PAGES

Wednesday, August 29, 2018

Muffin Pisang Mudah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya rasa lately ni saya memang jatuh cinta sesangat dengan muffin. Macam hari hari nak buat. Mungkin teksturnya lebih kurang sama saja dengan kek atau cupcake, tapi kerana resepi dan kaedah penyediaannya yang mudah membuatkan saya tak jemu mencuba resepi resepi yang saya jumpa. Biasanya untuk satu adunan tu dapat dalam 12 biji muffin saiz apa ya... M kot dan tak ambil  masa lama nak perabiskannya. Saya makan 2 atau 3 ketul dan selebihnya saya bawa ke sekolah untuk kawan kawan atau bagi ke bebudak.

Kalau ikutkan muffin ni (dan kawan kawan dia) tak berapa nak sesuai untuk fasa mengekalkan berat badan tapi kalau asyik teringat nak makan aje pun tak sesuai jugak kan. Jadi bila rasa nak makan tu kita buatlah dan makan sekadar untuk merasa.


Muffin pisang ni saya jumpa resepinya di FB Zack, maklumlah lama tak jumpa sekali bertemu di FB kita stalk dan jumpa resepi yang dishare. Ofkos la kita SS dulu dan masuk dalam senarai waiting list kita. Kebetulan pulak memang ada stok pisang masak dalam esok, saya gunakan semua walaupun lebih banyak sekali ganda dari resepi yang dinyatakan.


Monday, August 27, 2018

Muffin Coklat

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hai semua. Selamat berjumpa lagi selepas lama bercuti. Apa khabar? Saya ni dari raya ke 2 dok demam sampai sekarang dok ada rasa tak berapa nak sihat lagi. Tapi tak apalah, nak kasi kita rilek rilek la tu..

Bagi saya, membuat muffin ni salah satu alternatif kepada perasaan nak makan kek. Kadang kadang bila buat kek ni nak perabis tu problem, maklumlah kalau buat saiz kecil pun lama nak habis. Tambah tambah sekarang ni macam segan gila nak share kek dengan orang, macam ada perasaan takut orang say something je pasal benda yang dibuat. Jadi bila buat muffin ni makan seketul dua pastu packing ke sekolah untuk bagi kanak kanak, memujuk untuk buat kerja. Lagi satu  pembuatan muffin ni tak renyah macam nak buat kek, takyah nak mixer bagai, guna kekuatan semulajadi aje dah mencukupi. Satu adunan tu dapat dalam 12 ke 20 biji dah mencukupi untuk sekali makan.



Resepi ni saya peroleh dari FB sahabat blogger jugak iaitu Zack Zachoes. Lepas menyepi kat blog, saya memang tak berinteraksi langsung dengan Zack, sehinggalah bulan Julai lalu saya kebetulan nampak beliau di IG dan saya follow. Lepas tulah baru persahabatan bersambung kembali. Syukur sangat sebab dia pakar dalam masak memasak kek mengekek ni.



Thursday, August 16, 2018

Roti Naan Cheese (Slice Cheese)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kadang kadang bila dah cemuih makan nasi, pilihan yang sihat adalah homemade roti naan. Memang boleh je kalau nak beli di kedai tapi yang dibuat sendiri ni lebih terjamin kebersihan dan penggunaan bahan bahan yang terbaik. Jadi godek resepi dan hempuklah sendiri.



Memang jelita sangat roti naan ni. Kalau yang saya pernah buat dulu resepinya menggunakan yogurt, resepi kali ni hanya basic sangat sangat tapi jangan terkejut hasilnya sangat memuaskan. Saya buat hanya setengah adunan, bahagi kepada  3 bahagian. Untuk bahagian 1 saya masukkan slice cheese dan 2 lagi saya frozenkan. 1 bahagian frozen tu saya dah buat plain naan tinggal 1 bahagian lagi dok rilek elok dalam freezer.



