PAGES

Thursday, October 29, 2015

Kuetiaw Sup Kaki Ayam NOXXA

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Aikkkk... kaki ayam pun jadi?

Eh eh eh... sedap apa kaki ayam. Banyak kolagen semulajadi tau (walaupun katanya kolesterol kat kaki ayam ni tinggi). Ye ke... ada yang setuju ke dengan fakta tu?


Saya memang suka sangat kaki ayam ni. Masak gulai, kari atau sup memang itulah yang saya cari dulu. Syokkk tau makan kaki ayam ni. Jadi saya memang sengaja beli la masa balik kampung. 10 ketul dalam 3 hinggit aje, makan sampai puashati la gayanya. Memang seronok la... Pastu saya fikir bila rebus pakai NOXXA kaki ayamnya jadi lebih lembut dan kekal kelembapannya.


Tuesday, October 27, 2015

Kuih Bakar

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kuih tradisional yang tetap menjadi pujaan tak kira bila atau di mana berada. Saya memang hantu dengan kuih ni. Kalau zaman bebudak dulu bila My Cek beli kuih ni, biasanya kita gigit dulu bahagian tepi2nya yang berkerak tu... aduhhh memang masuk lah...


Kali ni saya buat sekali lagi, menggunakan resepi menggunakan periuk NOXXA sebenarnya tetapi saya bakar cara konvensional, guna oven Butterfly lagi tu. Memang anak2 buah pun suka, kebetulan masa tu dok kampung, depa semua cuti semasa Aidiladha.


Friday, October 23, 2015

Perencah Tumis

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya sebenarnya tak tahu nak namakan apa benda alah ni. Yang saya tahu saya saja2 buat sebab nak simpan cili kering mesin sebenarnya. Tapi saya fikir pada simpan cili mesin saja baik masukkan terus bahan2 lain supaya lain kali bila nak guna terus boleh campur aje takyah tumis2 bagai dah. Lagi pun kalau simpan cili mesin saja, letak dalam peti ais pun dia boleh berkulat. Lagipun sebagai wanita bekerja, kekdah macam ni memang dapat memudahkan kerja. Ai macamlah saya sibuk mengalahkan tuan pengetua...


Setelah siap ditumis, memang kelihatan agak berminyak, tapi kita boleh buang. Kalau buna minyak sikit hangit pulak masa nak menumisnya. Tapi untuk menumis ni saya gunakan minya bunga matahari ya. Jadi kuranglah sikit kolesterolnya barangkali. Suka saya nak kongsi, semasa menumis tu saya gunakan api yang kecil dan saya tutup kualinya supaya minyak tak terpercik merata, sesekali kacau hingga rapat ke dasar kuali supaya garingnya sekata.


Thursday, October 22, 2015

Daging Merah NOXXA

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya dah tak ingat bila saya masak ni. Daging korban raya haji atau daging yang dibeli sebelum tu. Jadi bayangkanlah betapa lamanya n3 ni dok dalam draft. He he he... sampai nak tulis pun kena ingat balik apa yang berlaku pada hari kejadian.


Kalau ikutkan selera, saya memang suka dengan daging merah. Kadang2 kalau makan dikedai tu memang oder la nasi goreng daging merah tu, atau nasi goreng USA... tapi since dah ada bahan di rumah ni maka saya buat sajalah sendiri, kot2 sedap macam kat kedai tu laaaa. Resepi ni jugak saya menggunakan piyok NOXXA saya, sebab nak melembutkan daging. Memang saaaaat sangatlah bila di HP daging tu.


Wednesday, October 21, 2015

Permata Yang Dicari - De Hearty

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Lagu kenangan semasa menghadiri kursus BTN di Kuala Lipis... 
 

 Sentap habis, sampai menjejer air mata. Apa yang disedihkan pun tak tahu...


Monday, October 19, 2015

Ikan Pari Bakar & Air Asam

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya ni kalau ada ikan pari memang suka masak simple2 dan cicah dengan air asam. Kalau tak buat gini saya buat la asam pedas. Tapi pada ketika itu air asam baki yang dimakan bersama ikan cencaru sumbat, maka saya pilih untuk perabihkan air asam tersebut. Dan caranya dah tentulah dibakar atau paling tidak digoreng cara biasa-biasa...

