biasalah, belen yang semalam punya... Pastu makan ngan nasik...rasa2 macam makan kat asrama lak yer... xde peneman2 nye... nasik dan sup aje... huuuuuuuuuuuuuuu...............

SUP TELUR CENDAWAN
Sumber : Sendirian Berhad

Bahan-bahan :
- sebiji telur
- semangkuk cendawan tiram
- 2 batang daun sup
- 2 biji bawang putih (ketuk)
- setengah biji bawang besar (hiris)
- sedikit halia (ketuk)
- 2 biji cili api (ketuk)
- 1 sb rempah sup
- rempah 3 sekawan : kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
- gula, garam, lada sulah, kuib ayam secukupnya

Cara membuatnya :
- panaskan minyak dan tumis bawang-bawang,rempah sup, halia dan rempah 3 sekawan hingga wangi
- masukkan cendawan, goreng sebentar dan tambahkan air
- masukkan kiub ayam, cili api dan masak hingga mendidih
- kemudian pecahkan telur dan biarkan seketika
- masukkan daun sup, lada sulah, gula dan garam secukupnya
- sedia dinikmati

Puding Balqis Keladi

Selamat petang kawan-kawan....

Puding balgis ni cheq sue buat malam tadi, khas untuk berbuka petang ni. Semalam xde pemanis mulut, masam je cheq sue...tu yang cepat2 godek dan simpan je dalam peti ais. untuk adunan Kak Nor ni cheq sue buat separuh je...agak2 la bahan tu dibahagi dua. tapi tang agar2 tu terlebih sudahhhh.... so puding ni jadi agak keras sikit macam agar-agar pulak. rasanya pulak xde la manis sgt...cukup la untuk si gadis yang sudah sedia manis nih...
Cara nak membuat puding ni teramat la senang...alaaaaaa macam kita buat puding yang biasa tu je la...cumanya cheq sue ganti susu cair tu dengan low fat milk..dan tambah sedikit esen keladi. bila dah buat separuh adunan ni sikit la pulak rasanya, tu yang malas nak melayer bagai... Pada sesape yang nak cuba tu, cheq sue dah kopipes resepinya... mintak halal ye Kak Nor....


Guna acuan tat aje...dapat dalam 7 biji. kat dulang ni ada 6 je sebab 1 dah makan. Sebijik simpan petang ni, yang lima lagi bawak pi sekolah bagi kawan
PUDING BALQIS
Sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan :
-1 paket agar2 serbuk (10gm)
-450ml air
-150ml susu cair
-2 biji telur gred A
-5 sudu besar gula pasir
-3 sudu besar butter
-1 sudu teh esen vanila
-pewarna mengikut citarasa masing2

Cara membuatnya :
-Masakkan serbuk agar2 dgn air dan gula hingga mendidih.masukkan butter dan susu cair. Masak lagi hingga mendidih sambil dikacau.
-Masukkan vanila dan padamkan api. Biarkan seketika (lebih kurang 15 - 20 minit) sehingga agar2 suam2 panas.
-Pukul telur hingga betul2 kembang (buang tali pusat telur utk menghilangkan bau hanyir telur) dan masukkan adunan agar2 kedalam bekas berisi telur td dengan perlahan2. Kacau hingga sebati.
-Bahagi adunan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna yg disukai. Kacau hingga serata warna adunan puding td.
-Sendukkan adunan puding ke dalam bekas atau loyang secara selang seli hingga habis. Untuk meletakkan lapisan yg kedua tu pastikan diletak perlahan-lahan di bahagian tepi dan jgn dibahagian tengah supaya ia tak terus masuk dalam lapisan yg pertama.
-Sejukkan dalam peti ais sebelum menghidang.

"saya nak join bloglist ilasuhaila"

sape nak join click here

entah segmen ni dah tutup ke idok
Tapi semangat nak join
sebab
Owner blog ni
sama macam I
Rasa-rasa
Kitowang ni punya nama yang sama kan...
kan kan kan
(^___^)

Malam Pengantin (Lawak okeh...bukan lucah)



