PAGES

Sunday, July 31, 2011

My 1st Segmen : Happy Birthday Friends

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan hati yang berdebar-debar
Perasaan nan kacau
Cheq sue mencuba dengan segmen yang pertama
Sempena dengan bulan kelahiran cheq sue, maka teringin rasanya berkongsi kegembiraan dengan sahabat yang sama dilahirkan di bulan Julai..

Tajuk : HAPPY BIRTHDAY FRIENDS

* Segmen ni terbuka SEPANJANG JULAI INI dan kepada SESIAPA YANG LAHIR DI BULAN JULAI  SAHAJA (1-31 Julai)

* seperti segmen2 yang lain, hanya perlu buat satu entry bertajuk seperti di atas, masukkan link n3 ini, letakkan gambar  dan kemudian linkkan n3 korang ke ruangan komen di sini
* dalam n3 korang tu...cuma tuliskan ucapan hari jadi kepada diri sendiri... ikut la nak sepanjang mana...tapi biarlah sampai maksudnya.... Kalau nak tuliskan lahir berapa haribulan @ tahun bila pun boleh...

* untuk yang menyambut besday bersama tarikh kelahiran cheq sue akan dapat special n3 

*** errr...faham kan? BTW ini adalah percubaan pertama untuk sticky post sehingga 31 Julai 2011

(harap2 ada yang join....takotnyerrrrr)

Salam Ramadhan... Bagaimana Blogger Masakan Berblog Di Bulan Puasa?

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Alhamdulillah masih dipanjangkan usia dan bertemu kembali dengan keberkatan Ramadhan. Bersyukur sgt2 walaupun hanya dapat bersahur pada hari pertama di kampung dengan keluarga...kalau sendirian agak sebak nak bersahur... sudahnya hanya minum air mineral dari atas katil! Tapi yang sedihnya terpaksa balik ke CH esok...nampaknya kena beli aje menu berbuka... (-_-).  So untuk kawan2ku sekalian.. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK... Jangan ponteng2 tau...

Hari ni seharian berpoya-poya di Kay Bee...ramainya umat manusia bershopping-shopping, agaknya menyediakan kelengkapan berhari raya... he he he... maklumla xmau bersesak & bersusah di akhir nanti....

Tahun ni...pertama kali berblog di bulan puasa.  Sejak semalam soalan ni terngiang2 di telinga... bagai mana agaknya blogger masakan berblog di bulan puasa? Adakah dia akan tayang menu masakan paling tidak 2 / 3 kali sehari? Atau menutup dapur macam Kak Diana Skyblue? Atau ape cerita yang akan ditayangkan? Mmmmmmm cane ye? Cer jawab sket...

JOM TERAWIH....

Saturday, July 30, 2011

Ahlan Ya Ramadhan & Cerita Kematian

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Alhamdulillah petang tadi sudah selamat sampai balik ke Pasir Puteh. Bila bukak blog ni...ternampak beberapa kawan tengah sibuk menggantung kad Salam Ramadhan dari NOORSHA yang sedang bercuti dan menyambut 1 Ramadhan di kampungnya di Kluang. So cheq sue pun tak mo ketinggalan dan nak menghiasnya jugak di dapur cheq sue nih... tq ye Noorsha dan selamat menyambut bulan puasa kepada Noorsha, sahabat2 &  keluarga semuanya..... Semoga kadatangan Ramadhan  kali ini akan memberi seribu makna, barakah & ketenangan kepada kita semua...

Dalam perjalanan balik tadi...ternampak satu kemalangan antara kereta dan motosikal... kata ayah, pemandu motosikal tu rasanya meninggal... motor yang dinaiki pakcik tu hancur...kusyennya tercabut... dia terlentang dengan darah berlumuran. kereta (GEN2) pulak remuk di bahagian depan dan retak cerminnya. MasyaAllah... kesian sungguh rasanya.. tak tahu la kan salah siapa...

Dalam perjalanan tadi juga, dapat sms yang memberitahu Mohd Ashraff Hafiz (yang kalah dalam permohonan menukar status jantina) telah pulang ke rahmatullah akibat sakit jantung dan kemurungan berlebihan (wallahu'alam). Serius, cheq sue tak tahu pun sebab tak tengok berita @ paper. Bila dah bukak blog ni bari ternampak di blog KAK JEE... Innalillah...walau apa pun situasi yang menimpanya kita tidak berhak menghakimi apa yang telah berlaku... Al-Fatihah

Dan yang paling menyedihkan, sehingga menuntun air mata setelah singgah di blog ZACK ZACHOES yang baru keluar dari wad bersalin. Innalillah kerana dia telah kehilangan anaknya semasa dalam kandungan, di saat2 akhir kehamilannya. Cheq sue terkejut sangat...dan agak terkesan dengan ceritanya. Walaupun tak pernah bersua muka dengannya...hanya bersapa-sapa di blog dan di MyR...cheq sue rasa dah sangat akrab dengan Zack ni. Harapnya dia tabah menempuh segala dugaan ke atasnya.. sesungguhnya apa yang telah berlaku ada hikmahnya

Sesungguhnya kita tidak pernah mampu menjangka percaturan Ilahi yang telah mensuratkan segala kehidupan kita. Ajal maut, hidup mati, jodoh pertemuan semua di dalam kuasaNya... semoga kita semua beroleh ketenangan dan dilimpahi rahmatNya sentiasa....

Rojak Buah

Assalamualaikum & salam sejahtera

Apa khabar pagi ni? Cheq sue sihat2 aje cuma badan aje lemah sikit..tapi biasalah tu dah berjalan jauh kan.. Masih lagi bersiaran di terengganu... nyaman dok kat rumah tepi sungai ni... udara pun sejuk aje.
Berbalik pada resepi rojak buah ni...sebenarnya dah buat hari Khamis (28 Julai) dengan budak2 sebagai inovasi untuk pemprosesan sos cili. Oleh sebab dah nak puasa ni kena tayang dah la semua resepi makan-makan ni...
Kalau search kat gugel tu banyak leh dapat resepi sos rojak ni tapi cheq sue mengambilnya dari kakak member. sos rojak dia ni memang superb la...sedap! cukup rasa semuanya. Meh tgk resepi yang cheq sue ambik tu... sos ni untuk kuantiti besar ya...