Wednesday, August 15, 2018

Basic Scone

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya ni namanya saja duduk Cameron Highlands tetapi tak pernah lagi makan skon yang deme dok jual di ladang-ladang teh atau di ladang strawberi. Nak jugak feeling feeling makan skon dengan jem atau butter atau nutella sambil menghirup teh panas. Tapi itulah tak ada kerja pulak saya nak meredah jem nak ke tempat tempat berkenaan tu semata mata kerana skon.

Jadi penyelesaiannya mudah saja, Google resepi dan buatlah sendiri. Cari punya cari terjumpa resepi ni tapi saya tak tahu milik siapa sebab saya hanya tulis resepi ni dalam buku kecik aje, jadi minta komen eh kalau kalau ada tuannya terbaca post ni.


Rupa rupanya nak membuat skon ni memang mudah. Uli pun tak payah beriya iya mengikut perasaan, hanya cubit manja manja aje. Saya berkenan sungguh dengan resepi ni sebab dia tak guna gula atau garam. Manisnya tu nanti dari jem yang digunakan. Macam yang saya guna atas ni less sugar raspberry jam.



Monday, August 13, 2018

Chocolate Chips Blondies

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Dah lama pun sebenarnya buat blondies ni, kali ni buat separuh adunan je. 1st time buat dulu guna full resepi. Ni kes craving nak makan sweet bancuh jugaklah sikit pun. Kali ni kejadiannya masih elok, saja kasi garing garing sikit makan panas panas duh heaven sungguh. Seketul tu bahagi 3 maksudnya 3 kali makan. Maklumlah at that time masih dalam program nak menurunkan saiz maka makan pun kenalah bercatu. Kalau kata nak potong terus takleh makan apa apa menderita jugak rasanya... Khannnnn...

TQ lah sis share resepi ni. Memang dah jadi keeper recepi pun. Anytime at anywhere boleh cuba. Kalau nak classy sikit boleh acah acah makan masa high tea gittew..



RESEPI CHOCOLATE CHIPS BLONDIES




Bahan2:
1-1/2 cawan gula perang - Liza guna 1 cawan je
1/2 cawan mentega cair
2 biji telur, pukul sedikit
1 sudu kecil vanilla extract
1-1/2 cwan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 cup  semisweet chocolate chips


Caranya:
Dalam mangkuk yang besar, satukan gula perang, mentega cair, telur, esen vanila sehingga sebati.Guna hand whisk je.
Kemudian masukkan tepung, baking powder, dan garam. sebatikan. Kemudian masukkan chocolate chip dan sebatikan.
Bakar dlm loyang 9x13" pada suhu 175 c , 18-20 minit sehingga masak. Sejukkan dan potong.

*Oleh sebab saya buat setengah adunan aje, bahan bahan ni saya bahagikan 2 dan bakar dalam mangkuk kecil saja. Boleh sesuaikan mengikut masing masing



 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Friday, August 10, 2018

Kembara 9D8N : SJDS : Sunrise Punthuk Setumbu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sambung semula kisah past tense, kali ni hari baru pepagi dah menjejak gelap dinihari untuk melihat matahari terbit di Punthuk Setumbu. Treknya baik. bersimen tapi pada hari tu agak licin sebab hujan. Pengunjung boleh tahan ramai, termasuklah pelancong asing. Pengunjung tempatan pun ada, dan dalam kegelapan tu dengarlah jugak diorang dok cerita Rangga...Rangga...

Kita layankan gambar gambar ajelah ya..


Gabungan 3 warna


Thursday, August 9, 2018

Sardin NOXXA

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Dah lama juga sebenarnya saya tak membuat sardin sendiri. Saya ni memang tak berapa suka makan sardin, kecuali bila terasa nak makan, masa tu la kena buat. Kalau sesaje nak buat sebab takde lauk or else memang lambat sikitlah nak habis. Baru baru ni kan kecoh sikit pasal ada cacing dalam sardin. Haaaa kalau saya secara peribadinya memang tak beli sardin yang agak murah (sebab ikannya hancur). Cuma itulah, bila beli makanan dalam tin itulah risiko yang perlu kita hadapi sebagai pengguna. Iyalah, bukan kita nampak pun benda dok berenang renang di dalam tu kannnn....