Fuyooooooo.....nie lah first time aku berader didlm bilik dgn seorang  wanita..macam jakun darat siot. Ye seorang wanita yg bergelar isteri, isteriku yg sah. Macam beruk dah kehilangan idea, aku duduk melangok kat atas katil memerhatikan isteriku yg dari tadi menyisir rambut di hadapan lemari solek. Mati kutu aku dibuatnyer, org ramai kat luar, sumer nyer sedare mare pihak isteriku, mereka bermalam disini, maklumlah dah penat bertungkus lumus menyenggelarakan majlis persandingan kami siang tadi. Penat memanglah penat, tapi di saat saat indah begini penat menat nie sumer tak main ah...tolak tepi dulu. Tapi sekarang yg menjadik tande soal ialah camner aku nak mulerkan... yelah nak approach isteriku?....Maklumlah bukannyer pernah aku buat kerja camgini. Aku peratikan isteriku sambil terpikiaq kat kepaler hotak aper plan atao script yg hendak aku keutarakan...takkan nak duduk je sampai pagi beb. "Abg ngantok??" isteriku bersuara..berderao aku dengar suara dia yg lunak merdu (ye lah baru kahwin lunak lah merdu lah....cuber dah sepuluh dopuloh tahun kahwin...kontrektor piling pun kao cakap lagik sedap). Berbekalkan t-shirt Byford yg melekat di badan beserta kain pelikat yg terikat dipinggang diikuti dgn muker millenium yg amat menggoder aku pun menjawab "Tidak sayannnggg...abg blom ngantok lagikkk". Isteriku berdiri lalu duduk disebelah ku dgn senyuman yg cukup berpower lagik berkaliber. Aku pun tersengeh macam cipan terkener karen...berdiri...lalu meluru mendapatkan suis lampu.....tup!.....lampu dimatikan......gulap gulita. BEEEPPPPPPPP!!!!! BEEEEEEPPPPPP!!!!! BEEEEPPPPPPPPP! pager aku berbunyik! Maner punyer hamlao suah page aku disaat saat genting begini!Ahhh! buat bodo suah....aku teruskan perjalanan menuju ke tempat isteriku berbaring....... BEEEEEEEPPPPPPP!!!!!BEEEEEEPPPPPP!!!!!!!! BBBEEEEEEEEPPPPPPP! Dia bunyik lagiiiiiiiiii! "Alaaahhhhhhhhh abggggg...saper yg page tuuuuuuu....pergilah response duluuuu" keluh isteriku. Aku mencapai pager aku dan terus keluar dari bilek....dlm bilek aku takder tipon, jadik aku terpakserlah guner tipon diluar. Biler sajer aku keluar dari bilek...org org diluar sumernyer memerhatikan aku..mereka ygdari tadi riuh tetiber senyap...aku hanyer tersenyum, tander hormat sebagai pendatang baru dlm keluarga mereka, terus mendapatkan tipon yg berader di sudut ruang tamu. Mereka terus memerhatikan aku....ader yg tersenyum dan ader pulak yg tersengeh. Bapa mertua aku baru keluar dari dapo, melihat aku dgn tipon di tangan "Astaghfirullaaaahhhhhhhhhh!!!!" dia beristighfar "Kenaper pak?" tanyer aku kehairanan "Maner pergi kain kao Man?" jawab bapak mertua aku 


SEKIAN Pengajaran : Pastikan anda memakai celana dlm biler memakai kain pelikat...dan pastikan yg anda telah pastikan.



    The Story Of My 1st Failed Macaron

    Assalamualaikum...

    Hah...mende hape le yang dinamakan macaron ni... Sumpah...siyes weh cheq sue xtau...tak pernah nampak depan mata...tak pernah rasa lam mulut...  memula kenal macs ni di dalam blog Kak Ita.  Nuni pun dah mencuba sekurang-kurangnya. Dalam MyR pun ada tayang. Tapi dalam blog Kak Ita Masam Manis (resepi asalnya oleh Rima tu disertakan dengan step by step dan siap dengan gambarnya sekali. Di hati ni memang teringin nak cuba...nak la jugak rasa kan. Kalau s'day ada orang tya @ talk about buleh gak cheq sue menyampuk. Juwitafariz, Yani Deco Choco, Nieza Finland pun dah cuba buat dan diorang dapat hasil kawwwww punye. Kata deme, buat macs ni berkehendakkan cuasa yang panas... adui...camana nih, kat CH asik mendung je + sejuk lagi. Harap2 jadik la projek ni.


    Meh nak citer sket... sebab ada belen telur putih buat famous amos tu...memang dah niat nak try buat macaron. Barang2 memang dah siap semua.  Katanya macaron bahan dan barang kena kering...so ikut je step tu. Tapi yang geramnya...pagi tu terang benderang...ceria je buat kukis... bila menginjak ke petang alamak mendung dan hujan pulak. Down kejap. Pastu dalam pukul 4 mentari bersinar pulak. Ceria la kejap. Terus godek ikut step... kejap2 tgk lappy...ikut step kak ita tu. Tapi elok siap hujan mencurah2 kembali. Aduh aduh aduh nak buat macam mana ye... apalagi jemur la bawah kipas... sampai pukul 10 malam. Idok le pulok bende alah tu mengering. Malam tu cheq sue bakar jugak dua dulang, esaited nak tengok. Hah...padan muke...tengok la tuh...terbelah2 kat atasnya...


    So belen dalam 5 6 dulang tu cheq sue simpan bebaik...nak bakar keesokan harinya. Rupa2nya esoknya pun tak sepanas mana, mendung je dengan hujan renyai2... tapi...cheq sue tawakkal jelah bakar macs tu...sayang lak kan. dah tau dah bende tak jadik...xpe...xpe... kita cuba next time... tunggu mentari bersinar yer... Jadi...yang bersalah adalah CUACA okey...cuaca!!!

    Nuni... macs kita sama laaaaaaaa......................