SOS ROJAK
Sumber : Kak Zan Hulu Langat

Bahan-bahan :
- kicap TAMIN 1 botol kecil *
- sos cili LIFE 1 botol *
- gula 2 kg
- gula merah 1 kg
- petis udang 1 bekas kecil
- cili api segenggam *
- 1 peket serbuk cili kering *
- sedikit air asam jawa cheq sue ganti dengan cuka pekat 2 sudu besar

Cara-cara :
- blend halus kicap, sos, cili kering dan cili padi
- masukkan dalam periuk dan masukkan bahan-bahan yang lain
- masak dengan api kecil 3-4 jam
** untuk bahan2 tu ada yang cheq sue ubah, buat dalam kuantiti kurang sebab x cukup masa nak masak lama-lama

rose tu bukan untuk rojak okeh.. (T__T)

suka dengan kacang yang banyak2 tu... sedapnya!!!!

Selamat Pagi

Assalamualaikum & salam sejahtera


Awal sikit harini bersiaran... dari Terengganu sebenarnya. Mek ngan cek nak pi tengok cucu, esok lusa dah nak poso kan... Semalam dari CH sampai di kg lebih kurang pukul 5.30, mandi2 bersiap pukul 6 terus bertolak ke Terengganu pulak. Aduhhhhhh penat xsoh cakap la...tak hengat wehhhh... rasa macam dreba lori pun ada...
Ni pun open lappy pepagi kunun dan wak keje sikit.. nak daftar ETR budak2 dalam SAPS...tapi maklumat belum lengkap la pulak... Nampak gaya kena sambung tidow la pasni..
Errrrrr...tinggal arini ngan esok aje ye nak puasa... Selamat berpuasa Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan kawan2 semua...

Friday, July 29, 2011

Makan-Makan Mee Kari

Assalamualaikum & salam sejahtera

Malam semalam, geng2 kuartes mengadakan makan2 di dewan sekolah sempena menyambut ketibaan Ramadhan. nanti dah xleh makan petang2...minum teh, makan goreng pisang... he he he... Berkebetulan pula dengan hari jadi cheq sue.. so besday gurlz dengan rela hatinya bersetuju untuk membuat mee kari untuk di makan bersama. Ini merupakan kali pertama cheq sue membuat mee kari ni dalam jumlah yang besar, seperiuk ko...selalu buat sekali makan aje... ni buat untuk berpuluh orang makan. seriau jugak weh kot2 tak menepati selera orang lain..
Dengan pengetahuan sedia ada...taram aje lah mana yang dapat...  alhamdulillah... abes jugak mee 9 peket dan seperiuk kuah kari hasil sentuhanku...
cheq sue sebenarnya tak suka sgt mee kari ni...kira2 makan tak bertambah la... tapi suka tau tgk member2 sampai menambah...menghirup kuah...sampai keluar peluh jantan peluh betina....tandanya sedap la tu.. biasalah...cook from heart kan... penuh kasih sayang tanda cinta... layannnn....

*n3 aotupost... OTW balik kg nih...


 Periuk ni saiz berapa ye? Dalam 45-50 kot... nak angkat pun kena 2 orang bawak



Makan tak pandang kiri kanan dah... bila tanya 'Sedap ke?' dia angguk aje...

MEE KARI
Sumber : Sendirian Berhad
*resepi ni adalah untuk kuantiti yang banyak... seperiuk besar

Bahan A :
-Mi kuning secukupnya (direbus sedikit)
-tauge (dicelur)
-sawi (dicelur)
-hirisan cili merah
-telur rebus
-hirisan daun sup
-bawang goreng
-fish cake (hiris)

Bahan B : Kuah
-1 kg keledek rebus (kisar)
-1/2 peket serbuk kari ayam BABAS (dibancuh dgn sedikit air)
-rempah 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis,cengkih & pelaga)
-4 labu bawang besar *
-15 biji bawang merah*
-10 biji bawang putih*
-seketul halia *
-2 genggam udang kering *
-Seekor ayam (cincang kecil2)
-1 kg udang
-santan cair dari 4 biji kelapa
-sepeket kiub ayam (8 ketul)
-10 pelepah daun kari
-1 sudu makan tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
-garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
- Kisar halus bahan *
- tumis rempah 4 sekawan sehingga wangi dan masukkan bahan2 kisar
- masukkan pes kari dan daun kari. Tumis hingga garing & pecah minyak.
- masukkan ayam dan biarkan sebati dengan tumisan rempah seketika
- masukkan santan (dan air)
- masak sehingga mendidih
- tambahkan udang dan tauhu kering
- rasakan garam dan gula
-jika ingin kuah yang pekat boleh masukkan bancuhan tepung gandum
- Setelah masak, hidangkan bersama bahan2 yg lain.

Devil's Food Chocolate Cake For Me

Assalamualaikum & salam sejahtera

Semalam, cheq sue mencuba Devil's Food Chocolate Cake untuk dibuat makan2 pada malam hari jadi. He he he... resepi ni dah lama disimpan setelah ternampak di blog Noorsha. Nama menakutkan tapi insyaAllah rasanya sedap. tapi kalau sekali pandang nampak macam chocolate indulgence aje..
Untuk adunan ni cheq sue menggandakan sekali adunan sebab rasanya kalau satu adunan tu kecik sangat...kang makan sorang pun tak cukup. Untuk percubaan pertama ni kejadiannya agak comot dan tak berapa nak cun. Cheq sue buat ni dah malam, tak sempat nak tunggu cheese frosting tu sejuk, masih agak2 suam lagi. Ye laaaa....mata dah ngantuk xleh nak tunggu lagi. Coklat ganache pun tak berapa nak jadik lagi. tapi xpelah asal ada kejadian sebijik kek tu dah cukup.
Sebenarnya gandingan cheese dan coklat sesangat la serasi... tapi cheq sue tak berapa gemar cheese ni... bila tanya kawan2 apa rasanya... diorang kata SEDAP... alhamdulillah la abes jugak kek ni... cuma kena agak2 la masa nak letak cream cheese tu takut kek jadik muak pulak...
Apapun cheq sue CnP resepi tu kat sini pulak ya...tq pada yang sudi berkongsi... :)

'Less is more'... tak larat nak tacap lelawa... cukup la camni je

Kek mereka seikit kat tengah2 tu... nasib baik nak tutup nak salut... kalau tak jenuh nak cover

Cover dengan crean cheese frosting. sepatutnya kena masuk lam esbok kejap tapi xde ruang dah nak sumbat

bila tuang coklat ganache dia jadik bercampur pulak dengan cream cheese... aduish geram!

