PAGES

Tuesday, December 31, 2013

Apam Tepung Gandum... Entry Terakhir 2013

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Ini merupakan n3 terakhir tahun 2013. Semuanya berjumlah 328, kurang sedikit dari n3 tahun sebelumnya. Apapun saya berharap segala yang telah dikongsi memberi manfaat. In Sha Allah jika diizinkan saya akan terus berkongsi dengan anda semua di tahun 2014.

Apam gandum ni saya buat masa bercuti di kampung. Bila dok rumah mak ayah, kadang2 kena fikir nak masak apa... Kalau kata kuih muih moden ni diorang tak pandang sangat. Saya pulak kebetulan memang dah lama nak cuba apam ni. Tambah pulak anak2 sedara memang ada di rumah. Mmmm memang seronok la masak, saya buat ni pun satu adunan seperti yang dibuat Mat Gebu.

Lepas sembahyang Subuh saya bancuh adunan dan kukus dua jam kemudian. Elok je naiknya. Walaupun begitu tak berongga seperti yang sifu buat. Ada jugak rongganya..cuma tak nampak dalam gambar. Anak sedara saya pulak tak menyempat tunggu apam ni sejuk, dah menunggu nak makan. Bila potong memang tak cantik la sebab masih panas. Kat dalam gambar tu walaupun nampak agak padat tapi sebenarnya ia sangat lembut dan gebu.

Memang puas hati lah dapat makan apam ni. In Sha Allah boleh buat pulak lain kali. Saya copy resepi di bawah untuk rujukan akan datang. TQ Che Mat...


APAM TEPUNG GANDUM
Resepi : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g tepung gandum
3/4 cawan gula perang (brown sugar)
2 cawan air
11 g yis + 1/2 cawan air, larutkan
Kelapa parut putih + sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
Gaul rata tepung dengan gula perang hingga rata. Tuang bancuhan yis dan kacau rata. Tambah air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan tidak berbintil2.
Lenser loyang bulat berukuran 10 inci dengan sedikit minyak masak. Tuang no. 1 dalam loyang tadi dan biar 1 jam atau hingga naik memenuhi loyang tadi.
Kukus atas air mendidih selama 40 - 45 minit (mat balut penutup kukus dengan kitchen towel). Sejukkan apam sepenuhnya sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut tadi....

Monday, December 30, 2013

Resepi Telur Dadar Daun Ramunggai

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ini merupakan menu klasik my cek. Dia memang suka kalau telur didadar dengan daun (pucuk) ramunggai - bahasa Kelantannya 'mungga'. Ini lebih kurang sebagai penambah lemak dalam telurlah... tak rasa pahit pun kerana bahagian pucuk saja yang digunakan. Selain digoreng dengan telur seperti yang saya buat ni boleh juga kalau nak campurkan dalam masak lemak putih. Memang sedap. Contohnya macam lemak putih keledek atau pun kulat sisir.


Kalau tengok dalam gambar tu memang tak cantik langsung. Serupa jugak seperti telur dadar biasa cuma warnanya gelap sikit. Rasanya susah sikut nak describe... korang kena buat dulu baru boleh tahu...


Nisbah campuran telur dan daun. Agak2 la kang kalau banyak daun jadi cam kambing lak katanya... he he he...

Yang dibawah ni adalah daun ramunggai dalam keadaan asli. Nasib yang ni pokoknya rendah jadi bolehlah ambil dengan tangan. Saya ingat dulu arwah tok guna pucuk ni untuk ubat burung tekukur dengan menggumpalkannya. Pokok ni ada jugak berbuah dan sedap jika dibuat gulai atau kari. Saya tak pernah buat lagi tapi pernah tengok Kak Diana post di blognya.

Nanti korang cuba la ya... resepi ringkasnya ada saya tulis di bawah...