    Monday, June 27, 2011

    Novelog 2 : Kisah Aku Dan Dia - Ep. 22


    Memandang Iman yang sedang nyenyak tidur merupakan satu ketenangan pada Firdaus. Kali ini memberinya peluang untuk meneliti  setiap inci wajah Iman yang putih bersih. Tidak ada yang berubah pada wajah itu kecuali pipi yang kelihatan sedikit tembam. Mungkin disebabkan perubahan hormon. Maklumlah sekarang dia telah hamil dua bulan. Memikirkan kembali perkara yang disebut oleh Dr. Suzana sebentar tadi, dia terasa ingin tergelak.
    Ada ke patut dikata aku ni suami dia?
    Kalaulah perkara itu memang betul, alangkah seronoknya dia. Paling bahagia…
    Sepasang mata yang dari tadi tertutup rapat mula bergerak-gerak. Spontan dengan itu tangannya turut bergerak sama. Firdaus mencapai dan menggenggamnya.
    “Iman dekat mana ni?”
    “Iman di hospital ni. Tadi Iman tiba-tiba pengsan.”
    Pengsan?
    Belum pun sempat dia berfikir lebih jauh, dia menyedari Firdaus menggenggam tangannya. Segera dia menariknya dan menyoroknya di bawah selimut. Dia fikir tak patut Firdaus mengambil kesempatan dalam keadaannya seperti itu.
    Lelaki ni sama saja…
    “Mak mana?” Soal Iman bila dia melihat hanya Firdaus seorang sahaja dalam bilik itu.
    “Mak lang dan pak lang dah balik. InsyaAllah petang nanti mereka akan datang balik. Doktor kata Iman perlu banyak berehat. Abang dah maklumkan pada famili Iman di Kota Tinggi.”
    Apa la Firdaus ni…benda macam ni tak payahlah cakap dengan ibu dan abahnya. Bukannya dekat nak datang dari Johor ke sini. Menyusahkan mereka aje.
    “Doktor ada cakap apa-apa tentang Iman?”
    Firdaus diam. Dia mencari jawapan yang terbaik untuk soalan itu.
    Baru saja dia mengatur ayat untuk memberitahu hal sebenar pada Iman, Dr. Suzana masuk bersama seorang jururawat.
    Kacau daun pulak doktor ni…
    “Dah bangun ya. Macam mana puan rasa sekarang?”
    “Saya rasa lebih baik tapi kepala saya agak pening. Apa masalah saya doktor?”
    “Sebenarnya puan tidak mengalami apa-apa masalah yang teruk. Suami puan tak cakap ke dengan puan?”
    Suami?
    Iman memandang Firdaus yang tersengih macam kerang busuk.
    “Sebenarnya puan mengandung dua bulan. Tahniah! Puan dan suami sudah tentu tak sabar untuk menimang cahaya mata pertama, bukan begitu? Oklah, saya keluar dulu.”
    Tersentak Iman dengan kenyataan yang diberitahu oleh Dr. Suzana.
    Mengandung?
    Ingatannya kembali pada arwah suaminya…pada kenangan indah mereka ketika di Bali…dan pada detik-detik pahit dalam hidupnya. Rupa-rupanya pemergian Rezal telah digantikan dengan benih yang baru hidup dalam rahimnya. Sungguh besar kuasaMu ya tuhan. Tapi mampukah dia melalui semua itu sendirian?
    Air matanya mengalir tanpa sedar. Memandang Firdaus dengan mata yang berkaca…dia berharap sesungguhnya berharap Rezal ada di sisinya!

