Wednesday, June 11, 2014

Xin chào Việt Nam 9 : Makan Buah di Qui Islet

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Dah dapat duduk, ada kipas memang rasa lega sesangat. Hari tu cuaca sangat la panas, rasa berpeluh sampai ke keti, kalau duduk dekat Abang La tak ada beza dah bau badan. Perut pun dah lapar, tahu2 sajalah perut Malaysia, tambah2 pulak perut saya ni. T_T

Bila saya check iti, tempat makan kami di di rumah Encik Nam .... (tak ingat) barulah saya perasan yang namanya sama dengan guide kami. Rupa2nya di sini adalah rumah abangnya (mungkin kawasan ni juga).


Okeh, Nam bagi penerangan. Katanya makan yang manis dulu sebab nenas tu masam. Buah ciku tu gedabak besar korang tahu...dengan manisnya perghhhh tak pernah lagi jumpa saiz tu.


Haziq dapat layanan istimewa dari kekanda. Kemain sedap tengok dia makan buah ciku. Saya sudah tentulah terkam buah naga dulu. Lama betul tak makan. Selain buah naga, ciku dan nenas ada juga buah nangka dan jambu batu. Kemain terliur tengok buah nangka tu tapi takleh nak makan.


Datang seorang penyanyi pertama. Entah apa yang dinyanyikan dalam bahasa Vietnam. Lagi tradisional barangkali. Terpegun sat tengok badan dia, perghhhhh perut pun tak ada! ** Sorok muka dalam terendak**


Pakcik tukang main muzik ni steady je. Ada gitar dan dua jenis alat lagi. Maaf saya tak tahu nama.


Amboi... sempat pulak Cheq Da ni bergambar dengan salah seorang penyanyi pada hari tu.


Cerit punya cerita, yang pakai baju hijau belah kanan tu rupa2nya kakak ipar si Nam. Oooooo...
Tengok sajalah muka diorang ni, menangis weh. Kemain gebu kulitnya. * Mode nyesal sebab tak beli royal berry!


Reramai nyanyi lagu ANAK KAMPUNG by Jimi Palikat. Tak la sempurna macam penyayi asal tapi boleh la atas kesungguhan mereka hafal lagi tu. Nyanyi pun pakai sebut aje, langsung tak bernafas. Berdesup macam ketapi.


Dah siap makan2, dengar lagu dan menyumbang duit tabung, kami menapak sekali lagi. Sederet dalam barisan menuju ke satu tempat.

Tengok sajalah si Nam tu, sporting kan? Guide lain...hado?

6 comments:

  1. Baju Vietnam tu lawa, saya ada sepasang dulu kawan bagi. Tetiba kan. Kagum tau siap nyanyi lagi Tanak Kampung. Gigih sangat hafal.

    ReplyDelete
  2. Besar tengok buah ciku tu cheq shue.. baju dorang cantik2 tapi tulah jarang ya amat.. boleh nampak yg dalam ehe :)
    Nasib baik dorang ni comey-comey belaka kan cheq sue :D

    ReplyDelete
  3. Untunglah dpt guide sporting
    Org vietnam ni badan selim melim. Alamak si baju putih tu seksi u ouls kelabu mata hitamku

    ReplyDelete
  4. sedap melancong cheq sue. hehehe.

    ReplyDelete
  5. Jeles dgn kulit depa yg licin selicinnya tu..

    ReplyDelete
  6. huhu,kalau akak pun jeles tgk perut dia,huhu

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]