TELUR DADAR DAUN RAMUNGGAI
Resepi : Cheq Sue

3 biji telur + 3 ranting daun ramunggai (asingkan daun dengan ranting) + 1 biji bawang besar (mayang) + secubit garam

campur semua bahan, kacau hingga sebati
panaskan minyak dan goreng seperti telur dadar biasa

Sunday, December 29, 2013

C@AC 10 : Cotton Soft Japanese Cheese Cake




Aloyah termenung di depan laptopnya. Sudah 3 hari Aloyah Café sepi tanpa sebarang entry. Dia bukannya tak ada apa-apa untuk diupdate, tetapi ideanya kering. Tambahan pula gambar-gambar masakan yang diambil sangat tidak memuaskan. Itulah yang mematahkan semangatnya nak berblog. Line broadband pun dah makin tenat. Kalau diletakkan dengan kura-kura, agaknya lebih laju lagi kura-kura tu berjalan daripada meloading. Dah beberapa kali juga modemnya dibaling, tapi ke tilam sajalah. Nak baling ke lantai sayang lagi… 

Aloyah sekadar membuat blogwalking sambil melihat apa yang kawan-kawan mayanya masak. Sekali tengok memang dia nak cuba semua. Kalau tak habis, tukang makan ada di sebelah rumahnya. Pendek kata bila dia memasak, orang lain yang untung. Itu yang selalu dikatakan Syafiza.

Dia membuka laman web My Resepi di toolbar, salah satu lawan web masakan yang mula-mula dikenalinya sedari berkecimpung dalam dunia masak-memasak. Laman web itu bukan sahaja memberi idea kepadanya, malah kepada hampir keseluruhan wanita di Malaysia. Bagi yang tidak tahu, pelbagai resepi di sediakan dengan pelbagai kumpulan masakan. Semuanya berbaloi untuk di cuba. Aloyah menekan menu kek. Dia mahu membuat sesuatu untuk diisi ke dalam blog. Mmmm… ada 1069 resepi yang tersedia. Bermacam-macam nama pun ada sekali dengan jumlah komen dan berapa yang telah mencuba resepi berkenaan. Antara kek yang paling banyak dicuba atau yang paling menjadi pilihan ialah cotton soft japanese cheese cake. Nampaknya ramai betul penggemar cheese cake ya. Jadi Aloyah mengambil keputusan untuk mencuba. Dia turut ingin merasainya.

Aloyah meneliti resepi kek tersebut. Kebanyakan yang menghantar laporan menyatakan kek itu menjadi. Hanya ada 2 3 sahaja yang gagal. Dia cukup takut sebenarnya bagi kek yang memerlukan pengasingan telur putih dan telur kuning, macam nak buak kek sifon. Bukan apa, kadang-kadang adunan tak cukup gebu, ada kebarangkalian kek tak menjadi. Tetapi, Aloyah tetap meneruskan misi. 

Mmmm, 6 biji telur. Banyak jugak. Tepungnya pula hanya 80 gram, itupun dah dicampurkan tepung jagung dan tepung gandum. Iyalah, cheesecake mana guna tepung banyak-banyak ye dak?

Aloyah mengikut langkah yang dinyatakan. Cream cheese, butter dan susu dicairkan secara double boiler iaitu dengan meletakkan bekas tak kisahlah aluminium atau kaca di atas air panas mendidih, bukan atas api direct. Susah jugak nak mencairkan adunan tu. Aloyah perlu sentiasa kacau bagi memastikan ianya tidak berketul. Setelah semuanya cair, ia perlu disejukkan sebelum dimasukkan telur kuning, tepung, garam dan jus lemon. Ok, satu bahagian dah siap. Aloyah harus membuat bahagian kedua pula iaitu menyediakan adunan telur putih atau meringue. Ni yang dia seriau. Dia harus berhati-hati. Knead hand whisker ditukar. Dia mahu menggunakan yang bersih. Tak boleh ada air atau sebarang bahan asing. Setitik telur kuning pun tak boleh ada kalau nak beat telur putih ni. Cerewet sungguh. Macam Encik Paris pulak.