    *****

    Iman terbaring di katilnya. Kepalanya masih terasa pening walaupun telah menelan 2 biji pil yang diberikan oleh Dr. Suzana. Hendak bangun dan mengambil angin di luar, mak melarang keras. Lagipun dia baru saja balik dari hospital. Seketika kemudian telinganya menangkap bunyi kereta. Mungkin Firdaus sudah balik. Terharu sungguh dia dengan kebaikan lelaki itu. Baru saja sampai ke rumah dari menjemputnya di hospital, bergegas pulak ke airport untuk mengambil ibu dan abahnya yang kebetulan sampai pada masa yang hampir sama. Keluarga mentuanya tidak dapat ikut sama kerana mereka sedang bercuti di Brunei. Mereka hanya dimaklumkan dengan panggilan telefon saja.
    Mak lang menyambut kedatangan ibu dan bapa Iman. Ini baru kali pertama dia bersua muka walaupun selama ini Iman selalu menyebut tentang mereka. Ternyata benar apa yang Iman gambarkan. Yang pasti mereka seperti sudah lama berkenalan. Pun begitu, perasaan risau menghalang ibu bapa Iman untuk berbual lama dengan mak lang dan pak lang.
    “Macam mana boleh pengsan ni?” Ibunya bersuara.
    “Ish awak ni. Benda dah nak jadi. Nak buat camana.” Abah membelanya.
    “Iman tak apa-apa bu. Mungkin Iman penat sangat agaknya. Lagipun Iman tak tahu yang Iman ni mengandung. Kerja dekat pejabat tu berlambak-lambak.” Iman menjawab dengan nada yang perlahan.
    “Alhamdulillah. Tercapai jugak hasrat ibu dan abah nak menimang cucu. Kau mesti jaga kandungan ni baik-baik tau Iman. Walau pun Rezal dah tak ada, kami masih bersama kamu. Ingat tu.”
    Ibu sememangnya gembira kerana bakal bergelar nenek tapi dia rasanya tidak berperasaan begitu. Terlalu sukar untuknya menerima semua ini tanpa Rezal di sisi.
    Tiba-tiba pintu biliknya terkuak dan mak lang muncul menatang dulang minuman dengan sepiring kuih di tangan yang satu lagi.
    “Jemput minumlah ya. Ini aje yang ada.”
    “Buat susah-susah aje awak ni Maznah. Kami berterima kasih kerana awak sudi menjaga Iman seperti anak sendiri.”
    “Itu dah memang menjadi tanggungjawab saya Cik Milah. Saya pun tak ada anak perempuan.”
    Kedengaran pintu dibuka sekali lagi. Muncul wajah Firdaus dan Hisyam.
    “Mak lang…apa yang nak dibeli ni? Mana senarainya?” Firdaus bersuara perlahan, bimbang mengganggu ketenangan Iman.
    “Saya keluar dululah Cik Milah. Anak sedara saya ni bukannya boleh diharap. Suruh beli barang sikit dah tak tahu. Jemputlah minum…”
    Menunggu mak lang keluar dari bilik itu, dia sempat melemparkan senyuman manis pada Iman yang diselimuti gebar merah jambu. Iman hanya membalas dengan senyuman hambar. Memang dia mengakui segala kebaikan Firdaus terhadapnya tapi apakan daya di hatinya masih kental dengan kenangan lama.
    Encik Idris yang terperasan situasi itu dapat mengagak ada sesuatu antara Iman dan anak saudara emak angkatnya itu. Dia semacam biasa dengan nama Firdaus. Bagaikan satu kisah yang kabur perjalanan ceritanya. Ah…biarlah. Dia tidak mahu mengusutkan keadaan. Masa masih ada untuknya bertanya.
    Tanpa disedari, Iman terlelap walaupun ibu dan abahnya masih di sisi. Sememangnya emosi yang tidak stabil menuntutnya berehat lebih sedikit.
    Puan Jamilah dan Encik Idris memutuskan untuk keluar dari bilik itu apabila melihat anak kesayangan mereka melelapkan mata. Sebelum keluar, Puan Jamilah mengucup kudus dahi Iman yang agak kepucatan. Sungguh melimpah simpati dan kasih sayangnya bila mengenangkan nasib anaknya itu. Dia tahu perkahwinan dengan Rezal bukanlah kehendaknya tapi sebagai seorang anak yang sentiasa mendengar kata ibu bapanya, dia akur. Alhamdulillah mereka bahagia namun tuhan memberinya dugaan yang lebih hebat. Kematian menantunya memberikan kesan yang amat pada Iman. Apatah lagi dalam keadaan sekarang…Tentu sukar bagi Iman menghadapi keadaan ini.
    Tabahlah wahai anakku menghadapi cubaan ini…
    Puan Jamilah terasa seperti ingin menangis!
    Bagaikan mengalami perasaan yang sama seperti ibunya, Iman menangis dalam hati. Fikirannya melayang-layang. Matanya yang terpejam menayangkan kembali saat-saat bahagianya dengan Rezal.
    Abang…alangkah indahnya jika abang ada di sisi Iman sekarang. Kita akan bersama menjaga bunga kasih kita ini. Kita akan didik dia dengan ilmu dunia dan akhirat agar dia boleh membahagiakan kita kelak.
    Namun itu tidak mungkin akan terjadi. Dia mesti akur dengan suratan Ilahi terhadapnya.
    Umie akan jaga kamu dan didik kamu walaupun seorang diri. Jangan nakal-nakal tau sayang…Papa telah meninggalkan kamu pada umie sebagai bukti kasih kami. Ingat ya sayang...kita akan mengharungi segala suka duka bersama. Umie akan menyayangimu sepenuh hati.
    Iman mengusap perutnya yang masih seperti dulu. Bagaikan tidak percaya ada sesuatu yang berharga di situ. Perasaannya berbunga indah. Dia menetapkan azam untuk terus tabah demi anak yang bakal lahir itu…Dan demi Rezal, dia akan cuba menjadi Iman yang dulu!

    Paprik Cendawan Sesaje

    Assalamualaikum & Selamat malam...


    Dah dinner ke kawan-kawan oiiii..... cheq sue alhamdulillah selesai sudah. Menu simple je malam ni... stok kat dapo dah zero... so ape yang ada je lah. Cendawan ni cheq sue beli di sekolah pagi tadi, bebudak harvest dapat dalam 5 kg lebih...dapatlah RM 33 hengget dijualnya. Untuk paprik ni pulak, cheq sue lebih suka yang berkuah sikit...xde la nak tercekik makan kering2 gitu. Sayur lak kalau nak masukkan bende2 lain boleh jugak. Paprik kan serasi sgt dengan karot, baby corn, kacang dan cauliflower. Tapi kena agak2 la kang banyak sayur dari lauknya. Untuk ni cheq sue cuma goreng telur dadar je... lengkaplah hidangan ni jadinya. So sesape yang teringin, sudi2kanlah mencuba...