Pandangan dari dalam... ok aje...nice

DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE
Resipi Asal : cupcakeschek.blogspot.com
Sumber : Noorsha

Bahan-bahan :
-1 cawan tepung gandum 2 cwn
-1/4 cawan serbuk koko 1/2 cwn
-3/4 sk soda bikarbonat
-1/4 sk garam
-1/2 cawan gula halus - Noorsha guna 1/4 cawan saja 1/2 cwn
-1/2 cawan gula perang - Noorsha guna 1/4 cawan saja 1/2 cwn
-65 gm butter 130 g
-1 biji telur Saiz A 2 bijik
-1 sk esen vanila
-1/4 cawan buttermilk*  1/2 cwn
-1/2 cawan air suam 1 cwn

Bahan-bahan untuk homemade buttermilk :
-1 cawan susu segar
-1 sb cuka masakan
* susu mesti berada pada suhu bilik @ suam. 
campurkan cuka pada susu dan ketepikan sebentar selama kira² 20 minit. 
ia akan mengental sedikit.guna 1/4 cawan  sahaja dari buttermilk yang terhasil untuk resepi ini.
*cheq sue buat 1/2 cwn je

Cara-cara :
1. panaskan oven pada suhu 170 C - Noorsha guna suhu 130C.. cheq sue guna 150'
2. griskan loyang dengan margerin @ butter dan tabur sedikit tepung. ketepikan.
3. ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat, garam dan ketepikan sebentar.
4. dengan menggunakan mixer, pukul butter dengan gula hingga berkrim, masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
5. Masukan adunan tepung yang diayak tadi, buttermilk dan air suam, berselang seli sebanyak 3 kali turutan. kacau rata. 
6. masukkan vanila esen dan kacau sebati.
7. bakar selama 30 minit @ sehingga betul2 masak... gunakan lidi satay dan cucuk permukaan kek pada 30 minit pertama  untuk menguji kek sudah masak @ belum.
6. jika kek sudah masak, keluarkan kek dan sejukkan sebentar. 

Bahan-bahan Untuk  Cream Cheese Frosting :
-250 gm philapedia cream cheese cheq sue guna 125g
-125 gm butter
-1 cawan icing sugar - noorsha guna 1/4 cawan saja
-1 tsp esen vanila
-1 st lemon jus

Cara-cara untuk Cream Cheese Frosting :
-pukul kesemua bahan hingga berkrim. sapu pada kek yang telah sejuk tadi.  kemudian rehatkan kek yang telah dosapu frosting ini ke dalam peti ais sebentar.

p/s : kak Ayu suggest untuk buat 1/2 saja dari resepi frosting ni bagi sukatan kek diatas.. tapi Noorsha buat 1adunan untuk cream cheese ni sebab nak rasa cheese yang lebih :)

Bahan-bahan Untuk Chocolate Ganache :
-200 ml double cream @ whipping cream
-250 gm dark chocolate
-secubit garam

Cara-cara untuk Chocolate Ganache :
-menggunakan kaedah double boiler
-masukkan double cream @ whipping cream. biarkan ia merenih, masukkan coklat yang dicincang dan kacau hingga coklat cair.
-masukkan sedikit garam. kacau rata.
-biarkan suam sedikit, keluarkan kek yang disapu dengan cream cheese frosting dari peti ais tadi. sapu @ curah coklat ganache di permukaan kek. hias kek mengikut kretiviti


Thursday, July 28, 2011

Cupcake Puan Sri

Assalamualaikum & salam sejahtera

Di malam yang semakin lewat ni cheq sue nak kongsikan satu resepi cup cake... CC ni cheq sue buat malam tadi dan dah abes diberikan kepada kanak-kanak ribena sekitar sini. Buka ape2 pun...nak abeskan whip cream yang digunakan untuk deco kek besday aiman baru2 ni.
Alhamdulillah cc ni elok aje kejadiannya dan rasanya tak manis tak tawar, sedang elok aje. Kalau dalam laporan MyR tu ramai yang dah cuba. asasnya sama cuma sedikit bahan2 ditukar. untuk cc ni cheq sue masukkan filling blueberry (akhirnya abes stok!) dan peanut butter (sebelum ni tak pernah buat filling, selalu sapu kat roti aje, rupa2nya sedap siotttt). Kalau ada sape yang teringin nak membuat cc, resepi ni sgt sesuai la sebab nanti dapatnya tak berapa banyak... yang cheq sue buat ni dapat dalam 20 biji aje. Jadi kat bawah ni cheq sue c&p resepi tu ye...senang nak refer kendian hari...

Gaya-gaya macam design cup cake girl dah ni...




CUPCAKE PUAN SRI
Sumber : Yummiez MyR

Bahan-bahan :
-200 g butter cheq sue guna majerin dalam 170g
-160 g gula kaster
-3 sudu besar tepung kastard
-220 g tepung naik sendiri
-4 biji telur
-1 sudu kecil vanilla esen

Cara-cara :
-Panaskan oven kepada 175deg. Ayak tepung naik sendiri dan tepung kastard.
-Pukul butter dan gula sampai kembang.
-Masukkan telur satu persatu dan teruskan memukul.
-Tambahkan vanilla esen ke dalam adunan tadi. Kemudian, masukkan tepung yg telah diayak.
-Isikan muffin tray dgn muffin cup. Masukkan adunan tadi ke dalam muffin cup. Kalau guna scoop ice cream -lebih senang.
-Bakar selama 20-25 minit atau hingga cupcake masak. Siap dan hidangkan. Kalau rajin, bolehlah 'deco2' kan cupcake tu dgn icing or whipped cream.