Jadi moh la buat sardin sendiri, guna Cik NOXXA kita tentunya...


Saya dah pernah buat sardin NOXXA sebelum ni. Dan resepi kali ni memang komplete masak boleh terus makan je (kecuali kalau nak tambah bawang atau cili kena masak semula lah)

Saya buat menggunakan ikan selayang, baby baby lagi sebesar 2 jari je sebanyak 1 kilo. Cuma itulah se[erti masalah yang saya buat sebelum ni ikannya (tulang) masih belum empuk sepenuhnya walaupun sudah di HP selama 60. Selepas tu bila dah sejuk sikit saya HP kan semula selama 60 lagi dan barulah ikannya lembut.



Wednesday, August 8, 2018

Butter Cookies

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ini biskut sayang saya buat untuk Aidilfitri lalu. Satu adunan aje pun, tak sempat nak buat raya makan makan aje lepas berbuka tahu tahu dah habis. Kalau nak cerita pasal butter cookies ni memang sesiapa pun suka, dengan lemak lemak masin tu memang sedap sangat lah kan. Tapi itulah kalau kata nak beli memang agak mahal sikit harganya. Jadi baiklah kita godak kat Google ni cari resepi yang bersesuaian untuk dicuba.


Untuk adunan biskut ni saya menggunakan butter Anchor, firstime kot beli dan guna butter tu. Maklumlah as i bagitahu before kan nak dapat hasil premium kenalah guna bahan premium. Tapi nak citernya sebab tak biasa guna butter tu kan rasa macam sedikit pelik pulak. Ha ha ha, bagus jugaklah camtu, takyah nak pakai butter mahal mahal padan dengan buttercup sudah.



Tuesday, August 7, 2018

Tat Nenas Nyonya

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pasaipa la kelabu asap gambar ni? Nak buat camana gambar SS dekat IG aje, sebab nak share dekat blog punya pasal.

Rasanya tiap kali raya saya tak lepas dari buat tat nenas, biasa versi gulung tapi kali ni malas sikit nak menggulung saya buat versi terap aje, inipun menggunakan inti (jem) tahun sebelumnya yang disimpan dalam peti sejuk. Elok lagi Alhamdulillah...

Jadi untuk pilihan resepi saya memilih untuk membuat tat nyonya (dah lama simpan resepi ni). Buat tat nyonya ni lagi mudah sebenarnya dari tat gulung. Tapi sebagai seorang yang bukan penggemar tat, saya ok aje yang mana-mana pun.


Mungkin sebab saya menggunakan jem yang dah agak lama, bila nak makan tu takleh nak gigit bahagi 2 sebab tat dah terbelah inti belum lagi. Errr faham ke tak ya...

Apapun TQVM Kak Gee. Resepi ni memang sedap dan pasti akan dicuba lagi next time..


TAT NENAS NYONYA
Resepi : Kak Gee

BAHAN2NYA:

300 gms tepung gandum *

4 sudu besar tepung jagung *
3 sudu besar gula ising *
200 gms butter (Kjee guna Anchor - salted)
2 kuning telor


jem nenas (Kjee guna ½ kg jem nenas Bagus)


CARA:

Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.
Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh.
Simpan kira2 dua puluh minit dalam peti ais.
Canai jadi setengah inci dan turap guna acuan atau cutter 
Bakarlah sampai masak iaitu kira-kira 20 minit. Kepanasannya kira-kira 175 darjah celcius


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Monday, August 6, 2018

Telur Rebus (NOXXA)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila rumah saya sendiri dah siap, saya angkut semua barang yang agak agak tak berapa digunakan bawa balik untuk disim]pan di kampung. Macam periuk NOXXA ni saya guna masa raya dan tak bawa balik terus. Guna pun kekadang ni, yang pasti di musim raya haji ni memang nak guna semula la.