Ikan pari ni pulak beli sepotong aje dekat TESCO, dah memang kurang la kesegarannya. Beli dah lama, lepak pulak dalam peti ais lebih kurang lama jugak. Bila goreng je terus bercerai isi dari tulang. He he he...


Tengoklah kejadiannya ikan pari bakar ni. Nama aje ikan bakar, tapi bakarnya tu hanya di atas pemanggang ajaib, ditenggekkan di atas dapur gas. Kalau kata bakar atas dapur kayu atau arang, pasti lebih sedap gitu!



Sunday, October 18, 2015

Cinta Tiada Akhirnya - 8

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Zubir mengajak Nabila makan malam bersama. Betapa suka hatinya apabila Nabila bersetuju. Dia menjemput gadis itu dan  mereka berdua bersetuju untuk menikmati seafood di Pelabuhan Kelang. Angin malam dan kerlipan bintang-bintang jauh di horizon melengkapkan malam mereka. Sebenarnya Zubir ingin mengenang kembali kenangan bersama Aqilah yang sangat gemar ke Pelabuhan Kelang. Kalaupun tidak menikmati ketam cili kegemaran, sekadar menikmati puputan bayu malam cukup menggembirakan meraka berdua. Dan seperti telahan Zubir, Nabila juga gemarkan lautan. 

‘Minggu depan ni saya nak balik kampung, nak ikut tak?’ Tanya Zubir sambil menghirup tomyam udang.
‘Wah, seronok tu. Lagipun dah lama saya tak balik. Boleh jugak.’ Ceria suaranya.
‘Kena Tanya Wari dulu ni, nanti tak pasal-pasal dimarahnya saya sebab melarikan buah hati dia.’ Katanya sekadar menduga.

‘Dia tak kisah pun…’ Jauh hati bunyinya!

Zubir bersorak keriangan. Jauh di sudut hatinya dia gembira dengan kesudian itu tapi dalam masa yang sama dia risau juga dikata mengambil kesempatan. Memang dia tahu sekarang perhubungan Nabila dan Wari bagai telur di hujung tanduk. Tetapi, dia betul-betul sudah membukakan hatinya yang selama ini terkunci rapat setelah pemergian Aqilah. Nabila telah berjaya membuka kembali pintu cinta di hatinya…



"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Friday, October 16, 2015

Blackcurrant Cheese Cake

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya dah pernah bagitahu kan, yang saya sukakan baked cheesecake. Bukan kata hantu sangat, tapi ada kalanya saya sangat2 teringin nak makan. Jadi bila teringin tu tau2 ajelah nak tak nak memang kena buat la jawabnya. 


Maybe ada silap ni kat mana-mana. Bahagian atasnya merekah bila dah siap dibakar. Tapi tak kisahlah, bukan untuk sesape hanya diri sendiri aje...


Tuesday, October 13, 2015

Ikan Cencaru Sumbat

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya ni amat jarang membeli ikan cencaru. Bukan tak suka, tapi memang tak berapa makan, mungkin sebab sejak dari kecil tak berapa didedahkan dengan ikan ni. Tapi sesekali bila rasa nak makan saya beli jugak. Masih teringat rasanya dulu pernah sekali saya buat ikan bakar cencaru ni disumbat dengan kelapa dan tempoyak. Aduhhhh meleleh bila ingat semula. Tapi memandangkan agak susah nak dapatkan kelapa parut, pastu dengan kemalasan tahap gaban nak gi kedai, makan kita sumbatlah dengan apa yang ada.


Rasanya kalau ikan cecaru ni memang sedap dimasak macam ni kan. Belah belakang, sumbat dengan inti, bakar dan cicah air asam atau sambal kicap. Bagi yang sukakan pedas, letak cili lebih sikit dan kasi masam biar lebih. Baru makan tak hengat bertambah2 gittew. Begitulah juga dengan saya, guna apa saja bahan yang ada di dapur dan buat air asam yang simple.