    PAPRIK CENDAWAN
    Sumber : Sendirian Berhad
    Bahan-bahan :
    -semangkuk cendawan tiram (kalau besar boleh carik-carikkan)
    -sekeping isi ayam (potong dadu)
    -2 biji bawang putih (ketuk)
    -setengah biji bawang Bombay didadu
    -5 keping daun limau purut
    -sebatang serai
    -1 sb cili boh
    -gula dan garam
    -kicap, socili & sos tomato
    **kalau ada sayo2 yang lain cam karot, baby corn, cauliflower, kacang boleh je tambah. Lauk2 tu pun kalau ada stok campak aje udang ke, sotong ke, daging ke...ketam pun buleh

    Cara membuatnya :
    -tumis bawang putih, bawang besar dan cili boh
    -masukkan daun limau purut, serai dan ayam. Goring seketika
    -tambah sedikit air dan masukkan cendawan
    -tambahkan kicap dan sos
    -rasakan gula dan garamnya
    -simple aje yer...

    Subjek MPV Di Sekolah Harian Biasa Bakal Dimansuh?

    Adui...petang ni rasa lemah je badan. Pipi pun rasa hangat je...salah satu tanda tubuh x sihat... Malas nak layan lebih2...yok masuk dapur buat lauk. Petang ni maaf lah yer...xde desert2 pencuci mulut bagai... tuan rumah diserang virus M... Rasa2 untuk berbuka nanti makan nasi je lah dengan teh suam
    Berbalik pada n3 ni...pagi tadi cheq sue ada berbual dengan guru data sekolah... katanya cheq sue akan ditukarkan... Hummm nak gi mane pulak ye... Katanya subjek MPV yang cheq sue dok ajar sekarang akan dimansuhkan dan akan dikumpulkan di semua Kolej Vokasional... Eh..tak tau citer pun. Buleh cayo ke ni? Kengkawan bising je dok tanya... Ntah la ye...tunggu je la berita macam mana... Kita cikgu2 ni... "YANG MENURUT PERINTAH" adanya....

    KULIM 26 Jun – Kementerian Pelajaran akan memansuhkan pengajaran mata pelajaran Vokasional (MPV) di semua sekolah harian secara berperingkat mulai sesi pengajian 2012.
    Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, langkah itu dibuat sejajar dengan proses transformasi pengajian teknik dan vokasional seperti yang ditetapkan kerajaan baru-baru ini.
    “Semua sekolah harian selepas ini tidak lagi diajar MPV. Bagi mereka yang berminat belajar dalam bidang tersebut, kerajaan akan menyediakan peluang di Kolej Vokasional menerusi Program Asas Vokasional (PAV).
    “PAV dikhususkan untuk pelajar peringkat tingkatan 1 hingga 3 dan mereka turut diberikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap I dan II apabila tamat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis anugerah cemerlang Hari Apresiasi Panglima di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Panglima Besar di sini, hari ini.
    Mohd. Puad memberitahu, berdasarkan perancangan, semua peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran MPV serta Kemahiran Hidup di sekolah harian sedia ada akan dikumpulkan dan diserahkan kepada Kolej Vokasional kelak.
    Selain itu, katanya, kementerian turut bercadang melanjutkan tempoh pengajian peringkat menengah atas kepada tiga tahun berbanding dua tahun di Sekolah Menengah Teknik atau Vokasional sebelum ini.
    “Selepas pelajar menamatkan peringkat pengajian menengah atas di Kolej Vokasional selama tiga tahun, mereka layak diberikan SKM Tahap IV,” jelasnya.
    Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan telah memperuntukkan RM262.4 juta untuk tujuan pemberian biasiswa kepada pelajar sekolah di seluruh negara tahun ini.
    “Bantuan terbabit dinamakan Biasiswa Kecil Persekutuan, Biasiswa Sukan dan Biasiswa Pra Universiti. Bantuan pertama dan kedua diberikan berdasarkan kes-kes tertentu dan kecemerlangan dalam bidang sukan.
    “Sementara Biasiswa Pra Universiti diberikan kepada pelajar tingkatan enam yang layak mengikut kadar RM114 sebulan bagi pelajar aliran Sains dan RM90 aliran sastera,” jelasnya.

    Sumber : Utusan Online

    " SAYA .. "


    Berminat ??? SINIH


    "SAYA" adalah saya yang menulis hari ini untuk kenangan hari esok...


    (^_____^)

    The Nutrition Rainbow

    Ehsan Pokcikku Uncle Google

     Pigments that gives fruits and vegetables their bright colors represent a variety of protective compounds.