Seperais Parti Untuk Cikgu

Assalamualaikum & selamat sejahtera

Pagi tadi, bebudak fom 5 seperaiskan cikgu la kunun2 nya dengan menyediakan kek dan sedikit makan2 dalam kelas sempena dengan hari jadi cheq sue ni. Sebenarnya bukan separais pun sebab cikgu dah tahu apa yang deme dok rancang, walaupun cakap dalam bahasa cina & bahasa tamil. tapi cikgu biarkan aje..
cuma cukup tersentuh la dengan keakraban yang ditunjukkan bebudak ni... time marah, marah jugak...time kawan kita tak mau lawan... ni kali kedua la sepanjang mengajar di CH ni bebudak membuat seperais parti... **bukan ape, diorang tu yang nak makan kek sebenarnya...tumpang besday cikgu! ha ha ha
Apapun, layan gambar je la ye...cikgu ada keje nak buat ni (sila abaikan kualiti yang tak seberapa tu....)

 Kek span dengan filling cream dan buah-buahan potong. Nice!

 14 orang, tak termasuk yang amik gambar, dua tak datang... ini le hantu jembalang anak tiri cheq sue...
(T_____T)

 tukang organize, Alex... huh!

 Sebahagian tengah menyuap... abes licin semuanya

Happy Birthday Cheq Sue!

Assalamualaikum & salam sejahtera

"Senyum...tak perlu kata apa-apa...."

Hari ini, genaplah umur cheq sue 31 tahun.... menjawab pertanyaan beberapa teman blogger yang tertanya-tanya... Tanggal 28 Julai 1980 bersamaan dengan 15 Ramadhan 1400, cheq sue selamat dilahirkan pada jam 10:55 pagi oleh ibuku pada umurnya 25 tahun. Lahir bulan puasa?Aduuhhhh...kesian ibuku terpaksa mengganti puasa selama setengah bulan...

Akhirnya tanggal '0' itu dilepasi juga... dengan harapan sihat sejahtera sentiasa, dilimpahi rahmat Tuhan selamanya. Cheq sue tidak mengharapkan banyak perkara, cukuplah jika kehidupan ini tenang-tenang aje laluannya... dan semoga Allah akan terus memantapkan iman cheq sue dan memelihara peribadi cheq sue sebagai seorang anak, wanita, guru dan hambaNya... InsyaAllah..

Haaaa.... agak2 siapa kakak siapa adik ya???

Great Summer Juice

Assalamualaikum & salam sejahtera

Petang semalam, cheq sue menerai sejenis jus yang menggunakan campuran 4 jenis buah... Kebetulan pi umah member...ambik serba sikit. Sebenarnya resepi untuk membuat jus ni cheq sue dapat daripada pelekat blender... ada 3 jus semuanya di situ. So try dulu resepi pertama ni.
Kalau guna juice machine tu memang sesuai sgt untuk buat jus ni sebab semuanya akan sebati. cheq sue hanya gunakan blender kat dapur tu je...sebab tu lah terasa ada sikit2 nenas dan lobak merah yang tak termakan dek blender... Yang tak termakan tu kena makan sendiri ye... :)
Wallawehhhhh...serius! sedap rupanya jus ni... Masam, manis sejuk2 nyaman aje lalu kat tekak. Member pun tanya ape bende ni...dia ingatkan carrot susu...sekali bila try dia senyum aje katanya sedappppp... Aduh, rugi sape yang tak cuba jus ni... ala2 tengah musim panas...bersantai tepi pantai sambil menghirup jus ni... Perghh...

Jus ni xde ais ketul...sebab kat umah memang xde ais...cheq sue biasa blend dulu dan simpan sat dalam peti sejuk

GREAT SUMMER JUICE
Sumber : Sendirian Berhad (Olahan dari pelekat blender ape tah)

Bahan-bahan :
- sehiris nenas masak (agak-agak la ye)
- sepotong lobak merah
- 1/2 bijik lemon
- sedikit perahan limau nipis
- air masak @ kosong secukupnya (dalam 1 gelas)
- sedikit gula
- ais secukupnya


Cara-cara :
- potong nenas, lobak merah dan lemon yang telah dikupas kulitnya
- masukkan ke dalam blender, tambah 2 sudu gula dan air sucukupnya
- perah sedikit jus limau nipis
- blend hingga hancur
- campurkan dengan air @ simpan seketika dalam peti ais

Tuesday, July 26, 2011

Stimboat Ala Kadar

Assalamualaikum & salam sejahtera

Hari ni adalah hari last untuk berpuasa di bulan Sya'ban sebelum menyambung puasa semula di bulan Ramadhan yang bakal menjelma sehari dua nanti. Bukan apa... mahu sgt terus berpuasa tapi ada projek masakan yang perlu dibuat di sekolah, so cikgu kena tolong rasa, kalau tak tak tahu apa yang jadi.
Berbalik kepada resepi ni pulak...memang dah selalu buat stimboat sendiri dengan merefer pada resepi dalam intenet. Kira2 alhamdulillah la hasilnya tak pernah mengecewakan. Takdelah perlu menabung je kat restoren kalau rasa nak makan stimboat. Bila dah boleh buat sendiri ni lebih puas rasanya, semua boleh ejas macam mana yang kita nak... kalau tak sedap xleh nak komen banyak2 kannnn.... (*_*)
Makan masa berbuka tadi bersama dua orang rakan...sekali hadap dah habes. Buat ni pun dalam setengah periuk aje... Kalau pi makan kat kedai mau doploh hengget sekepala... :)
Kat sini cheq sue kongsikan jugak resepinya untuk rujukan masa depan...

 Bende2 seafood to cheq sue beli sepeket ada beberapa jenis, lupa lak nak snap gambar plastiknya. Cendawan pulak beli singgit di sekolah tadi. Watercress tu pi ambik di belakang bengkel sekolah... Kira2 semua kos ni tak sampai pun 15 hengget

Nampak cantik pulak bunga ni dalam gambar... :) apa tah namanya

STIMBOAT
Sumber : Sendirian Berhad

Bahan-bahan :
- 2 keping ayam (cheq sue guna sekali dengan tulang-tulangnya) *
- 10 ekor udang
- 1 1/2 kiub ayam *
- 1 1/2 kiub tomyam *
- 2 sudu paste tomyam *
- 2 pohon pokok ketumbar *
- 2 batang serai (ketuk) *
- sebiji bawang besar (belah 4) *
- air secukupnya *
- sedikit sos ikan  *
- cendawan tiram (7-8 kuntum)
- sepeket bahan2 seafood (tak tahu apa namanya...)
- watercress segenggam (dalam 10-15 pokok)
- mihun (celur dulu), garam & gula secukupnya *