Setelah dipastikan adunan telur putih bebas dari telur kuning, Aloyah memasukkan ¾ sudu kecil jus lemon dan mula memukul hingga foamy atau berbuih. Kemudian gula castor dimasukkan sedikit demi sedikit sambil terus memukul sehingga softpeak (bertanduk). Setelah agak-agak cukup gebu Aloyah memberhentikan whisker. Dia tidak mahu overbeat. Mudah sahaja nak menentukan adunan sudah cukup dipukul atau tidak. Terbalikkan sahaja bekas mengandungi telur putih di atas kepala. Kalau tak jatuh maksudnya dah ok la tu. 
Loyang 9 inci yang telah siap disediakan dilapik dengan baking paper. Pembakaran kek ni adalah secara water bath seperti juga puding karamel krim keju yang pernah dibuatnya dulu. Aloyah meletakkan di dalam loyang yang lebih besar dan menuangkan air panas ke dalamnya lalu dimasukkan ke dalam oven bersuhu 160’C. Elok siap dia masukkan loyang ke dalam oven, kedengaran ada sms masuk.

Ø  Buat apa tu kakak

o   Tgh baking Kak Muna. Knp

Ø  Mlm2 pun ada je projek kakak ni

o   J boring dok sesaje kak... diorang x ada. Afif dgn Medina sihat?

Ø  Diorang keluar dgn abg, nk mkn roti canai katanya

o   Akak x ikut?

Ø  Xnk la akk, byk yg akak nk buat ni

o   Ada apa akak sms kakak ni?

Ø  Akk nk tya kakak pasal silicon mould ni

o   SM?

Ø  Akk ada beli tp takut nk guna. X cair ke masuk oven?

o   Ish akk ni. SM x cair la smpi suhu 230’C. Kakak pn ada, selamba je guna

Ø  Org jual tu pun ada ckp, tp takut la akk

o   Kalau akk takut nk guna, blh buat mould puding dulu. Xdelh ssh bila nk keluarkan

Ø  Nntilh akk cuba buat muffin. Bdk2 asyik tya je bila mama nk buat

o   Akk cuba je dulu, kalau xnk dh blh bg kakak

Ø  Hish, mahal akk beli tau

o   Kakak gurau je. Nnti akk kirim slm ya pada abg & ank2

Tersenyum Aloyah dengan sms kiriman Kak Munawwarah, isteri abang longnya Muhammad Syukri. Memanglah. Silicon mould tu sekali pandang macam plastik aje tetapi mempunyai ketahanan suhu tinggi. Aloyah dah ada 3 koleksi. Salah satunya digunakan untuk membuat mini kek dulu. Di awal-awal memang dia berperasaan seperti Kak Muna juga tapi dah lama ok aje. Dia ada mendapat maklumat di blog Hasue.

Aloyah mengangkat loyang kek dengan hati-hati. Di dalamnya ada air panas. Aluminium yang membaluti bahagian atas di buka. Konon-konon tak mahu kek hangit tapi macam tak lawa la pulak bila putih aja, macam tak masak gitu. Eh, kenapa kek ni mengecil di atas? Apasal pulak ya? Aloyah kebingunan. Keknya besar di bawah dan kecil di atas. Kalau untuk tempahan tak cantik langsung ni. Kenapa ya. Oooooo tadi dia ada tambah air dalam loyang, tapi dia guna air sejuk, agaknya itulah sebab keknya jadi begitu.
Untuk menyelamatkan keadaan, Aloyah mahu meletakkan coklat cair di atasnya. Kebetulan ada lebihan dia guna minggu lepas. Aduh, piping bag pula dah habis. Aloyah menggunakan plastik biasa. Dan belum pun siap coklat dilorekkan, plastik dah koyak. Kan dah kena...