    Colour : Red
    Foods : tomatoes & tomatoes product, watermelon, guava
    Colourful protective substances and possible actions : - lycopene : antioxidant > cut prostate cancer risk

    Colour : Orange
    Foods : Carrots, yams, sweet potatoes, mangos, pumpkin
    Colourful protective substances and possible actions : - beta-carotene : support imune system > powerful antioxidant

    Colour : Yellow-orange
    Foods : oranges, lemons, grapefruits, papayas, peaches
    Colourful protective substances and possible actions :- vitamin C, flavonoids : inhibit tumor cell growth, detoxity harmful substances

    Colour : Green
    Foods : Spinach, kale, collards, another greens
    Colourful protective substances and possible actions :
    - Folate : builds healthy cells and genetic material

    Colour : Green-white
    Foods : broccoli, brussels sprouts, cabbage, cauliflower
    Colourful protective substances and possible actions :
    - Indoles, lutein : eliminate excess estrogen and carcinogens

    Colour : White-green
    Foods : garlic, onions, chives, asparagus
    Colourful protective substances and possible actions :- allyl sulfides : destroy cancer cells, reduce 
    cell division, support immune systems

    Colour : Blue
    Foods : blueberries, purple grapes, plums
    Colourful protective substances and possible actions :
    - anthocyanins : destroy free radicals

    Colour : Red-purple
    Foods : grapes, berries, plums
    Colourful protective substances and possible actions :- resveratrol : may decrease estrogen production

    Colour : Brown
    Foods : whole grain, legumes
    Colourful protective substances and possible actions :- fiber : carcinogen removal

    Source : Neoplasia 
    Issue 01/2011

    Sunday, June 26, 2011

    Chocolate Chip Famous Amos Cookies

    Selamat malam...

    Haa....malam hujung minggu ni dok wakpe kawan-kawan sekalian... Tengah buat persiapan untuk kerja esok ke? Cheq sue biasalah..masih bermalas-malasan sambil menengok tb aje khojenye. Berehat2 la sementara ada kesempatan ni. Bila dah keje nak duduk pun x dapat dah...(Tapi ada jugak tengah menerai sesuatu...projek mega...kalau jadi insyaAllah esok kuar n3)
    Sambil2 tu sedap gak melayan famous amos kukis ni. Pada sape yang belum ada niat nak cuba tu...elok la amek dulu resepi ni. Senang je nak membuatnya...dan sedap macam beskut chipsmore... Tapi yang ni ibarat kata Tun more crumbly la.. Sejujurnya cheq sue tak pernah le makan famous amos nye kukis yang dijual kat Mesia ni... baru je dengar di blog2 kengkawan yang sudah mencuba. Jadi, tak mahu tertinggal ketapi, cheq sue pun menggodeknya jugak tengah hari tadi.. Bahagian menggodek kejap aje siap...tang nak membakar tu amek masa lama sket, maklumlah sekali bakar 2 3 ketui je sebab kukis ni mengembang. Sesuai sgt kalau nak buat beskut raya...dah nak dekat ni kan...
    So sesape yang nak cuba, resepinya ada di bawah ni ekkk... Tun, cheq sue kopipes kat sini lak yer...



    CHOCOLATE CHIP FAMOUS AMOS COOKIES
    Sumber : Tun Telani
    Cuci mata : Naz 
    Bahan-bahan ayak :
    • 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
    • 10 gm (3 tsp) serbuk koko
    • 2 Tbsp tepung jagung
    • 1/2 tsp soda bikarbonate 
    • 2 Tbsp susu tepung
    • Secubit garam 
    Bahan-bahan lain :
    • 250 gm mentega
    • 150 gm gula kastor
    • 1/2 tsp asen vanilla
    • 1 biji kuning telur
    • 100 gm (1/2 cawan) coklat chip
    • 100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional cheq sue masukkan sedikit honey sunflower seed
    Cara-cara :
    1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
    2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
    3. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
    4. Masukkan coklat chip dan honey sunflower seed cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
    5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar. 
    6. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
    7. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
    8. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

    Terung Goreng Belacan

    Selamat petang...

    Alhamdulillah...dah siap Solat dan makan tengah hari jam 3 tadi. Aduhhhh betapa syahdunya petang makan sambil diteman lagu Maher Zain... ape ke tajuknya...Alhamdulillah...
    Kalau cerita pasal buah terung, selain buat pajeri, masak goreng belacan ni yang cheq sue paling suka. Kembang kempis hidung yang tak berapa nak mancung nih... Terung ni minggu lepas dah beli... tapi sebab cheq sue beli yang jenis bulat, buahnya tahan sikit berbanding yang jenis panjang. Bila dok sesorang ni nak beli bahan dapo pun kena ada strategi jugak...beli yang tahan simpan...baru jimat... he he he
    Korang? Lunch apa tadi...

    Menu biasa oghang bujang....

    TERUNG GORENG BELACAN
    Sumber : Sendirian Berhad

    Bahan-bahan :
    - sebiji terung bulat - potong ikut suka
    - 1 ulas bwg putih & 2 ulas bwg merah - tumbuk lumat
    - 1 sb cili giling
    - seketui belacan
    - gula, garam, kicap secukupnya

    Cara membuatnya :
    - tumis bawang, cili giling dan belacan
    - masukkan terung dan tambah sedikit air
    - masukkan kicap dan rasakan gula dan garam
    - masak sehingga terung empuk
    - okeh...done!

    Seri Kaya Pankek

    Pankek, susu dan oren...balance!!

