Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Inilah kuasa viral zaman sekarang ya... Saya memang tak tahu kewujudan kedai ni, cuma sering naik di FB satu kedai specialist nasi arab di sebuah kampung di pertengahan jalan Selising - Tok Bok. Seingat saya, kali terakhir makan nasi arab yang kena dengan selera adalah di Al Raudhah, CH. Selepas tu payah nau nak jumpa dengan kedai nasi arab yang kena, bukan tak ada tapi itulah tak seperti yang diharapkan. Macam tu lah kalau dah malas, nak makan sedap kena beli, tapi tak sedap nak buatnya malas. Hahaha...
Masa saya pergi pertama kali, nasi arabnya sudah habis, agak kecewa masa tu sebab rasa nak makan sangat, hanya sempat bungkus roti arab jah. Jadi saya cari nombor telefon dan cuba order terlebih dahulu. Ramai jugak pengunjung yang datang dan tak dapat nak beli, kena tunggu sesei petang sebab nasi dah habis. Padahal masa tu baru pukul 2. Kalau yang nak makan di situ kirim salam ajelah ya..
Antara menu yang dijual di sini. Ada pilihan ayam dan kambing, dengan porsi yang berbeza. Masa saya sampai kedai masih belum buka. Kalau ikutkan 12,30, tapi mungkin ada perkara-perkara yang kena setelkan sebelum boleh angkat pintu. Ada beberapa orang yang sedang menunggu dengan saya, nampak banyak bekas dah tersusun menunggu pemiliknya ambil
Nasi arab kambing.
.jpeg)
Angkat sikit kambingnya baru nampak nasi dan kawan-kawannya
Ini pula nasi arab ayam seekor, dah niat nak share dengan famili mentua. Harga pun tak mahal mana RM48 sahaja. Nasi dan lauk memang banyak. Memula plan nak simpan nasi sikit makan kendian, rupa-rupanya melantak sungguh-sungguh sampai rasa tak cukup pulak nasinya. Dasar nak kurus tapi makan banyak hahahahah...
Kawan-kawan yang di berikan bersama. Nampak macam sikit untuk nasi dan ayam seekor, tapi berlebih-lebih pulak rupanya.
Roti arab yang turut dijual. Kalau beli sekali dengan lauk sebiii tu RM5, kalau beli satu plastik ni RM12. Sapu marjerin dulu sebelum dibakar dan dimaka dengan gulai ayam memang sedap sangat ehh. Ada juga yang bungkus gulainya saja.
Stesen kerja yang sangat sibuk, dengan taukenya Kak Na sentiasa senyum melayan pelanggan. Sangat sibuk membuat tempahan pelanggan sehingga tak sempat nak sediakan untuk makan di kedai. Begitulah viralnya kedai makan ni.
Antara tempahan pelanggan, siap dengan nama dan bayaran. Kalau kata nak makan silalah tempah dahulu ya, tinggal ambil dan bayar sahaja. Saya bagi markah penuh dekat makanan kedai ni, memang akan repeat semula.
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
No comments:
Post a Comment
[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]