‘Eh, tak payah la Encik Fareez bawak ke sini, saya boleh ambilkan.’
Aloyah sedang menikmati cheesecake dipantry ketika Ahmad Fareez masuk membawa mug.
‘Saya nak ambil air suam ni. Awak tak keluar rehat ke?’
Muka Encik Paris nampak tidak bermaya. Kebelakangan ini ada banyak kerja yang perlu diuruskan di pejabat. Audit, kewangan, mesyuarat...macam-macam.
‘Malaslah nak keluar. Lagipun ada bekal ni.’
‘Apa awak bawak  hari ni.’
‘Cheesecake.’
‘Bak saya sikit.’
Aloyah meletakkan 4 keping ke dalam piring. Bagaimanapun Ahmad Fareez sudah berlalu ke biliknya kerana ada panggilan.
‘Apa tu Loyah?’
‘Kek. Encik Paris mintak.’
‘Amboi, bukan main sayang kau dengan bos ya.’
‘Bukan gitu Kak Tipah, dia mintak tadi kan la saya nak kata tak boleh. Lagipun ada banyak ni. Kalau akak nak pun ambillah.’
Dia tak faham betul dengan orang pejabat ni. Selalu saja menyindir kalau dia bagi apa-apa pada Encik Paris padahal sebagai pembantu dia harus menyediakan apa yang bos mahu.
Sunyi. Agaknya Encik Paris sudah habis berbual. Aloyah mengetuk pintu dan menolaknya perlahan. Piring kek diletakkan di bucu meja.
‘Nanti bawakan minit mesyuarat jabatan minggu lepas ya.’
Minit mesyuarat? Nasib baik dia dah siapkan kalau tak masak jugak dia nak bagi alasan.
Aloyah duduk sekejap di kerusi. Dia membuka buku catatan.

·         ~ Kopi (pekat, kurang gula). Milo suam. Air suam
·         ~ Western / cheese
·         ~ Nasi lemak Mak Nab, nasi putih + ayam goreng
·         ~ Tak pernah senyum

Itulah antara catatan awalnya terhadap Ahmad Fareez. Tang makanan tu memang semua dah maklum akan kecerewetannya. Cuma yang no 4 tu. Setakat hari ni dia belum nampak lagi senyuman Encik Paris. Mahal sangat harganya....
 

Saturday, December 28, 2013

Ikan Talapia Bakar Tempoyak

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Tak sangka rupanya di kampung harga ikan talapia agak mahal. RM10 per kilo. Kalau dekat CH baru RM5 - RM6. Seekor yang saya beli ni harganya RM2. Tak la besar sangat, macam yang saya selalu beli tu aje. Ya... memang saya beli seekor je. Orang kat rumah ni bukannya suka sangat ikan talapia. Saya beli seekor, saya yang makan semuanya.

Godek2 internet, berkenan pulak dengan resepi Kak Gee ni. Ikan bakar dengan tempoyak. Kebetulan di rumah memang ada stok tempoyak. Lagi pula masakan ni saya belum cuba lagi. Sekejap saja menggodeknya. Bakar dalam pemanggang ajaib. Tak sampai 15 minit dah pun boleh makan. Saya makan dengan nasi panas gitu je, malas nak buat cicah. Tapi yang sebenarnya kalau dimakan dengan pencicah tu lagi sedap. Kalau tak percaya silalah cuba... 

TQ Kak Gee... Saya copy semula resepi di bawah ni ya..


IKAN TILAPIA BAKAR TEMPOYAK
Resepi : Kak Gee

3 ekor ikan tilapia - bersihkan
1/2 cawan tempoyak
5 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
1 helai daun kuiyit muda ~mayang halus
3 helai daun kunyit
garam
gula

Cara :
Tumbuk lumat kunyit hidup dan cili padi.
Tambahkan sedikit garam dan gula.
Campurkan ke dalam tempoyak.  masukkan daun kunyit muda yang dimayang halus dan gaul rata
Lumurkan bancuhan tempoyak ini ke atas ikan tilapia tadi.
Balutkan ikan dengan daun kunyit dan bakar.
Ikan bakar ini sedap dimakan / dicicah dengan air asam.
 

Friday, December 27, 2013

Kerepek Pisang Tanduk

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Semasa ke Melaka baru-baru ni, nak terjojol rasanya mata saya bila melihat pisang tanduk yang bergantungan semasa melalui Pasar Alor Gajah. Kalau di CH, jangan kata pisang tanduk, pisang biasa pun payah nak jumpa.

Saya memang pantang jumpa pisang tanduk, mesti nak beli. Dalam pengajaran saya di sekolah, memproses kerepek pisang merupakan salah satu bab yang perlu diajar di tingkatan 5, kalaulah mudah dapatkan pisang ni bolehlah saya tunjukkan pada pelajar.