    Assalamualaikum, Selamat pagi...
    Amboi amboi amboi... masih ramai yang sedang diulit mimpi siang hari ye... Udah udah la tuh... rezeki tak masuk nanti. Ni dek kerana x tidur siang la ni... kan dah dapat makan pankek...Tapi betul jugak bila ada yang kata, weekend ni la nak bermalas-malasan...bersantai-santaian..tak pun berjalan-jalanan... Tapi cheq sue xleh nak sambung tido le pulak tadi...banyak no gangguan... so godek la pankek ni... Hasilnya tak le segebu tuan resepi ni...tapi cukup lembut dan memuaskan. Bakar pun atas ceper je.. Kalau dapat non stick tu sebijik... he he he

    SERI KAYA PANKEK
    Sumber : DTS Che Mat Gebu

    BAHAN-BAHANNYA :-)
    3/4 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
    1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
    2 camca besar seri kaya (mat guna jenama "Yeo's")
    1 biji telur, dipukul sedikit
    1/2 cawan susu segar
    3 camva besar air
    30 gram mentega dicairkan#
    1 camca besar mayonnaise
    1/2 camca teh esen vanilla
    Secubit garam
    Madu, Strawberry, Seri kaya untuk dimakan bersama pancake#
    *** untuk bahan2 ni cheq sue agak2 je nak jadikan 2 keping...kalau buat ikut adunan ni sehari la jawabnya arini makan pankek... :)

    CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Dalan bekas, satukan semua bahan diatas kecuali bahan bertanda (#), kacau rata hingga sebati dan masukkan mentega cair, kacau rata dan rehatkan 10 minit.
    2. Panaskan non-stick pan bersaiz 4 inci dengan sedikit minyak. Tuang 1/3 cawan adunan dan masak dengan api kecil. Tutup dengan tudung periuk, biar hingga permukaan pancake berbuih dan kelihatan kering. Terbalikkan. Masak hingga perang, alih dalam pinggan, buat hingga habis, yang penting guna api kecil.
    3. Hidangkan pancake yang telah siap bersama madu, strawberry atau seri kaya, jika suka...Cheq sue makan dengan sos coklat je

    Novelog 2 : Kisah Aku Dan Dia - Ep. 21

    Dahlia memandang Iman yang sedang mengenakan tudung. Hari ni Puan Maznah, ibu kepada Hisyam menjemputnya makam malam bersama. Dan pada hari ini juga dia akan berhadapan sekali lagi dengan Firdaus yang masih lagi berada di situ. Hendak ditolak ajakan itu, tidak sampai hati mengenangkan kembali segala kebaikan Puan Maznah terhadapnya. Dahlia tidak dapat ikut sama kerana terpaksa  balik ke Perak sekejap lagi kerana ada kenduri yang dibuat di sana.
    Puas hati dengan penampilannya, dia segera keluar dari rumah. Walaupun baru pukul 6.30 petang, apa salahnya dia awal sedikit. Boleh juga menolong Puan Maznah menyediakan hidangan. Takkanlah hanya datang untuk makan saja. Lagipun dia period. Tak perlu risau untuk bersiap selepas sembahyang.
    “Assalamualaikum…”
    “Waalaikumussalam. Iman…masuklah. Mak ada kat dapur.” En. Zakaria yang menyambut kedatangannya.
    Bagai rumah sendiri, dia melangkah ke dalam. Dia sebenarnya sudah dianggap sebagai anak sendiri oleh mak lang dan pak lang yang tak ada anak perempuan. Itu yang dia tidak membantah apabila mak lang menyuruhnya memanggil ‘mak’.  Lagipun, inilah tempat dia menumpang kasih ibunya yang berjauhan.
    Dalam perjalanan menuju ke dapur, dia berselisih dengan Firdaus yang kebetulan baru turun dari tangga. Dia hilang arah bila Firdaus memandangnya. Diberikan senyuman yang tidak ikhlas, segera dia meneruskan perjalanannya.
    “Assalamualaikum mak. Masak apa?” Iman menyapa sambil mendekatkan diri dengan mak lang.
    Awat awai sangat hang datang? Kalau macam tu meh tolong mak masak asam pedas ni. Si Firdaus tu yang beria-ia sangat nak makan. “
    Mengada-ngada…
     “Mana Iman tahu masak asam pedas mak.” Saja berpura-pura. Malas sebenarnya.
    Biaq pi lah tahu ka tak. Yang penting asam pedas tu mesti ada.”
    Nak tak nak, terpaksa jugak dia buat.
    Ah Firdaus…seleramu masih sama!
    Itu mengingatkan dia pada arwah Rezal yang sangat gemarkan asam pedas yang dimasaknya. Tiba-tiba dia terasa sayu. Ada air bergenang di kelopak mata.
    Mak lang yang menyedari perubahan itu memeluknya.
    “Sejak arwah abang Rezal tak ada, Iman tak pernah masak asam pedas ni mak.”
    Firdaus yang mencuri dengar dari balik pintu berasa bersalah kerana dia yang beria-ia meminta mak lang menyuruh Iman memasakkan asam pedas itu untuknya. Mungkinkah dia hanya mementingkan dirinya tanpa fikirkan perasaan Iman?
    Maafkan abang Iman!
    ***