Monday, October 12, 2015

Asam Pedas Tumis Ikan Kembung & Tenggiri

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya sebenarnya tidaklah menyukai sangat masakan asam pedas ni, tapi sesekali bila rasa nak makan, memang macam mengidam. Pastu kalau saya buat biasanya saya suka yang ditumis sampai pecah minyak, baru rasa selera.

Macam baru2 ni, rasa sangat nak makan, gigih pulak memasaknya walaupun dah malam. Guna lak ikan yang ada di rumah, kebetulan ada tenggiri dan kembung, jadi masak aje untuk dinner dan bekal ke sekolah esoknya.





Sunday, October 11, 2015

Cinta Tiada Akhirnya - 7

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera





Wari masih berada di Hot Club ketika Nabila menelefonnya. Anita yang memeluknya erat sekadar menjeling, memberikan amaran barangkali kapada Wari. Gadis tinggi lampai persis Linda Onn yang dikenali minggu lalu sememangnya memikat jiwa Wari. Cantik, seksi dan manja sememangnya gadis idamannya. 

Nabila? 

Sekadar koleksi di dalam hidupnya. Sebenarnya dia sudah jemu dengan Nabila yang padanya sangat kekampungan dan sangat berharap untuk berkahwin dengannya sedangkan dia masih mahu menikmati keindahan duniawi. Kelebihan yang ada padanya tidak akan dibiarkan begitu sahaja. Perempuan seperti Nabila, dengan mudah saja dia mendapatkannya. Tangan Anita diraihnya dan mereka bergerak ke lantai dansa…


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Friday, October 9, 2015

Nasi Daging Utara NOXXA

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ini resepi yang pertama saya masak menggunakan Cik NOXXA saya. Memang dup dap dup dap gittew alae pestime nak jumpa pakwe. He he he... Saya masak ni di kampung, kebetulan memang ada lebihan beras basmathi Pusa Gold Extra Panjang jadi sesuai sangatlah nak buat nasi tumis ni. Kalau nak buat dekat CH jenuh lak nak ngabeskannya..


Kejadian nasi yang sungguh ohsem. Masak just nice tak lembik atau keras. Lembut biji nasinya pun sangat berbeza jika dibandingkan dengan nasi yang dimasak menggunakan periuk biasa. Dengan daging yang di high pressure terbeih dahulu, memang lembut dan tak menyiksakan pagar saya nak menggigitnya.


Thursday, October 8, 2015

Cinta Tiada Akhirnya - 6

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 



Skrin komputer di hadapannya dipandang kosong. Fikirannya melayang. Dia teringatkan Nabila. Pertemuan mereka di taman tasik benar-benar telah memberi kesan mendalam pada Zubir. Dia bagaikan mendapat semula semangatnya yang hilang bersama pemergian Aqilah. Tetapi apa yang menyakitkan hati apabila dia melihat kelibat Wari yang memasuki sebuah hotel bersama seorang gadis genit berskirt pendek. Gelagat mereka yang mesra mendatangkan perasaan tidak enak pada Zubir. Dia memikirkan bahawa Nabila sudah ditipu oleh Wari. Bermakna Wari hanya mempermainkan Nabila! Dia mesti memikirkan bagaimana mahu memberitahu hal sebenar kepada Nabila. Sesungguhnya dia sudah menyukai gadis itu dan tidak mahu Wari melukakannya..
 

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Monday, October 5, 2015

Conney Dog Versi Mudah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya memang suka makan conney dog, yang mana ianya sebagai pengganti kepada hidangan nasi. Kalau ada roti sosej, ada daging kisar memang saya akan buat ni. Feeling makan western gitu. Tapi yang sejujurnya, makan western ka... apa ka masih jugak nakkan nasi masuk dalam perut. Makanan gini ni takat untuk alas perut saja lepas lah... Hi hi hi


Conney dog saya ni hanya simple aje, hanya gunakan apa yang ada di dapur saja. Bila kita dah campur itu ini mesti jadi sedap punya.