Cara-cara :
- rebus bahan * hingga ayam empuk (kalau gunakan ayam isi boleh hiris nipis masukkan semasa hendak menghidang dan masak seketika)
- bila sudah mendidih dan ayam empuk, boleh kecilkan api dan masukkan udang, mihun, watercress, cendawan dan bahan2 seafood. masak seketika
- boleh dicicah dengan sos pedas (cheq sue guna sos cili Thai)

 Periuk stimboat xde... lantak je la periuk mana-mana... janji masak... yang penting sedapppppp

Sira Pisang

Assalamualaikum & salam bahagia

Petang2 ni dah terkelepet rasanya. Penat...tired...x cekak...dan seangkatan dengannya. Arini ada tambahan, mengajar pun tah ape2... Adoyai...kalau tidur petang ni ibarat kata Che Mat, nanti emosi pun tak stabil bangun nanti. So nak hilangkan segala keresahan (??????) cheq sue bikin la sira pisang ni... boleh buat pemanis berbuka nanti.
Sebenarnya menu camni sape yang tak tahu buat kan? Senang aje... tapi xpelah...letak je kat sini kot2 anak2 cucu nak tengok besok-besok... ewahh ewahh...
Sira pisang ni sedap sgt kalau dimakan dingin...kalau campur cendol lagiiiiiii la masyuk. tapi memandangkan payah benar nak dapat cendol...kita makan gini jelah... kalau cerita pasal sira ni cheq sue lagi suka guna pisang nangka, tapi dah pisang tak tahu nama ni aje yang ada, mana2 ajelah... layannnnn....


SIRA PISANG
Sumber : Sendirian Berhad

Bahan-bahan :
- 5 biji pisang
- 1 cawan air
- 2 kuntum bunga cengkih
- 2 sudu gula
- sehelai daun pandan
- secubit garam
- pewarna kuning
- sesudu kecil tepung beras (bancuh dengan sedikit air)

Cara-cara :
- kupas kulit pisang dan belah 2
- masukkan air, gula, garam, bunga cengkih, daun pandan, pewarna dan masak hingga mendidih
- masukkan pisang dan air bancuhan tepung beras dan masak seketika

Ben Ashaari? (Bukan segmen okeh)


Sape tak kenal brother baju merah ni...
Cheq sue pun tak kenal
Tapi tahu kewujudan dia dalam dunia blog ni
Mula-mula tgk di blok DTS
Ape skandal dua orang tu ye?
He he he
Lama jugak baru cheq sue faham & kenal deme 2 orang tu
Jujur cheq sue katakan
Banyak segmen yang dia buat beri manfaat pada cheq sue dan ramai blogger lain
N3 dia berturutan, kadang tak sempat nak baca dah kuar n3 lain
Aishhhhh mana datang idea dia tu ha?
Kadang2 cheq sue segan nak komen n3 dia
Kadang2 taram aje
Takot tak kena gaya aje...
Cheq sue cite ni bukan ape...
Tokojut beb nengok dia di follower 253 a.k.a MY KENGKAWAN cheq sue
Eh betul ke???
Apapun tq to Ben Ashaari kerana tanpa sedar
Banyak menurunkan ilmu blogger 
kepada cheq sue yang baru bertatih ni...

Banana Strawberry Smoothie

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Pagi ni cheq sue tinggalkan korang dengan segelas smootie ni tau...jangan dok gaduh-gaduh, minum sesame sikit-sikit sorang. Cheq sue nak gi keje nih.. he he he...
Alkisahnya smootie ni cheq sue bikin semalam untuk menghilangkan dahaga seharian. Dengan cuaca yang panas dan angin badan tak menentu, sesuai sgt la smootie ni untuk menyejukkan diri.  Kebetulan ada strawberi pemberian seorang anak murid, dan sebijik pisang ehsan member, cheq sue fikir2 bagus jugak kalau try mix dua buah ni..mana tahu kot2 sedap. dan alhamdulillah rasanya tidak menghampakan. Sesuai sgt kalau nak cuba semasa sarapan sebab smoothie ni agak mengenyangkan jugak. rasa2 cheq sue kalau nak campurkan dengan nestum pun boleh... nanti kita try ye...


STRAWBERRY BANANA SMOOTHIE
Sumber : Sendirian Berhad

Bahan-bahan :
- 15 biji buah strawberi - sejuk beku
- sebiji pisang (cheq sue guna cavendish) - sejuk beku
- 1 cwn susu segar (tambah air untuk mengubah kepekatan smoothie)
- 3 sudu besar susu pekat (adjustable ye)
- sedikit ais *

Cara-cara :
- masukkan strawberi dan pisang yang telah disejuk beku ke dalam pengisar
- tambah air dan susu pekat
- blend hingga hancur
- simpan dalam peti sejuk sehingga ingin dinikmati
**boleh juga diblend kesemua bahan dengan ais, tapi cheq sue lebih suka simpan buah dalam peti ais dulu, sebab takmo sejuk sgt...
- jangan lupa cuba ye

Monday, July 25, 2011

Ayam Goreng Cajun Berserai > Jom gelakkan cheq sue..

Assalamualaikum & salam sejahtera

Untuk berbuka petang tadi...cheq sue telah menerai satu resepi menggunakan cajun...yang memang dah glemer seantero blogger. Susah payah mencari...bila dah dapat ni kena la buat. Memang super superb la resepi ni...dengan aroma serainya... cajunnya.... aiiiii mau tak cukup 3 ketui ni.. Ayam ni pun ramai yang buat dan resepi ni cheq sue kongsi dari blog Hasue yang jelita itu...
TETAPI....
ayam goreng cajun berserai cheq sue ni dah bertukar nama la... hangit jadinya. sebelah aje yang boleh diselamatkan...sebelah lagi hitam legam semua kejadiannya... ha ha ha... gelak gelak jugak, geram kemain ni...
alkisahnya begini....
Lepas Asar tadi cheq sue ke sekolah, settlekan sedikit persiapan untuk majlis ceramah ntah esok. pot pet pot pet... mesyuarat sana sini...gelak-gelak bagai, dalam pukul 7.15 baru balik. nasib baik nasi dah masak awal2...ayam pulak dah perap. tinggal nak goreng aje. so macam biasa jugak...masuk je umah, terus ke dapur panaskan kuali...baru masuk lam bilik...on lappy... bila dah on, kena la duduk. sementara nunggu brodben sambung, pi masukkan ayam dalam kuali... haaaaaaa....sambung balik tgk blog... tadi ada join segmen Ben ni...ralik dok nengok orang kritik blog... lupa la pulak ayam lam kuali. adoyaiiiiiiiiiiiiiii... bila masuk dapur, hah dah berasap weh kualinya... nampaknya rezeki cheq sue petang tadi makan nasik lauk ayam hangit. hoh...padan muka...ralik berblog sgt... moralnya... blog blog jugak... ayam dalam kuali jangan lupa.... (*_*) Peace no war!!