    Hari terakhir Firdaus di Pulau Pinang. Sesungguhnya dia tidak mahu kembali ketika ini, ketika dia baru saja bertemu kembali dengan Iman. Tapi dia tidak boleh berbuat demikian apatah lagi memikirkan pak usu yang memberikan dia sepenuh kepercayaan untuk mengendalikan hal syarikat. Lain kali dia boleh lagi datang ke sini.
    Oleh yang demikian dia mengambil keputusan untuk bertemu dengan Iman sebelum dia  balik. Pertemuan itu berlangsung di taman mini di rumah mak langnya. Diajak ke tempat lain gadis itu menolak. Mungkin memikirkan statusnya…tak mahu menarik perhatian orang…
    Mak lang yang telah mengetahui segala cerita antara Firdaus dan Iman memberikan peluang kepada pasangan itu untuk berbicara dari hati ke hati. Dia mahu memberikan peluang kepada Firdaus dan Iman untuk mendapatkan kebahagiaan. Dia juga tumpang gembira jika Iman menjadi ahli keluarganya yang sebenar. Lagipun gadis itu masih mempunyai masa depan yang panjang yang tidak harus dihabiskan dengan mengingati segala kenangan dengan arwah suaminya…
    Suasana sepi. Tiada kata yang terluah untuk memulakan perbualan. Iman merenung air terjun buatan yang direka indah manakala Firdaus pula merenungnya, mendatangkan resah di hatinya.
    “Apa…”
    Mereka menyebut perkataan yang sama secara serentak. Kebetulan…
    Sekuntum senyuman diukir.
    “Ok. Abang cakap dulu.” Iman memutuskan.
    Firdaus terpempan. Tak disangka Iman memanggilnya dengan perkataan itu. Kembang semangkuk hatinya.
    “Abang minta maaf pada Iman kalau abang melukakan perasaan Iman sepanjang abang berada di sini.”
    “Mana ada. Abang tak pernah lukakan hati Iman.”
    “Sebenarnya abang betul-betul tak tahu apa yang Iman alami. Mak lang yang ceritakan pada abang. Abang ada dapat bayangannya dalam mimpi abang tapi tak sangka pulak ianya betul-betul terjadi.”
    “Iman tak mahu ceritakan kisah tu lagi. Cukuplah dengan apa yang Iman alami sebelum ni. Sekarang Iman dah mulakan hidup baru. Kalau abang nak tolong Iman, abang berikanlah sokongan.”
    “Abang sentiasa bersama Iman…”
    Terharu dia mendengar ucapan itu. Tak mahu terus menangis, dia menyoalkan pertanyaan yang lain.
    “Bila abang bertolak balik ke KL?”
    “InsyaAllah kalau tak ada apa petang nanti. Banyak kerja yang abang kena buat. Maklumlah dah seminggu bercuti.”
    “Mesti abang seronok dengan hidup abang sekarang...”
    Arghh…kenapa pula ni? Tak selesanya…
    Ada sesuatu yang bergelodak dalam perutnya. Dia terasa seperti ingin muntah.
    “Kenapa Iman?” Cemas seketika Firdaus melihat Iman mengerutkan dahi.
    Iman menggigit bibirnya. Matanya terpejam. Dia cuba bangun untuk ke bilik air tapi belum pun sempat pun dia melangkah, tubuhnya terasa begitu lemah dan ringan.
    Dia pengsan!
    Eh…kenapa pula ni?
    “Mak lang…mak lang…Iman pengsan!”
    Suasana cemas seketika. Mak lang dan pak lang menuju ke taman tempat mereka duduk. Hisyam dan Hajar yang kebetulan baru balik turut menyertai mereka. Pasangan itu turut kehairanan.
    “Cepat. Kita bawa dia pi klinik.” Pak lang memberi arahan pada Firdaus yang kelihatan panik.
    Mendengarkan arahan itu Firdaus segera mencempung tubuh Iman dan membawanya ke kereta. Tidak sampai 5 minit GTInya meluncur laju menuju ke klinik yang dimaksudkan. Pesakit yang tidak begitu ramai memudahkan urusan. Dr. Suzana yang merawat Iman tidak membenarkan sesiapa pun masuk ke bilik rawatan. Mereka hanya dibenarkan menunggu diluar bilik.
    Hampir 15 minit barulah Dr. Surana keluar dari bilik tersebut. Doktor muda itu hanya tersenyum bila melihat Firdaus menerpa ke arahnya. Ada riak gementar di wajahnya. Agaknya itulah suaminya.
    “Bagaimana dengan Iman doktor?” Firdaus menyoal. Cemas memikirkan apakah masalah yang dialami oleh Iman.
    Dr. Suzana tersenyum lagi dengan pertanyaan itu.
    “Tenang En. Firdaus. Sebenarnya dia tidak mengidap sebarang penyakit. Itu adalah sindrom biasa bagi perempuan yang mengandung. Tahniah…isteri encik mengandung dua bulan.”
    Isteri?
    Mengandung?
    Tiba-tiba Firdaus pulak yang terasa ingin pengsan. Nampaknya tak jadilah dia  balik petang ni…