Rebus telur ni alkisahnya nak buat makan nasi lemak di surau. Kebetulan saya balik, dan masa tu dah agak petang jadi saya offer untuk rebus telurnya dulu di rumah. Sebelum ni tak pernah pun rebus telur guna NOXXA dah kebetulan nak buat ni saya Google aje.


Memang mudah dan cepat. Itulah kesimpulan yang saya boleh katakan bila menggunakan NOXXA untuk merebus telur. Hasilnya pun memuaskan, telur tak pecah beriya hanya retak seperti dalam gambar tu je.



Saturday, August 4, 2018

Kembara 9D8N : SJDS : Candi Sambisari

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila melihat lihat semula gambar gambar di trip ni memang menggamit nostalgia semula. Memang trip ni ohsem sesangat, dengan kengkawan, dengan guide / driver sungguh saya suka. Perasaan pun taklah bercampur gaul macam trip SUMUT sebelumnya. Mungkin jugak bilangan ahli jemaah yang sikit maka sikitlah jugak dramanya. Satu lagi bila tengok balik, asa segan pun ada sebab masa ni saya masih lagi bersaiz XL. Ha ha ha...


Back to the n3 di negara ni memang terkenal dengan candi candi yang ada tinggalan zaman dahulu. Saya kira ini berkait rapat dengan pengaruh agama Hindu. Ini pertama kali saya melihat candi secara live, di luar negara pulak tu. Walaupun ada candi ditemui di Kedah, tidaklah saya berkesempatan lagi untuk melihatnya. Hal hal Sejarah ni kalau tanya Dyl memang di hujung jari dia sajalah. 


Thursday, August 2, 2018

Kembara 9D8N : SJDS : Gereja Ayam

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya kan, tak berapa nak tahu bila diorang dok cakap yang gereja ayam ni pun salah satu tempat penggambaran AADC2. Tak kuasa la kan, bukannya melayan sangat movie movie ni.  Yang saya tahu gereja ni sebenarnya sebuah gereja lama, dan tak digunakan untuk urusan keagamaan dah, tetapi pada masa tu sedang dibaik pulih di bahagian atas dan di dalamnya. Mungkin sekarang ni dah jadi lain sikit pada yang saya pergi tu, dan tak mustahil kalau kena bayar pulak bila nak ke saya tu. Masa saya pegi tu pun dah kena bayar kalau nak masuk ke dalam gereja.


Group photo with the driver.



Wednesday, August 1, 2018

Kuih Bingka Pandan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Dah lama sebenarnya tak buat kuih ni. Last sekali saya buat tahun lepas, masa tu dekat rumah di kampung, belum sempat masak oven pulak rosak. Saya memang gemar kuih ni, iyalah, dengan lemak lemak manis tu memang menggoda sesungguh. Bila saya stat berdiet dan jaga makan, memang saya jarang-jarang menyentuh kuih muih tradisional yang berprofil tinggi, tapi bila dah fasa mengekal berat ni makan jugaklah sesekali.
 

Kuih ni asyik lalu lalang je dekat IG sampai saya yang menengok pun turut rasa nak membuatnya. Jadi, buat ajelah satu adunan guna apa bahan yang ada di rumah. Satu adunan ni pun tak banyak sangat dapat satu loyang kecil aje, tapi puas jugaklah nak perabis sebab makan seorang.  Kiranya hari hari la makan kuih ni. He he he...

Kuih ni kan sebenarnya sama je dengan kuih bakar, mungkin berbeza panggilan di sesetengah tempat. Pastu selain dibuat lemak camni boleh jugak diubah dengan memasukkan ubi kentang, susu, durian dan sebagainya bergantung kepada kreativiti seseorang.