 Perghhh...dari satu sudut kemain la lagi.. canteq aje


 Hah...sape nak jawab nih? Hilang serainya...terus tak nampak cajun... ish ish ish... mek sue!! bakpo la mu loklak sangat nihhhh. Mmmmmm nak buat caman, udah tersurat rezekiku.. sabo je ler....

AYAM GORENG CAJUN BERSERAI
Sumber : Hasue


Bahan2:
-2-3 ketul peha ayam-Buang lemak dan kulitnya.Potong saiz hidangan,cuci dan toskan 
-5 ulas bawang merah* 
-3 ulas bawang putih* 
-3cm halia*-bahan2 bertanda * ditumbuk/kisar halus 
-4 batang serai-boleh letak lebih (biarkan pjg lebih krg 4 inci dari pangkal,tumbuk hampir lumat keseluruhannya dan tambah sedikit air) 
-1 tbsp serbuk kunyit-boleh guna kunyit hidup yang ditumbuk 
-1 tbsp serbuk ketumbar 
-1 tbsp rempah cajun 
-1 tsp serbuk jintan putih 
-Garam dan perasa(jika suka) 
-Serbuk cili (jika suka pedas)
-Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
** cheq sue agak2 bahan ni utk buat dalam kuantiti sedikit

Cara2:
-Gaulkan ayam dengan semua bahan2(termasuk serai dan jusnya sekali) dan perap seketika (atau semalaman dalam peti ais.)
-Panaskan minyak terlebih dahulu dan goreng sehingga keemasan

SEGMEN : Mari Cari Kembar Blogger


Agak2 ada tak kembar cheq sue?
Lagi 3 hari nak cukup umur

28 Julai Tahun _____ 
 
(tunggu n3 ari Khamis yer...)

Novelog 2 : Kisah Aku Dan Dia - Ep. 31

“Abang pergi dua hari je. Lepas tu abang balik sini dan kita balik ke Kota Tinggi. Abang nak bincang dengan  keluarga Iman pasal kita. Abang dah tak sanggup nak tunggu lama-lama. Banyak sangat saingan abang.”
Tergelak kecil Iman mendengar kata-kata Firdaus.  Apa taknya. Dulu Rezal. Kemudian Nik Fauzan. Lepas tu Idham. Tambah pulak Idham ni musuhnya. Lagilah dia tak sanggup nak tunggu. Dia tak mahu berputih mata melihat burung di sangkar terbang jauh.
“Apa yang kau bebelkan ni Fir? Tak bertolak lagi ke? Nanti lambat sampaai.”
“Jangan risau mama. Setakat nak ke Seremban tu Fir boleh tiba tak sampai dua jam. Tunggulah dulu. Fir belum puas lagi nak bersama Iman.”
“Makcik, Firdaus kata nak ke Kota Tinggi bila dia balik nanti. Makcik izinkan tak?”
“Makcik memang tak nak tunggu lama-lama. Kalau boleh sekarang juga makcik nak kahwinkan kamu berdua.”
“Dengar tu bang.”
Mereka berdua tergelak bahagia.
“Okeylah, Fir pergi dulu. Jangan lupa jaga diri baik-baik. Nanti Fir telefon.”
“Abang bawa kereta baik-baik ya.”
Firdaus tersenyum. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak.
Lima minit memandu melalui jalan yang agak bercerun, Firdaus mengesan sesuatu yang lain pada keretanya. Puas dipijak pedal brek tapi kereta tetap bergerak.
Breknya tidak berfungsi!
Dia tidak tahu bagaimana untuk mengawal kelajuan kereta. Semalam dia sudah memeriksa keretanya dan semuanya ok.
Dalam kekalutan itu dia tidak dapat berbuat apa-apa bila sebuah lori cuba memotongnya. Kereta yang hilang kawalan sejak tadi di halakan ke kiri. Malangnya kereta itu bergeser pula dengan bas ekspress yang datang dari kirinya untuk masuk ke line tengah. Dia tidak tahu apa yang hendak dibuat.
Di matanya terbayang wajah mama dan wajah Iman.
Dia terdengar satu dentuman yang kuat.
Ternampak Iman tersenyum padanya.
Terasa kesakitan yang amat di kepalanya.
Ternampak mama tersenyum padanya.
Seluruh tubuhnya bagai berkecai.
Ternampak mama dan Iman sama-sama tersenyum padanya.
Badannya terasa hangat.
Tidak nampak lagi wajah-wajah kesayangannya.
Hangat dengan darah yang mengalir. Dia tidak dapat berfikir apa-apa lagi…matanya terpejam. Ya Allah…