Saya beli 3 biji aje pun, sekilo RM6. Boleh tahan jugak. Kalau masih sekolah boleh beli banyak sikit tapi masa tu pun dah cuti, ada 3 biji pun dah cukup. Memang saya dah niat nak buat kerepek. Kalau beli banyak-banyak sampai membazir tak sedap jugak kan... Walaupun 3 biji aje, tapi memang puas makan kerepek. Satu balang saya bawa balik kampung dan satu balang lagi saya makan sambil nengok tv...

  
Lihat sajalah pisang yang telah disagat. Tengok pula saiznya macam mana. Jika dibandingkan dengan pisang biasa, pisang tanduk kurang sedikit getahnya. Jadi kalau sagat terus sebelum digoreng tu tak ada masalah nak masukkan dalam kuali satu per satu.

 
Untuk goreng kerepek pisang tanduk ni bagus jika kita menggunakan minyak yang banyak supaya pisang tidak bersesak di dalamnya dan masak sekata. Masa menggoreng tu selalu kacau supaya permukaannya dapat digoreng dengan sempurna. Ewahhhh... rasa macam dok mengajar dalam kelas pulak.

Untuk kerepek ni saya hanya menggorengnya begitu sahaja tanpa meletakkan air garam atau menyiranya dengan air gula. Bagi saya kerepek pisang tanduk lebih sedap dimakan secara alami... -_- Jadi takyah la saya tuliskan resepinya kan? Semua dah tahu buat...

Thursday, December 26, 2013

Kari Ayam Pakistan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila asyik masak yang biasa je memang rasa boring. Di kampung, bila ada budak2 seronok sikit nak makan @ masak ayam. Kalau orang2 tua ni pilihan mereka tentunya ikan. Di rumah saya sendiri hanya adik bongsu yang suka makan ayam. Selalunya samada tomyam, gulai atau masak merah. Kalau bapa saya pula hanya makan bila dibakar atau dibuat percik.

Kebetulan masa anak buah ada di kampung, saya cubalah kari ayam Pakistan seperti yang saya nampak di blog Kak Amie. Memang dah tahu dah, kalau masak macam ni memang tak laku. Tambah-tambah pulak bila tak berkuah. Pada saya pula tak ada masalah, semuanya saya makan. Tetapi masa buat ni terlebih masukkan halia. Aik... mungkin halia tu tak sepadan dengan ayam yang saya guna, hanya 5 ketul sahaja.

Jadi esoknya saya oterlah semula, dan buat nasi goreng. Next time nak cuba lagilah, agak kurang puas hati dengan hasil kali ni...


Resepi : Ayam Masak Kari Pakistan
Sumber : Kak Maria Hakem

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong 16 bahagian 
4 biji bawang besar - cincang
4 biji tomato merah - cincang
1 sudu makan halia kisar
1 sudu makan bawang putih kisar
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk ketumbar
2 cawan air
garam
1/2 cawan minyak
garam masala - jika suka (tak bubuh pun tidak apa - Amie tidak bubuh)
hirisan cili padi dan daun ketumbar untuk hiasan
saya tambah kentang
 
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar cincang hingga kekuningan.
2. Masukkan tomato cincang dan teruskan tumisan hingga sebati.
3. Tambahkan halia dan bawang putih kisar, serbuk cili serta serbuk kunyit.
4. Kacau hingga sebati dan masukkan air. Biarkan bahan tumisan masak sehingga bawang dan tomato hancur. (Menurut Kak Maria, menumis bahan ini boleh memakan masa selama 1 jam!)
5. Masukkan ayam dan gaul rata. 
6. Tidak perlu tambah air kerana daging ayam akan mengeluarkan air. Perasakan dengan garam (Amie tambah sedikit serbuk pati ayam).
7. Kacau sebati dan masak sehingga kuah kering. (sebaiknya jangan sampai kering).
8. Hidangkan bersama taburan cili padi hiris dan daun ketumbar.