Friday, October 16, 2026

Asam Pedas Ikan Tenggiri

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Menu asam pedas sebenarnya jarang-jarang muncul di dapur saya. Kalau rasa nak makan baru buat. Saya suka asam pedas yang tumis semuanya, dan sudah tentulah kalau dibuat sendiri ni kita kurangkanlah pedasnya.. Ini kebetulan dapat ikan tenggiri, buatlah asam pedas untuk frozen dan nikmati lain kali. Kalau guna ikan pari sedap jugak, cuma saya ni tak pandai nak memilih. Masa buat kali terakhir dulu dapat ikan yang berbau hancing, terus loya nak makan


Buat 3 ketul je bahagian isi tengah, simpan dua kali makan. Kadang-kadang tak habis pun terpaksa la diratah gitu je. Gini ajelah asam pedas saya, memang ringkas sangat. Nak masukkan bendi lupa beli, tambah pulak Encik Suami tak berapa makan sebab ada gout. -_-


Wednesday, October 14, 2026

ALX F RNNG 24731 W

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Hal kasut pun nak cerita ke? Ehh ya lah, suka hati kita lah. Blog kita kot, tak ada sape baca pun kita sendiri yangbaca. Bukan apa, kadang-kadang je kes-kes istimewa je kita kongsi bersama. Saya jarang-jarang beli kasut, asal asa satu guna je sampai rosak baru beli lain. Tapi kali ni saya beli kasut khas untu running, bukan marathon ke apa, sekadar briskwalk aje cuma nak kasut yang sesuai. Saya ada kasut hiking, tapi bila guna digigitnya kaki saya sampai taknak guna lagi.


Inilah kasutnya yang bernilai 3 angka. Kecoh kan! Tak pernah weh, hanya kasut kerja je 3 angka ni, tapi sekali ni saya pejam mata rapat-rapat, bernafas sekali hembus dan teruskan niat untuk memilikinya

Monday, October 12, 2026

Grammatophyllum Speciosum

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Orkid yang menjadi idaman, yang akhirnya dimiliki dan telah dua kali berbunga. Orkid gramma atau dikenali juga dengan nama orkid tebu dan orkid buluh diberikan oleh guru praktikal seliaan saya semasa di Tanah Merah. Hadiah dari emak katanya, sebab cikgu minat bunga orkid. Masa dapat tu dalam saiz remaja, ni dah hampir 5 tahun. Alhamdulillah.. Kalau beli harga memang keras sikit ya..


Saya letak di kawasan panas sepenuhnya. Sebelum ni berbunga 2 tangkai, kali ni pun dua jugak dia bagi

Saturday, October 10, 2026

Peria Kambas Goreng Telur

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Peria, walaupun pahit menjadi ubat. Jangan takut pahit sebab pahit pun sedap. Saya memang suka masak pesen ni, memang ratah gitu aje pun sedap. Kalau tambah udang ke, sotong ke lagi la makan bertambah. Orang kata rendam dengan air garam untuk kurangkan pahit, tapi saya rasa kalau rendam tu rasa lagi pahit. Entahlah, bergantung pada citarasa masing-masinglah


Kalau kata tak ada peria kambas ni, boleh je guna peria katak cuma kena hiris nipis-nipis sikitlah. Saya kalau beli sebiji boleh dua kali makan. Masak pulak jangan terlalu lembut, biar rasa rangup-rangup gitu. 


PERIA KAMBAS GORENG TELUR
Oleh : Cheq Sue

1 biji peria kambas - belah 2, buang biji dan hiris nipis
1 biji telur
Bawang merah, bawang putih, cili kering - mesin
Minyak, kicap, garam secukupnya

Panaskan minyak dan tumiskan bawang dan cili yang telah dimesin
Pecahkan telur dan tambah sedikit air
Masukkan peria, masak sekejap hingga rata
Perasakan dengan kicap dan garam


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Wednesday, October 7, 2026

Dapur Kak Na, Selising, Kelantan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Inilah kuasa viral zaman sekarang ya... Saya memang tak tahu kewujudan kedai ni, cuma sering naik di FB satu kedai specialist nasi arab di sebuah kampung di pertengahan jalan Selising - Tok Bok. Seingat saya, kali terakhir makan nasi arab yang kena dengan selera adalah di Al Raudhah, CH. Selepas tu payah nau nak jumpa dengan kedai nasi arab yang kena, bukan tak ada tapi itulah tak seperti yang diharapkan. Macam tu lah kalau dah malas, nak makan sedap kena beli, tapi tak sedap nak buatnya malas. Hahaha...


Masa saya pergi pertama kali, nasi arabnya sudah habis, agak kecewa masa tu sebab rasa nak makan sangat, hanya sempat bungkus roti arab jah. Jadi saya cari nombor telefon dan cuba order terlebih dahulu. Ramai jugak pengunjung yang datang dan tak dapat nak beli, kena tunggu sesei petang sebab nasi dah habis. Padahal masa tu baru pukul 2. Kalau yang nak makan di situ kirim salam ajelah ya..

Monday, October 5, 2026

Kala-Kala Beach Resort, Bachok

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Kali kedua ke sini, Alhamdulillah seronok sebenarnya dapat kembali ke sini. Hehehe macamlah tempat ni jauh sangat, dalam 30 minit je pun sebenarnya. Ni saya datang bulan Ogos baru-baru ni ya..

Di namakan Kala-Kala kerana warnanya yang pelbagai, bermaksud juga banyak warna. Boleh dilihat dari papan tanda yang ada di sini. Kawasan penginapan sini agak bersih dan terjaga dengan baik. Stafnya pun sangat ramah dan senang nak berurusan dengan mereka.


Tenggek la sekeping tanda hadir

Friday, October 2, 2026

Kerabu Beko Stail Kelantan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Rasa panjang pulak melepak minggu ni... Kelantan cuti 5 cari sempena Hari Keputeraan, tapi kena ganti ye Sabtu 10 Oktober ni... Dah diberi cuti kita manfaatlah sepenuhnya. Kami sekeluarga biasalah menghala ke Terengganu sambil-sambil tengok anak. Dan seperti yang dijangka, laluan ke sana sesak dengan kereta plat D...Biasalah, semuanya nak ke negeri paling bahagia..

Bila cerita tentang kerabu memang boleh buat kecur liur. Tambah-tambah kerabu Kelantan yang menggunakan santan segar dengan sambal kelapa. Tapi sebelum jadi tu memang kena datang angin rajin betul barulah jadik. Sama jugak dengan kerabu beko yang saya buat ni. Mula-mula mak mentua bagi separuh buah beko, katanya bakar dan kikis dulu baru simpan dalam peti, tapi saya punya angin rajin tak ada last-last buang ajelah. Pastu diberinya pulak sebiji, macam tahu-tahu je saya tak buat lagi. Hahaha...maka belilah ikan selayang dan cepat-cepat kita proses...


Kalau buah beko, lebih sesuai buat kerabu macam ni. Kalau kata tak ada buah beko, pucuknya pun boleh dikerabukan, cuma celur sekejap dan hiris halus macam kita nak buat kerabu pucuk paku tu...
Kat dalam gambar nilah kerabu yang dah siap, memang nampak biasher-biasher aje tapi rasa memang sedap! Ehhh terpuji diri sendiri pulak -_- Kalau nak sedap lagi boleh je perah asam limau dan masukkan cili potong