*****

Puan Adibah terkejut mendengar berita yang baru didengarnya. Gagang telefon yang berwarna kuning terlepas dari pegangan. Tubuhnya terasa ringan dan serta merta dia rebah. Iman yang berada di dapur bergegas keluar dan ternampak emak Firdaus terlentang di sisi meja telefon. Segera dia memangku kepala perempaun itu. Gagang telefon yang terbuai-buai dipekapkan ke telinganya.
“Hello…hello…”
Senyap.
Nampaknya talian telah terputus.
Iman kebingungan. Kenapa tiba-tiba je Puan Adibah pengsan? Apa yang berlaku? Siapa yang telefon?
Dengan kudrat yang ada padanya dia mendudukkan Puan Adibah ke kerusi lalu ke dapur mengambil semangkuk air dan sehelai tuala.
“Fir…Fir…”Lemah suara Puan Adibah memanggil nama Firdaus ketika Iman membasahkan mukanya dengan tuala lembap.
“Makcik, kenapa ni?” Iman bertanya perlahan.
“Iman…Firdaus!” Dengan nafas yang tersekat-sekat Puan Adibah bersuara.
“Kenapa dengan Firdaus? Apa yang terjadi? Siapa yang telefon?” Perasaan ingin tahu memuncak dalam hatinya.
“Firdaus kemalangan. Dia di HUKM sekarang.”
Kemalangan?
Bagaikan kaca yang terhempas ke batu, begitulah hatinya. Jawapan Puan Adibah ibarat kaca yang menjadi serpihan yang mampu melukakan sesiapa saja. Dia ingin menangis tapi tak mahu tewas dengan air mata. Cepat hatinya beristighfar pada yang Esa.
“Kita ke hospital sekarang makcik.”
Puan Adibah mengangguk. Iman terpaksa memapahnya ke kereta. Dalam kesedihan yang cuba dikawal, dia berharap agar Firdaus selamat.
Nurse, boleh saya tahu di mana bilik Firdaus Hakimi?”
“Sekejap ya. Oh…dia masih di bilik kecemasan.”
“Terima kasih ya.”
Pintu bilik kecemasan yang tertutup rapat ditenungnya seolah-olah mahu pintu itu terbuka cepat. Biar dia tahu bagaiman keadaan Firdaus. Puan Adibah masih dengan esakannya hanya duduk di kerusi. Tak daya untuknya terus berdiri.
Hampir sejam menunggu dalam sepi, pintu itu terbuka jua. Dua orang doktor keluar.
“Bagaimana dengan pesakit dalam ni doktor?”
“Dia mengalami hentakan yang kuat di kepala dan mengalami pendarahan dalaman. Kami terpaksa membuat pembedahan untuk membuang darah beku dalam tubuhnya. Puan ni ibunya ke? Harap puan dapat memberi kebenaran untuk pihak kami menyelamatkan nyawanya.”
“Buatlah apa saja doktor asalkan dapat selamatkan dia.”
“Bila kami boleh lihat dia?”
“Buat masa ni tak siapa dibenarkan tengok dia. InsyaAllah selepas pembedahan malam nanti puan boleh melawat dia.”
Iman dan Puan Adibah berpandangan. Air mata emak yang tidak berhenti dari tadi disekanya.
“Sabar makcik. Kita samalah berdoa agar dia selamat.”
Melangkah masuk ke dalam wad yang berbau ubat dan dipenuhi segala peralatan memang menyesakkan nafas dan pandangan Iman. Puan Adibah terbaring di sofa panjang yang diletakkan di penjuru bilik itu. Dia tentunya kepenatan setelah berjaga semalaman. Kesian perempuan itu. Bukannya dia tidak mahu tunggu di sisi Firdaus tapi dia terpaksa ke pejabat. Hari ini dan esok dia mendapat cuti. Dapatlah dia menunggu Firdaus pula. Memberi peluang kepada Puan Adibah untuk merehatkan badan.
“Makcik…bangun makcik. Jom Iman hantar makcik balik. Makcik berehat di rumah dulu biar saya temankan Firdaus.”
Puan Adibah terkejut menerima sentuhan lembut Iman.
“Hah…tak apalah Iman. Biar aje makcik yang jaga dia.”
“Jangan macam ni makcik. Makcik dah terlalu lemah dan perlu berehat. Saya akan temankan Firdaus di sini. Kalau ada apa-apa perkembangan saya akan maklumkan pada makcik nanti. Kita balik ya…”
Terpaksa dia akur dengan pujukan Iman. Memang badannya dah letih benar. Tambahan pula dia mengidap asma. Kesihatannya perlu juga di  jaga.
Balik dari menghantar Puan Adibah, Iman kembali semula ke bilik Firdaus.
Lelaki itu nampak tenang di perbaringannya. Tiada luka yang teruk di badan. Cuma calar-calar halus. Ada kesan darah pada balutan di kepala. Di rusuk kanannya ada kesan pembedahan mengeluarkan darah beku tadi. Yang jelas nyata ada kesan-kesan lebam di tubuh, terutama di sekitar dada dan belakangnya. Kesian Firdaus. Sebak dadanya memandang lelaki itu lama-lama.
Iman tidak jemu merenung Firdaus. Sudah sehari di hospital, dia masih belum sedarkan diri. Takut juga Iman memikirkan semua itu. Bimbang jika ada berlaku apa-apa.
Tangan Firdaus digenggamnya. Sejuk.
“Abang…abang kena kuatkan semangat. Abang tak boleh tinggalkan Iman sendirian. Abang dah janji nak jumpa ibu bapa Iman. Abang dah janji nak hidup bersama Iman. Abang…sedarlah!”
Tiada respon.
“Abang…bila abang dah sedar nanti Iman akan masakkan sup untuk Iman. Abang sukakan sup ikan haruan kan? Sup tu dapat menyembuhkan luka abang dengan cepat.”
Iman terus bercakap seorang diri.
“Abang tahu tak…Iman cukup sedih bila abah menghalang perhubungan kita dulu. Iman ingat abang akan mempertahankan cinta kita. Sekarang abang kena buktikan yang abang betul-betul ikhlas pada Iman.”
Iman terus bercerita lagi, dan lagi, dan lagi….bertujuan merangsang pemikiran agar terus berfungsi. Namun Firdaus tetap seperti itu juga, kaku dan bisu.
Ya Allah…selamatkanlah dia!

BEN ASHAARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU?


Dulu dah join segmen yang ala-ala begini...
Alhamdulillah ramai yang bagi pendapat...
Ada boleh pakai
Ada boleh senyum...
Kali ni kita tgk lagi ape pulak orang nak kritik pasal blog nih...
Jangan ada yang suruh cheq sue tukar dapur baru udah....
BTW...kuhargai apa yang bakal dikritik itu
(*______*)

Ayam Masak Merah Bermadu Pandan

Assalamualaikum & salam sejahtera


Tadi kan cheq sue dah tunjukkan nasi ketumbar yang dibuat untuk lunch semalam. Lawannya pula adalah ayam masak merah bermadu pandan. Ayam ni adalah olahan daripada masak merah yang selalu dibuat, dengan menambahkan sedikit madu dan daun pandan. Baunya harum semerbak dan rasanya manis2 pedas gitu. Cheq sue memang suka masukkan daun pandan kalau buat masak merah atau sambal sebab aroma juadah yang terhasil tersangatlah menggoda dengan wangi pandan yang memanggil2 untuk di rasa.
Masak merah ni pun bermacam2 cara dan gaya boleh dibuat bergantung kepada selera masing-masing. kalau nak tambah sayur campur pun boleh...nak masukkan ubi kentang pun takde masalah.... cheq sue pulak tengok pada keadaan & bende apa yang ada kat dapo... he he he. kalau nak tukar ayam tu dengan ikan ke, sotong ke, udang pun dipersilakan..
Jom la kita tgk resepi lak ye...

