PAGES

Wednesday, April 29, 2015

Ayam Bakar Suka Suki

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ayam bakar ni saya godek2 suka hati saja, sebabtetiba je rasa nak makan. Beli ayam sebelah, dan separuh bahagian dada tu saya perap serta bakar. Malamnya saya makan sikit dan esoknya bawa bekal ke sekolah. Yang sebenarnya dah agak lama tak masak ayam saiz camni, rasa macam pelik pulak.


Kejadian keesokannya. Bawa ke sekolah sekali dengan pisau apa tu sumer. Sos guna Thai dip dengan mayonis. Tapi biasalah makan benda sejuk ni tak berapa nak masyuk sangat, sebab gigi pun terkejut. Tapi rasanya agak boleh tahan...


Tuesday, April 28, 2015

Pucuk Ubi Goreng Belacan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kalau selalu pucuk ubi dimakan setelah dicelur, kali ni menu di up sikit dengan menggorengnya dengan belacan. Resepi ni di cuba setelah tak menahan godaan gambar yang ditunjukkan Wana... kebetulan pulak saya ada bawak pucuk ubi dari kampung jadi memang laju la mencuba. Siapa sangka kan.. pucuk ubi pun boleh je digoreng belacan, bukan kangkung atau kailan aje...


Setelah makan, memang rasanya sedap, cuma pada saya pucuk ubi ni mungkin perlu dicelur terlebih dahulu sebab yang saya buat ni agak keras, mungkin saya masak sekejap saja ataupun saya hirisnya agak besar. Apapun ini satu resepi yang menarik untuk dicuba.

TQ Wana...


Wednesday, April 22, 2015

OKURMA Overlock Machine OKM620-F

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Gajet terbaharu koleksi jahit menjahit yang saya beli sebelum GST aritu. Kiranya ini pelengkap kepada mesin jahit separa antik SINGER yang saya miliki sejak 2005... kiranya lengkaplah sepasang hitam dan putih, gayanya dah macam satu keluarga pulak kekdahnya...


Yang sebenarnya tak plan pun nak beli mesin jahit tepi ni dalam masa terdekat, tapi mengenangkan GST yang dok kecoh ribut ketika itu, maka saya leburkan bajet untuk beli mesin basuh dengan beli benda ni terlebih dahulu. My Mek pun tak kata apa, hanya mengiyakan bila saya kata nak beli mesin zig zag, mungkin sebab dia nampak saya asyik dok jahit kan...


Tuesday, April 21, 2015

Jus Tembikai Halia

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Macam pelik je tajuk jus ni kan? Korang pernah cuba ke jus tembikai campur halia ni? Saya pun pertama kali saja membuatnya, sekadar mencuba untuk mendapatkan rasa yang berbeza. Kira ok2 jugaklah. Cuma yang pelik ngape saya gi bubuh stoberi sebagai garnish... agaknya mungkin sebab warnanya yang seakan-akan jus stoberi.


Untuk bahan2nya tak ada yang rigid, hanya campur tembikai dengan sedikit halia dan sedikit gula, kemudian blendlah hingga hancur lebur. Kalau suka boleh campur dengan air. Saya ni minum tanpa ais...

Cubalah nanti ya kalau sudi...


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Wednesday, April 15, 2015

Talam Keladi

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

N3 backated. 

Alkisahnya cerita talam keladi ni memang saya akan ingat sampai bila-bila. Kekanda serumah saya ada beli setongkol keladi, dekat RM8 jugak regenya. Dok tergolek terlentang di dapur sampai dekat2 nak cuti raya cina masih tak buat2. Kalau dah masuk angin kompom tak sedap kan... Jadi saya bawak balik Kelantan, konon2 nak buat dekat rumah. Tapi tak terbuat jugak dek kesibukan nak buat majlis kesyukuran dengan anak2 berudu yang balik. Jadi bawak semula ke CH...


Sampai di CH melepak dulu keladi ni dekat dapur. Fikir2 tak boleh jadik ni. Tukang beli dah tak mahu buat jadi saya ni rasa sayang pulak nak biar macm tu aje. Jadi saya pun merajinkan diri untuk buat kuih talam sebab itu adalah kuih yang saya suka. Cuma kena maklumlah nak buat talam ni pakai santan banyak... tak apalah, kebetulan ada stok kelapa segar, pastu topap dengan santan kotak maka akhirnya terjadilah kuih talam ni.


Friday, April 10, 2015

Lempeng Kelapa Mesin Hancur

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Agaknya ada yang tertanya2 tak kenapa resepi ni saya namakan lempeng kelapa mesin hancur? Sebenarnya saya ada bawak kelapa kulit hijau dari kampung, yang mana ia sangat sesuai la nak buat lempeng ke... jemput2 ke. Tapi yang geramnya bila dah sampai CH, nak mesin kelapa tu, mesinnya pulak tak mahu bergerak. Aiseymannnn... dulu dah repai, tapi agaknya sebab lama tak guna dah merajuk lak dia.

Jadi taknak membazirkan kepala tu, saya pun ketuklah nak asingkan isi dengan tempurung, dan kemudian saya racik kecil2 pastu saya blend dengan air. Hasil yang saya blend tu saya campur dengan tepung dan bahan2 lain, kendian bakar atas non stick dan jadiklah lempeng kelapa mesin hancur. He he he... pandai tak saya???




Thursday, April 9, 2015

Belut Tumis Halia





Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Ini resepi belut yang kedua. Belen dari belut paprik. Maklumlah beli sekilo, memang banyak dapatnya. Tukang yang makan pulak memang kurang. Belut yang saya bawak tu dah siap digoreng, kira ni macam perangat semula dan tambah bahan2 lain untuk upkan rasanya.


Saya masak ni ala2 simple je. Sebab tak nak yang berkuah, kalau boleh biarlah kering2 sikit baru sedap nak makan. Guna bahan lebih pada campak-campak, mungkin setiap orang ada cara yang lain.

Wednesday, April 8, 2015

Pokok Mahkota Dewa

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Di rumah saya ada sepohon pokok mahkota dewa, sejenis pokok herba yang banyak khasiatnya dalam perubatan tradisional.  Ianya sangat mudah tumbuh, namun saya tak pasti pokok di rumah ni ditanam dengan anak ataupun biji. Pokoknya tak besar sangat, umur dalam lingkungan 2 tahun je rasanya.

Pokok mahkota dewa juga sangat mudah berbuah walaupun tanpa penjagaan yang rapi.  Dari segi perubatan, yang saya tahu bahagian yang digunakan adalah daun dan buah. Meh kita tengok2 pada siapa yang belum kenal pokok ni..


Ada la setinggi saya pokoknya. Kalau tengok kan daun tu rasa nak ambil wat ulam je.


Sunday, April 5, 2015

Potret - Akim & The Majistret

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 



Feeling2 hari Ahad...


Thursday, April 2, 2015

Gulai Kuning Telur Itik Dengan Belimbing Buluh

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Minta maaf ya semua... sekarang ni payahnya nak dapat 1 n3 sehari, sebab bila dah berkepit dengan mesin jahit, dah mula projek menjahit memang susah la nak tinggal. Ketagihnya lain macam sikit selagi benda yang dijahit tu tak siap.... memang ralat la nak jauh dari mesin tu... Tapi saya cuba lah ya... upkan yang ada dalam draf ni.