Phewwww.... cheq sue buat yang berkuah2 sikit... macam biasa la tu yer

Alhamdulillah... dah selamat dijamu ye... Licin semuanya

AYAM MASAK MERAH BERMADU PANDAN
Sumber : Sendirian Berhad

Bahan-bahan :
- setengah ekor ayam (potong sederhana kecik) - garam kunyitkan dan goreng hingga masak
- sebiji bawang besar *
- sebiji bawang putih *
- 4 ulas bawang merah *
- sedikit halia *
- 3 sudu besar cili giling
- 1 biji tomato masak (dadu)
- 2 sudu besar madu
- sehelai daun pandan
- sos tomato, sos cili, kicap, gula & garam secukupnya
- sedikit air untuk kuah
**penggunaan bahan2 boleh diubah mengikut citarasa memasing

Cara-cara :
- blend halus bahan *
- tumis bersama cili giling sehingga garing & naik bau
- masukkan tomato dan sedikit air
- tambahkan sos cili, sos tomato, kicap, madu dan daun pandan
- masukkan ayam, gaul sebati dan masak seketika
- rasakan gula dan garam

Nasi Ketumbar

Assalamualaikum & salam sejahtera


What a beautiful Monday... he he he... tak terasa 2 hari bercuti, belum puas bersenda bergembira berpoya-poya...dah kena berbakti kepada negara semula. Aduiiiiii kalau ikutkan nak cuti...setahun pun xpe.. Apapun semoga hari ni akan terus menceriakan cheq sue dan juga teman2 yang lain...
Untuk resepi kali ni, dipersembahkan menu lunch semalam. (semalam bizi berjalan-jalan...tak sempat hapdet). Rasa-rasanya ramai yang dah mencuba nasi ketumbar ni. Cheq sue tetibe rajin pulak mencarik sape yang dah buat.. lauk sampingan xsoh cakap la. persembahan lima bintang. rasa super duper sedap.. Antara yang dah masuk senarai adalah Kak NorKak Ayu S'poreKak MadihaMasKak CT DelimaKak AnimKak WanaKak Diana dan ...... cheq sue lah!!! (*_*)
Nampak macam sedap je...nak buat pun senang sebab tak menggunakan susu @ santan. Jadi, semua bahan2 boleh dapat dengan mudah, nak aje cheq sue mencubanya. Kira2 macam masak nasi biasa aje, cuma ditambah dengan daun ketumbar dan beberapa bahan lain. Beras pulak cheq sue gunakan beras Siam aje, sebab xde stok basmathi... sebab tu la at the end nampak la nasik tu macam kontot2 aje, orang kelantan kata, PECAH PERUT @ hancur. Tapi xde hal la tu... janji masak. Jom kita tgk resepi ye...kot2 ada yang berkenan nak cuba pulak..


Kalau ditengok betul2, nasi ketumbar cheq sue ni agak kekuningan sedikit sebab bawang merah goreng tu TERhangit sedikit... he he he

Pelengkap : ayam masak merah (next n3) dan acar timun. Perfect menu


NASI KETUMBAR
Sumber : Q'ein MyR 

Bahan-bahan :
-500g beras  
-3 s/b mentega  
-sedikit minyak  
-1 biji bawang merah (dimayang halus)  
-3 batang daun ketumbar (blender halus)  
-sedikit garam 
-pewarna hijau  
-1 kiub ayam 

Cara-cara 
-basuh beras dan toskan  
-cairkan mentega bersama sedikit minyak
-Masukkan bawang goreng sehingga wangi dan masukkan kiub ayam
-Kemudian masukkan beras, daun ketumbar yang telah blender tadi dan secubit garam
-Masukkan air dan masak seperti nasi biasa
-bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna hijau
-tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.

      Sunday, July 24, 2011

      Jalan-Jalan Lojing

      Assalamualaikum & salam sejahtera...

      Buat ape weh semuanya... Adui.... kemain la ari Sabtu ni yer...jangan kata orang lain..cheq sue arini kejenye berjalan2 aje. Dari pagi berlenggang ke Brinchang... balik, makan tengah hari berjalan2 pulak ke Kelantan... heeeeeeee walaupun kat Lojing aje tapi dah daerah Gua Musang Kelantan.
      Petang tadi bersantai2 di Taman Kekal Pengeluaran Makanan, sambil2 bergambar. Pastu berpoya2 pulak ke kebung anggur yang berdekatan. Sebenarnya kat CH ni dah pernah nampak orang tanam anggur...kawan pun ada tanam, tapi yang ni special siket sebab masuk sendiri ke kebun...tengok dan rasa kat kebun tu terus... sebenarnya bangla tu eksen kemain...kunun2 x suke la kami masuk lam kebun tu...tapi dia tak tahu kite ni orang Malaysia...berani nak lawan??? (T___T).. tah hape hape jerk
      Tapi kalau sesape yang datang ke CH ni...memang payah sikit nak jumpa sebab kebun ni kedudukannya agak tersorok... nak kenal betul orang2 yang berkaitan. kira2 cheq sue ni glemer jugak la kat Lojing tu...senang nak masuk2 tu... He he he...
      Jom...jangan segan2 nengok gambar ni ye...


       Kak Hawa...posing ngan anggur yang dipetik, jenis BLACK QUEEN, di pasarkan ke Timur Tengah dan USA untuk diproses menjadi wain. Rasanya sedap, manis, tak macam anggur biasa

       Bahagian atas pokok anggur, bawahnya ditanam dengan kobis secara fertigasi...

      Belum masak lagi...rasa macam nak petik aje


      Dari dalam bungkusan...

       Kemain semangat kobis ni...langsung xde lubang2 kat daun... Masa kitowang masuk tu pekerja tengah sembur baja... katanya